pagi tadi sekitar jam 10 aku menerima panggilan yang cukup menggembirakan. akhirnya penantian selama 2 bulan akan berakhir. aku bakal menerima hadiah harijadi yang aku beli untuk aku sendiri (eh??!! pelik ape pulak?? dalam post aku dulu ..... yg keberapa aku tak ingat aku ada citer.......) hadiah hari jadi yang telah terlalu lewat.............. tetapi berbaloi aku menunggunya.
tahun ni b'day aku cukup istimewa (ni pun aku dah citer...... tapi x pe la. aku citer sikit untuk refresh memori.....). tarikh 20/09/2009 ..... 20092009 ku rasakan cukup unik dan istimewa. tambahan pula hari itu bersamaan dgn 1 syawal......... lagi la istimewa. so, aku pikir, apa salahnye kalau aku hadiahkan diriku sesuatu yang cukup istimewa........... dan akhirnya hari ini baru hadiah istimewa itu aku perolehi. dan aku abadikan tarikh 20092009 itu kepada ini .........
sebenarnya aku cuba untuk mendapatkan angka 2009, namun kerana bidaan yang amat tinggi dan saingan yang banyak, aku terpaksa melupakan impian itu. namun aku berjaya memperoleh 9002 (no terbalik 2009). walaupun tidak berkaitan dengan tarikh, namun nombor itu akan menjadi kenangan untuk b'day aku pada 20092009............... dan wtf pula memberi makna 'white taffetta'............ nama warna yang aku pilih........... 'suratan atau kebetulan'???
alhamdulillah, tercapai jugak impian aku.......... aku berterima kasih pada adik aku, yusri dan kawan dia, amir, yang banyak menolong aku dalam urusan ini.
akhirnya....... aku punya 'sidia' yang baru.............
p/s untuk beberapa tahun selepas ini aku akan melupakan sebentar hadiah b'day kerana hadiah tahun ni adalah yang termahal dan nilainya terkumpul untuk beberpa tahun punye b'day............ hehehe....