Saturday, December 11, 2010

Aku dan duniaku 187....Glamourous Nite.....

salam untuk semua.....

lama tak menulis.....bukan sebab x de citer tapi alasan yang biasa.....malas. petang ni sebab tetiba je rajin mengadap laptop ni, dah tu ada pulak citer nak kongsi dengan guest, so terhasil la post ni.

legend water resort pd....5 star resort

malam tadi aku di legend water resort pd, pergi dinner form 5.....(dinner terakhir diaorang). pikul 6:30 aku dah sampai kat situ. menanti majlis, aku lepak kat water chalet member....mak aii!!! memang 5 star nyer chalet la. ada private pool kat dalam.....boleh la mandi anak beranak kalau family 5 orang duduk kat situ.....member2 aku pun sempat berendam lagi....... kemudian aku an member bersiap la.......memang masing2 melaram maut malam ni.....ye la ape tak nyer, tema majlis pun 'glamourous nite'....so sume nak pasang badan la.......hehehe....

tema dinner.....'glamourous nite'....

sampai ballroom jam 8:15. majlis mula jam 8:30. so ada la masa aku ngan member2 berposing suka2 dulu kat situ. sambil tengok gelagat bebudak f5 kat situ. mak aiiii!! ingat aku ngan member je dressing maut, rupanye budak2 ni lagi mengancam. ada yang dengan topi koboi, ada gaya micheal jackson (siap dengan topi, sunglass dan vest lip-lap lip-lap lagi....) ada stail pelakon korea, ada stail emo....ntah macam2 lagi la. memang glamour giler bebudak malam tu......tapi biar la, malam diaorang, biar la diaorang seronok........

lepas tuan pengetua dan isteri sampai, majlis pun mula dengan ucapan ketua batch, bakhtiar....(yang smart dengan selendang palestin di leher). dia ucap terima kasih dan mohon maaf kepada semua guru dan staf sokongan atas segala yang berlaku sepanjang 5 tahun diaorang kat sekolah. kemudian tuan pengetua pulak bagi ucapan. tuan pengetua kata dia nak tengok sapa yang akan jadi jutawan dlu drp batch ini dan datang mebentu sekolah selepas tu...(hah..., tu satu cabaran tu....kena buktikan.) sebenarnya itu cara tuan pengetua nak bagi motivasi kepada pelajar supaya terus berusaha sehingga berjaya dalam hidup dan kemudian mencurah bakti semula kepada seklah khasnya dan masyarakat amnya.......mak aiii!!!! serius la pulak........

k la, balik ke majlis, lepas ucapan, sesi makan. memang sedap makan malam tu......sampai member2 kat meja aku tak malu2 menghabiskan segala yang terhidang kat atas meja tu.....dah lupa dah baju2 glamour tu sume.....hehehehe.....makan punya pasal....(memang patut pun dihabiskan sebab bebudak ni dah bayar untuk cikgu2 makan, mahal pulak tu. so jangan la membazir....kan...). masa makan ada pulak persembahan band. doairang main 3 lagu. tapi aku tak puas la sebab x de lagu melayu. aku rasa cam x berbaloi je bayar mahal2 untuk set muzik tu sebab main 3 lagu je.....patutnya main sampai habis majlis........

live band oleh bakhtiar n the geng ....(frm left...akmal, dzarif, khairi, danial n bahtiar)

lepas makan sesi penympaiann cenderamata pada tuan pengetua. semua cikgu dan staf dapat cenderamata.....thanks guys!!!! apa nak lagi...jadi glamour dapat, makan sedap dapat dan cenderamata pun dapat.......complete!!!

maka habis la majlis dinner rasmi malan tu.......tapi ada majlis tak rasmi pulak lepas tu...majlis bergambar....ye la, dah sume nyer glamour kan, xa kan tak nak abadikan dalam gambar untuk kenang2an kan.....so, maka mengerlip mengerlap la ballroom tu dengan cahaya flash kamera yang macam2 jenis. ada nikon la, ada canon la ada kodak la ada samsung la....dan macam2 lagi la....yang paling cokia pun kamera handphone....(woi!! ingat cokia ke, 5, 6 megapixel tau....bukan sebarang handphone jang ooiii!!!!) maka macam2 posing la yang dicapture oleh lensa2 kamera yang banyak tu.....dan aku pun x terkecuali la....hehehe....

memang seronok la malam tu....aku tengok pun bebudak sumenye seronok. tiap2 haritengok diaorang pakai uniforam sama je, malam tu bila dah melaram, nampak sungguh diaorang dah besar.......dan handsome2 pulak tu.....

untuk semua batch '610, terima kasih atas malam yang sungguh meyeronokkan dan gud luc untuk kehidupan di luar sana.......di mana pun kalian berada nanti, ingat la jaga diri, jaga nama, jaga maruah dan terutama sekali jaga agama......insyaAllah kalian akan berjaya.......dan sesekali bila terluang, jenguk2 adik2 dan cikgu2 di sdar ini........

all the best!!!!!

candid 'glamourous nite'......

....bersama teacher umi....budak2 puji dia cantik mlm tu.....


...dengan kenkawan yang mengglamourkan diri malam tu......ita, erry n jaja


...dengan faisal imran.....koboi moden....



...dengan khairul nizam......smart macam conductor konsert....


....dengan bakhtiar....batch leader.....x pakai pulak selendang palestin masa ni......


.....cuba duduk sesopan mungkin....sebab dah pakai baju glamour......hehehe

Monday, December 6, 2010

Aku dan duniaku 186....hikmah disebalik traffic jam....

salam untuk semua.....

kebelakangan ni malas sungguh nak mengadap laptop ni. maka tak online dalam masa yang agak lama. kotak e-mail pun dan melambak dengan msg fb. so tadi aku delete mana yang tak perlu. alasan malas tu satu drpnya la. sebenarnya mulai ari selasa lalu sampai la ahad semalam aku mengalami kesibukan yang melampau. selasa sampai khamis petang di btpnns (bhagian teknologi pendidikan negeri, negeri sembilan) di port dickson, menghadiri kursus (yang slotnya sampai malam). kemudian balik je dari kursus, malamnya aku dah mula buat kelas intensif bebudak jepun aku yang nak mengambil jlpt (japanese language proficency test) ahad nanti. pastu jumaat dan sabtu ari pagi sampai malam, kelas intensif (sampai sakit2 la tekak ni mengajar. tapi alhamdulillah ari sabtu member aku, hafiza sensei bantu). dan ahad, seawal jam 7pagi aku dah bertolak ke kl bawak 2 budak jepun aku nak ambk exam N4 di confucion high school (sekolah swasta kat tengah2 bandar kl...kelilingnya stadium merdeka dan stadium negara, puduraya, kotaraya danpetaling street.......

amirul ridzuan, calon N4 sedang menyemak angka giliran

kesesakan di venue exam......calon2 N1, N2 dan N4


ni baru mukadimah citer aku.......ha...lepas ni aku nak citer panjang lagi......

pagi pergerakan aku smooth je tanpa terperangkap dalam mana2 traffic jam. mungkin sebab ari minggu, seawal camni orang tak kuar lagi kot. so, alhamdulillah 2 budak aku tu selamat sampai ke venue exam mendahului waktu. tengah uruskan pendaftaran diaorang, jumpa pulak dengan rifqee abqary, bekas student sekarang kat unisel. dia ambik N1 (level paling tinggi)....tabik la aku sebab bukan senang nak lulus exam ni. tapi aku yakin, insyaAllah rifqee kan berjaya. dia bgtau aku, N2 dia dah lulus......kalau dah luls N2 yang lebih kurang sama susahnya, insyaAllah N1 dia akan lulus jugak. dan satu lagi, aku tabik kat rifqee ialah bila dia memohon universiti waseda untuk menyambung degree (mak aiii!! boleh dikira dengan jari budak malaysia buat degree kat waseda ini....sebab waseda adalah top private univ. kat jepun)......tapi refqee....insyaAllah kamu akan berjaya nanti....sensei sentiasa doakan.......



bersama rifqi....akan ke waseda tahun depan....insyaAllah....


ok, sambung citer balik.......

sesi exam pagi dah berjalan, aku pg jemput 2 budak kat ukm (yang join program permata pintar) utk exam petang, N5. tahun ni,alhamdulillah 27 orang budak jepun aku ambik N5 (paling ramai setakat ni.....sebab nyer aku rasa adalah mori sensei...... ) dan moga diaorang sume akan berjaya, insyaAllah. Jam 1:30 2 orang budak dari ukm dah sampai kat pusat exam, menanti 25 lagi je.....kemudian aku dapat call dari hafiza (yang bawak budak dalam bas) traffic jam lepas tol sungai besi teruk sangat. lepas tol nak sampai simpang ke istana ambik masa 2 jam......dahsyat sungguh. mula2 aku tak tau sebabnya tapi lepas aku call adik aku baru la aku tau, sebab tarian 1 malaysia dan orang nak buat demontrasi dan berarak ke istana negara........sebab tu la jalan ke istana ditutup, sedangkan itu la jalan paling dekat nak sampai ke pusat exam. (kenapa la bila nak buat sesuatu tu tak pikirkan orang lain????....banyak susahnya dari senang.......hrmmmmm)

jam kat tangan dah hampir 2:30 (waktu exam sepatutnya mula). aku semakin risau. apa akal lagi ni. kudian aku dapat maklumat pihak pengurusan exam tu lewatkan waktu bermula exam 30 min. alhamdulillah.....aku bersyukur......kemudian aku maklumkan pada hafiza sensei dalam bas dan aku cadangkan di turun memohon kerjasama polis kat situ untk bukak kan jalan tu untuk bas sekolah aku lalu. memang kebetulan pulak bas tengah berhenti tak bergerak kat simpang tu. berusaha la hafiza sensei mengadap inspektor dan ketuanya (yang pakai sat paku) di situ. selepas merayu an menyemak voucher exam yang ada pada pelajar (ketua kat situ siap naik bas lagi dan check bebudak aku) dan kemudian dia turun call bos paling besar kat hq.

akhirnya...........alhamdulillah, jalan tu dibukak dan bukan itu saja, bas sekolah aku yang terpampang logo dn nama SDAR telah diescort oleh empat kenderaan polis (kereta peronda kat depan, motor peronda kat kiri, kanan dan belakang).....cam vip tu...!!!!! dan alhamdulillah bebudak aku akhirnya dapat ambik exam tapi dalam keadaan semput dek berlari selepas turun dari bas................harap2 diaorang dapat jawab soalan dengan tenang.......

tu la kan........memang apa yang berlaku tu ada hikmahnya Allah nak bagi. walaupun dalam keadaan terdesak camne pun, kalau niat kita baik, Allah akan tunjukkan jalan untuk usaha kita itu berjaya....... kebetulan bas berada kat simpang sewaktu idea untuk minta bantuan polis tu,aku rasa bukan kebetulan, tapi suratan yang telah ditentukan oleh Allah. selepas insiden lewat dan traffic jam ini, aku pikir balik, ari ni bebudak aku dapat satu lagi penglaman berharga bila diescort polis untuk ke tempat exam. bukan senang nak dapat peluang di layang mcm vip tu kan........

oleh tu, kesimpulannya ialah.......walau dalam keadaan apa pun, senang, susah, perit, masalah, sentiasa la kita mengingat akan Allah. insyaAllah, kalau perbuatan kita baik dan niat kita ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. setiap perkara yang berlaku itu, samada baik atau buruk, ada hikmahnya yang akan Allah berikan pada kita.

..............dan semalam, aku mensyukuri hikmah Allah dengan traffic jam yang menggila di kuala lumpur................alhamdulillah.....

Wednesday, November 24, 2010

Aku dan duniaku 185 .....bangang!!

salam untuk semua......
dah lama tak naik pengangkutan awam, siang tadi aku saje2 ke kl naik bas. target kerja nak buat hari ni, dah awal siap, so bila pikir2 boring la pulak nak duduk umah, tambah pulak cuaca cantik, so lepas zuhor akupun kuar ke kl...sorang2 (aku suka kuar sorang2 sebab bebas ......senang aku nak berpanjang langkah.......). kereta aku park kat terminal dan aku naik bas ke kl.
aku tak tau pulak terminal bas dah ada yang baru. kalau dulu bas berhenti kat depan central market turunkan penumpang, tapi kali ni bas dah ada terminal baru kat jalan hang tuah.....berhadapan bangunan polis bahagian siasatan tu.....berhenti kat situ dan aku naik monorel sampai medan tunku.
shopping la jugak kat sogo dan jalan tar. lenguh jugak kaki.....(lama tak berjalan jauh). waktu nak balik dah plan nak naik bas jugak. tapi bila pikir kena naik monorel ke jalan hang tuah, aku cancel la. so aku balik naik komuter dari kl sentral.......
ni yang aku nak citer pasal sorang mamat bangang ni......
kat stesyen komuter sekarang dah ada ruang koc tengah untuk penumpang wanita sahaja. (aku seronok dan sokong 110% pengasingan koc untuk wanita ni. demi keselamatan dan keselesaan. negara2 lain dah lama amal2 ini.....alhamdulillah malaysia pun dah ke arah memartabatkan kaum wanita..............terima kasih)
masa beratur kat platform kat kl sentral tu, memang semua perempuan. bila train sampai, maka bersesak2 la masuk. lepas pintu ditutup, aku tengok ada sorang mamat ni elok je berdiri kat tengah2 koc wanita tu. dengan muka selambanya dia berdiri sambil pegang tiang kat sini. ramai kaum wanita dalam koc tu pandang2 dan senyum2 kat dia. yang buat aku bengang tu, dia pun senyum balik.......dia tak tau ke orang senyujm2 tu sebab mengata dia.....mak aii!!! muka getah sekerap betul dia.....tak tau malu!!! kat dinding dalam koc tu banyak dilekatkan pelekat koc wanita. siap dalam 6 bahasa lagi.......tak kan la tak boleh baca.....tu yang aku kata bangang tu!!!
ke, dia memang ambik kesempatan untuk bergesel2 dengan kaum wanita dalam koc yang sesak tu kot......eeeeeee....geram betul!!! tu la kan, dalam dunia ni ada macam2 ragam manusia. yang pandai tu, pandai sangat, dan yang bangang cam mamat ni pun ramai jugak........dan akhir nya dia turun di stesen ukm......aku pun terpikir, jangan la budak u. sebab kalau betul la memang bangang betul la dia........dah ke menara gading tapi notis yang simple tu pun x paham.......tapi last2 aku buat kesimpulan.......memang dia nak ambik kesempatan ....(sori kalau tersilap, hanya kesimpulan yang aku buat sendiri.....)
pengajarannya........hormati la hak kaum wanita yang telah ditetapkan. semua yang di lakukan adalah untuk kebaikan semua. kalau baru perkara yang simple tu pun tak dapat nak patuhi, macam mana dengan peraturan Allah yang sememangnya kearah kebaikan umat........pikir2 kan la.......


pelekat yang terdapat di semua dinding dlam koc wanita....(tak kan la tak nampak....kan???)

Tuesday, November 23, 2010

Aku dan duniaku 184...cuti??

salam untuk semua....


lama tak menulis. ketandusan idea sebenarnya (x boleh bagi alasan lain sebab memang x de idea nak menulis) citer banyak sebenarnya....hrmmmm.....camne tu kan. ada citer tapi tak de idea nak menulis............(ingat senang ke nak menulis ni......kena perah otak jugak nak susun ayat biar betul......bahasa bercakap tak sama dengan bahasa menulis...........nanti salah tulis ada pulak yang terasa dan kecik hati...........betul tak??)

cuti sekolah dah seminggu berlalu.........bebudak sekolah dah buat ape yang diaorang suka.(bukan bdk spm dan stpm la......) aku pun sepatutnya dah bersukaria buat apa yang aku suke......tapi sebenarnya tidak......aku kat sekolah ni. mula semalam aku dah ada kat sekolah. banyak keje aku nak kena siapkan sebelum aku betul2 bercuti.
aku kena buat beberpa rakaman cd pendengaran untuk diposkan pada pelajar jepun yang nak ambik exam jlpt 5 dis ni. nak kena cari alamat dlm register. nak kena buat blueprint pss untuk 2011. nak kena buat kertas kerja hari kebudayaan jepun tahun depan (sekolah aku jadi tuan rumah) sebab awal tahun nak bentang pada unit sbp, japan foundation dan japan embassy, na sediakan bahan untuk kelas intensif bahasa jepun. dan baru tadi aku dapat surat kena ganti guru penyelaras bestari pegi bengkel 3 hari kat pd minggu depan. mak aii!!! bila nak cuti ni.........

tapi dalam tak dapat bercuti ni, ada hikmah sebenarnya.......aku pun bukan betah sangat duduk lama2 tak buat pape kat umah. paling tahan pun aku boleh lekat 3 hari je kat umah. pastu mula hilang akal..........sudahnya sekejap2 aku ke kl, menghabiskan masa kat kedai buku atau window shopping.......sampai mak aku cakap....sama je macam tak cuti......hehehe......

kebelakangan ni, bila tak de kerja nak buat aku macam hilang akal......mula la cari apa yang boleh dibuat.....nak baca buku pun tak de mood kebelakangan ni....(pelik kan?? sedangkan buku tu la yang paling aku suka......) sedangkan buku yang belum dibaca melambak2.......

cuma skarng tengah tunggu rancangan adik nak ke mana untuk percutian keluarga....itu pun kena tunggu hujung tahun sebab anak buah no 3 aku akan berkhatan 5 dis nanti........baru la boleh bercuti betul2 kot..... (itu pun kalau jadi........hrmmmm)

kesimpulannya.....bagi aku cuti ke tak cuti ke sama je. dah umur cam ni tak teruja sangat nak bercuti rasanya.....cuma aku akan teruja bila tengok anak2 buah aku seronok.... (diaorang tak demand lagi apa nak buat, mana nak pegi cuti2 ni......sebab tau aku tak de kat umah kot...hehehe....). tapi pape pun ada peluang cuti, bercuti la betul2..........


selamat bercuti untuk yang bercuti!!

Wednesday, November 17, 2010

Aku dan duniaku 183 .... minta maaf..

salam untuk semua......

mula2 aku nak ucap Selamat Hari Aidil Adha buat semua guest yang merayakan hari kebesaran Islam ini. Semoga pengorbanan yang dilakukan mendapat berkat dari Allah hendaknya. InsyaAllah.......

pastu aku nak mintak maaf kat guests yang selalu singgah kat blog aku ni sebab lama sangat aku tak mengepost citer baru kat sini. kesibukan melampau sepanjang minggu2 akhir persekolahan ini mencuri masa aku untuk menulis kat sini. sebenarnya banyak citer yang aku nak kongsi dengan guest kat sini, tapi terpaksa ditangguhkan dulu. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan citer kat sini. dann aku harap, guests akan setia mengunjungi dunia aku ini walaupun citer2 yang aku tulis nanti citer2 lama................................

mohon maaf banyak2.......jumpa lagi nanti.......