Sunday, August 30, 2009

Aku dan duniaku 107 ...... rancangan yang tak menjadi

salam untuk semua...............
tengahari tadi adik aku cadang nak pergi shopping beli baju raya anak2 dia. so, aku pun tumpang ikut la. ingatkan cuti 3 hari direct ni tak ramai la orang kat kl. mesti warga kl balik kampung. tambahan pulak bulan puasa ni. tapi sangkaan aku meleset. memang warga kl balik kampung, tapi warga kampung pulak ambik kesempatan datang kl.

macam ni la suasana kat tempat yang aku pergi...............
kesibukan di sogo....(barisan di kaunter bayaran punya lah panjang....)

kesesakan di bazar ramadhan jalan tunku abdul rahman

akibat kesesakan ni adik aku ambik keputusan batalkan saje rancangan nak shopping. sudahnya tak sampai 1 jam kat jalan tar, kami pun balik (rekod ni..... sebab biasanya paling kurang mesti 3 jam kat sini..............)

*frust jugak x dapat shopping sebab aku bukan main semangat lagi. tapi aku pun bukan jenis yang suka bersesak2 camni....... elok jugak la tak jadi. yang bagusnya, duit tak melayang ari ni................alhamdulillah....

Tuesday, August 25, 2009

Aku dan duniaku 106 ........ alahai ptk

salam untuk semua............

pagi tadi bersama ribuan para guru seluruh malaysia aku menduduki peperiksaan penilaian tahap kecekapan (ptk) kat smap labu. lama tak duduk dalam dewan peperiksaan sebagai calon, rasa pelik pulak. (ye la.... selalunya jaga budak exam, kali ni diri sendiri ambik exam.......). sampai je kat smap (9:45 pg) aku tengok dah ramai yang masuk dewan. semangatnye diaorang ni..... dah tu pulak masing2 dengan buku rujukan kat tangan..... gerun jugak aku..... sakan betul cikgu2 ni studi untuk ptk. aku selamba je.... dah la tak studi ape pun. buku bukan main lagi semagat beli. tapi bukaknye tak. cantik lagi. (tak de masa la....... balik kampung tolong adik ipar buat kuih tempahan raya...) pape pun ambik exam tetap ambik......
ada 2 paper. satu tentang p&p. satu lagi umum (pasal dasar2, surat pekeliling dan macam2 lg la....). paper p&p, ok la sebab ada kena mengena dengan kerja aku. tapi itupun 'panas' juga la kepala ni pikirkan jawapan nye. aku cukup tak suka soalan objektif. sebabnye jawapan tu sume betul dan boleh pakai. kena cari yang paling tepat. lagipun tak boleh nak 'goreng'. masa belajar dulu aku lebih suka jawab soalan subjektif atau soalan esei sebab boleh nak 'goreng' dan boleh dapat markah kesian kat cikgu atau lecturer. tapi objektif tak boleh. kalau dah salah, salah la.....
paper umum pulak....... aduh!! biol kepala rasanye. ntah pape la soalannye. (bagi aku yang tak studi ni, ntah pape la......hehehe...) menguji minda dan kewarasan betul..... aku jaawab jugak la mengikut kemampuan otak aku ni. tengok la keputusannye nanti.......(kalau tak ok, ko la.....)
tapi pape pun, yang penting aku dapat jawab sume soalan yang diberikan. betul ke salah, kemudian kira.............betul tak??? (moga aku lulus......insyaAllah)
kesimpulan........... apa je yang nak dibuat mesti ada perancangan dan persediaan. tak boleh main buat je. nak ambik periksa pun perlu ada persediaan. tak kira la exam ape pun. dan satu lagi, jawab je sume soalan tu walaupun tak tau jawapannya............ (sebab jawapan dah ade...... tembak je la...... hehehe...... mane tau terkena sasaran.......kan rezeki tu.....)

Saturday, August 22, 2009

Aku dan duniaku 105...... menanti nikmat berbuka puasa...

salam untuk semua............

insya ALLAH 2 jam lagi akan sempurna la puasa sulung ramadhan tahun ni. cuaca yang sejuk dek hujan lebat awal pagi tadi menambah keseronokan berpuasa hari ni....(sebab tak panas da tak memenatkan.........)

waktu2 camni kat dapur dah sibuk mak memasak lauk untuk berbuka. aku pun tolong la mana yang perlu.......mak masak lauk kegemaran aku ari ni. masak lemak cili padi ayam kampung.......fulamak!!! bestnye..... dah semerbak bau dalam rumah ni..... tak sabar rasanya nak menanti waktu berbuka nanti......... aku akan dapat 2 nikmat berpuasa hari ni. satu sebab akan sempurna puasa sulung aku dan satu lagi akan dapat menikmati lauk yang mak masak. pegi la ke restoren hotel 5 bintang pun, x kan dapat la lawan masakan mak aku........... cuti seminggu kat rumah ni dapat la merasa lauk masakan mak setiap hari.... bertambah nikmatnya bulan puasa ni.................
kesimpulannya......... ada waktu terluang, balik la jenguk mak. tambah lagi di bulan mulia ni...... mak pasti menghidangkan lauk kegemaran anak2 nya.........

Aku dan duniaku 104 ... menanti nikmat bersahur...

salam untuk semua.....
entah kenapa bila datangnya bulan ramadhan, bulan mulia penuh berkat ni, aku cukup seronok untuk bersahur, terutamanya bila kat kampung. mungkin sebab dapat sama2 bersahur dengan mak dan ahli keluarga yang lain kot. maklum la, kalau kat seremban aku akan bersahur dan berbuka sorang2......keseronokan tu tak terasa.

dan alhamdulillah, tahun ni aku dapat bersahur untuk puasa sulung dengan keluarga. sure seronok la...... lgpun tadi mak dah masak rendang daging pacak2 (rendang basah). x sabar nak makan dengan nasi panas dan teh o suam waktu sahur nanti...... fuh.... bestnye....

untuk semua, selamat berpuasa. semoga bulan penuh berkat ini akan dapat mendatangkan seribu keberkatan untuk kita. insya ALLAH.....

Thursday, August 20, 2009

Aku dan duniaku 103 .......ingatkan panas hingga ke petang.....

salam untuk semua..........

aku nak tanya la.......

apa jadi pada janji 'sehidup semati' yang dilafazkan?
apa jadi pada 'bahagia hingga akhir hayat' yang diucapkan?
apa jadi pada 'akan setia selamanya' yang dijanjikan?
apa jadi pada semua kata2 manis tika mula membina cinta?

kenapa begitu mudah mengakhirkan cinta?
kenapa begitu mudah memutuskan ikatan kasih?
kenapa begitu mudah mengucapkan 'selamat tinggal'?
kenapa begitu mudah merobohkan mahligai rumahtangga?




aku tak paham betul la.......

kenapa masa bercinta bukan main sakan lagi...??? sampai tak lalu makan, tak lena tidur mengenangkan sidia yang tak dapat jumpa hari ni. masa bercinta sumenya baik. yang buruk pun nampak baik. (kentut busuk pun kata wangi....... tak ke bodoh tu???) yang tak elok dimata pun kata cantik. kenapa perlu berpura2?? kenapa tak berterus terang??? aku rasa sebab sikap ni la yang merosakkan kebahagiaan bila dah berumah tangga. waktu ni la nampak segala yang buruk. waktu ni la tak suka segala yang dibuat. (sedangkan masa bercinta....... sume tak pe....). sudahnya tak puas hati, bertengkar dan akhirnya berpisah.

pagi tadi aku dapat berita seseorang yang aku kenal dah mengakhiri hidup berumahtangganya. rasa aku tak sampaipun 2 tahun usia perkahwinan tu. tapi nak buat camne. bila dah kahwin baru terserlah perangai buruk masing2. (baru tau kentut tu busuk sebenarnya............) bercinta bagai nak rak, sudahnya hancur jugak rumahtangga akibat tak bersefahaman.

menambah lagi satu sebab kenapa aku rasa selesa hidup sendiri. hati tak sakit dan tak menyakitkan hati orang. alhamdulillah, aku bahagia dengan hidup aku sekarang...............

kesimpulannya........ tak de testing untuk alam rumahtangga. kalau tak bersedia, baik lupakan dulu. pastikan diri dah betul2 bersedia dari segi mental, kewangan dan tanggungjawab. kenali betul2 pasangan dari pelbagai aspek. jangan jadikan ikatan perkahwinan yang suci itu satu permainan.