Thursday, August 20, 2009

Aku dan duniaku 103 .......ingatkan panas hingga ke petang.....

salam untuk semua..........

aku nak tanya la.......

apa jadi pada janji 'sehidup semati' yang dilafazkan?
apa jadi pada 'bahagia hingga akhir hayat' yang diucapkan?
apa jadi pada 'akan setia selamanya' yang dijanjikan?
apa jadi pada semua kata2 manis tika mula membina cinta?

kenapa begitu mudah mengakhirkan cinta?
kenapa begitu mudah memutuskan ikatan kasih?
kenapa begitu mudah mengucapkan 'selamat tinggal'?
kenapa begitu mudah merobohkan mahligai rumahtangga?




aku tak paham betul la.......

kenapa masa bercinta bukan main sakan lagi...??? sampai tak lalu makan, tak lena tidur mengenangkan sidia yang tak dapat jumpa hari ni. masa bercinta sumenya baik. yang buruk pun nampak baik. (kentut busuk pun kata wangi....... tak ke bodoh tu???) yang tak elok dimata pun kata cantik. kenapa perlu berpura2?? kenapa tak berterus terang??? aku rasa sebab sikap ni la yang merosakkan kebahagiaan bila dah berumah tangga. waktu ni la nampak segala yang buruk. waktu ni la tak suka segala yang dibuat. (sedangkan masa bercinta....... sume tak pe....). sudahnya tak puas hati, bertengkar dan akhirnya berpisah.

pagi tadi aku dapat berita seseorang yang aku kenal dah mengakhiri hidup berumahtangganya. rasa aku tak sampaipun 2 tahun usia perkahwinan tu. tapi nak buat camne. bila dah kahwin baru terserlah perangai buruk masing2. (baru tau kentut tu busuk sebenarnya............) bercinta bagai nak rak, sudahnya hancur jugak rumahtangga akibat tak bersefahaman.

menambah lagi satu sebab kenapa aku rasa selesa hidup sendiri. hati tak sakit dan tak menyakitkan hati orang. alhamdulillah, aku bahagia dengan hidup aku sekarang...............

kesimpulannya........ tak de testing untuk alam rumahtangga. kalau tak bersedia, baik lupakan dulu. pastikan diri dah betul2 bersedia dari segi mental, kewangan dan tanggungjawab. kenali betul2 pasangan dari pelbagai aspek. jangan jadikan ikatan perkahwinan yang suci itu satu permainan.

5 comments:

  1. Tahukah kita erti perkahwinan yg sebenar? Apakah maksud perkahwinan yg sebenar zahir dan bathiniahnya? Apakah tujuan perkahwinan yang hendak dibina? Atas dasar apakah perkahwinan itu? banyak lagi persoalan2 yang perlu ditanyai kepada diri kita sebelum membuat keputusan perkahwinan itu....... Apakah perkahwinan itu atas kehendak nafsu? atau atas kehendak ibadah? diruangan ini cuma setakat itu saja yang dapat Poning jelaskan ...... maaf kok kurang ilmu!!!!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih sifu..... harap ada yang cuba mencari jawapan untuk semua soalan2 tu sebelum memasuki alam rumahtangga.....

    ReplyDelete
  3. kadang2 manusia itu sendiri seakan memaksa pasangannya untuk mengucapkan sesuatu yang kurang realistik seperti ayat2 jiwang dalam post ni~ tapi kalau x diucap, dikate x komited ataupun terlalu pesimis... jadi, pasangan kepada manusia ini akan menjadi tertekan sebab terpaksa mengucapkan sesuatu yang diluar kemahuannya, semata2 utk memenuhi kehendak pasangan yang tidak pernah berfikir secara realistik... manusia2 sebegitu mmg ada dan tak heran kalau perkara ni terjadi sebab terlalu nk berada dalam comfort zone... sekadar memberi pendapat... bersandarkan kepada pengalam sniri~

    ReplyDelete
  4. aik?? pengalaman sendiri??? hrmmmm.... interesting.. hehehe....
    betul afiq, dek terlampau nak jaga hati pasangan, terpaksa menipu hati sendiri kan...?

    ReplyDelete
  5. xde la nk menjage hati sgt pon~ kdg2 pasangan tu sniri yg pakse kite ckp camtu~ kalo x, nnt biseng, perang mulot pe sume pdhal kite try nk jadikan hubungan tu sesuatu yg realistik~ tp biasela, realiti xsumenye best kan? huhuhu~

    ReplyDelete