salam untuk semua.....
menyepi 3 hari membuatkan banyak citer yang aku kumpul untuk aku tulis kat blog ni. tambahan pulak selama 3 hari tu (jumaat, sabtu, ahad) aku mengikuti program bengkel anjuran tuan pengetua ke melaka. masa kat melaka la banyak peristiwa menarik yang berlaku. peristiwa yang pahit, yang masam, yang kelat dan yang tersaaaangat manis...... boleh katakan sume ada la.....
cerita 1
mula2 nak citer pasal bengkel la ye.....
aku adalah salah seorang peserta bengkel yang terpilih untuk membincang dan merancang halatuju sekolah untuk tahun 2010. banyak la isu dan perkara yang dibincangkan iaitu mengenai pengurusan, akademik, hal ehwal pelajar dan kokurikulum. hangat jugak la perbincangan terutama bila menyentuh topik2 yang 'panas'. pelbagai idea dilontarkan (otak pun bekerja overtime sepanjang 3 hari ni, memikirkan idea2 yang sesuai.......sebab tu malam bila balik bilik je, sume flat dan terus cari katil.... lena sampai pagi.......) tapi alhamdulillah, akhirnya kata sepakat dapat diambil untuk dilaksanakan pada tahun 2010 nanti. dan insyaALLAH dengan kesungguhan yang ditunjukkan, harapan untuk mencapai kecemerlangan itu akan berjaya. tengok la hasilnya dipenghujung 2010 nanti.......
wajah2 peserta bengkel yang khusyuk sepanjang bengkel
wajah2 ceria peserta masa 'break' untuk minum
cerita 2
dah penat perah otak berpikir, malam sabtu, tuan pengetua bawak sume peserta ke umbai, medan ikan bakar yang terkenal tu.......apa lagi, tertutup mulut, tak bersuara bila disumbat dek ikan2 bakar, sotong goreng, kupang sambal, air kelapa, nasi lemak dan banyak lagi la........ fuh.... balik kekenyangan...... alhamdulillah..... terima kasih tuan haji..!!!!(bukan senang nak dapat tuan pengetua belanja tau....... hehehe....)
tapi peristiwa menarik masa kat umbai ni ialah bila dapat jumpa dengan siti nurhaliza dgan datuk k....... sampai2 je keadaan kat tempat tu kecoh sikit. adik jual berangan kat situ kata, "tu kereta siti nurhaliza tu..... dia datang makan tadi. dah nak balik la tu......". aku dan rakan2 serentak memandang ke arah kereta sport warna merah yang berada kat belakang kami. depan kereta tu ada 2 polis trafik bermotosikal besar.... aku pun terkial2 kuarkan kamera tapi bila lalu depan aku x sempat nak snap sebab kereta sport tu tak berhenti pun..... tapi dapat la lambai siti. (bukan aku la sebab aku tengah terkial2 dengan kamera......) "kecik je siti tu," kata pk aku. sume yang lain angguk2 mengiyakan. aku tak perasan pun. cume aku terkilan tak dapat ambik gambar dan pastikan jenis apa kereta yang dipandu dek datuk k tu. (aku agak sama ade ferrari atau porsche)......pape jer la kan....... oh ya, makan kat umbai memang sedap!!!! terima kasih tuan pengetua..!!!
wajah2 khusyuk dan ceria mengadap makanan yang macam2 ada.....
cerita 3
kemudian peristiwa saaaaaaangat manis yang berlaku, yang aku rasa sungguh istimewa ialah bila di hari akhir aku di melaka....... memang la kata orang rezeki tu kita tak tau kan....... (jangan salah sangka ye. bukan dapat duit atau menang apapun........just pengalaman yang cukup manis, yang tak akan aku lupa kan......)
masa tunggu member aku datang ambik kat hotel, aku lepak2 la kat lobi hotel tu. tengok orang kuar masuk, mendaftar dan lunch kat coffee house...... entah kenapa selama menunggu setengah jam tu aku tak cari tempat duduk pun......(mungkin malas nak duduk sebab jauh dari entrance, takut tak nampak member aku datang nanti) so, aku pun berlegar2 la kat ruang entrance yang luas tu sambil snap gambar yang aku rasa menarik.
tengah berlegar2 tu tiba2 entrance depan tu dibukak kedua2 pintunya dan masuk la seseorang yang diiringi oleh beberapa orang di kiri kanan nya. nak tau sapa yang masuk tu........ YB Dato Hishamuddin bin Hussein....!!!! aku pun apa lagi, kamera dah kat tangan, snap la 2, 3 keping dari jauh.....(snap nyorok2, takut jugak nanti bodyguard Dato nampak, kena rampas pulak kamera aku.....). Dato datang untuk rasmikan mesyuarat perwakilan umno melaka (x tau la cawangan atau bahagian mana...)yang buat kat hotel tu.
2 gambar yang aku snap masa mula2 Dato masuk....
tapi peristiwa selepas tu yang istimewa sungguh buat aku.......
tiba2 Dato ternampak aku yang tengah snap gambar, beliau pun terus datang kat aku....(alamak, mati la aku, Dato sendiri nak marah aku dan rampas kamera aku ni....... habis la......aku dah berdebar2.... muka dah pucat kot.....) aku terkejut bila Dato hulurkan tangan dan tanya....."dari mana ni?" terketar2 aku sambut salam Dato dan jawab "baru selesai bengkel profesionalisme guru, Dato." "ooh.... cikgu la ni," sambung Dato. "Ya, Dato, " jawab aku ringkas. tiba2 Dato ambik kamera kat tangan aku dan cakap, "mari, mari ambik gambar ....." dan bagi kamera tu pada salah seorang bodyguard atau pengiring beliau. tergamam aku. tengah posing tu, Dato cakap " saya rindu kat pendidikan. sekejap je dapat kat situ. PIPP pun baru je." "ya Dato," itu je yang terkeluar dari mulut aku. (mana nak posing lagi waktu tu...... gementar lagi..... macam2 perasaan la......mana la nak pikir jawapan tu..... )
lepas tu, aku pun ucap terima kasih dan sebelum beredar, nak tau Dato cakap apa........???? "kirim salam kat kawan2 ye......" ya ALLAH, macam kawan2 je Dato buat aku...... macam dah kenal lama.....tak sangka sungguh......
satu aku suka dengan Dato ialah first time aku nampak Dato masuk, sampai la Dato beredar dari situ, Dato sentiasa tersenyum........ bertambah hansem aku tengok........Dato memang murah dengan senyum dan mesra rakyat. itu la yang aku tau dari media masa. dan memang terbukti. aku mengalaminya sendiri.................
(*ehem...... jangan jeles ye....... hehehe)
teruja sungguh aku ari ni. aku akan kenang sampai bila2 peristiwa ini. terima kasih Dato kerana sudi menyapa. (terima kasih jugak untuk member aku sebab datang lambat ambik aku tadi....... kalau tidak aku tak akan mengalami peristiwa indah ini...............ada kalanya tak menepati masa itu mendatangkan keuntungan.......hehehe)
Wah...bestnye sensei...
ReplyDeletetulah, sebagai pemimpin, mestilah dekat dan mesra dgn rakyat, barulah akan disukai dan dihormati pengikut sebab pengikut akan sentiasa meminta bantuan kepadanya, dapat bantu ke dapat buntu ke,itu cerita lain.