Monday, October 12, 2009

Aku dan duniaku 115 ....... alahai open house..!!!

salam untuk semua......

hujung minggu beberapa hari nak berakhir bulan syawal ni, orang sakan buat open house. tiap2 minggu ada jemputan. sampai ada yang 'ter'tak pergi. dah terlampau banyak sangat. bayangkan la sampai satu hari tu ada 5 jemputan dari tengahari sampai malam. sapa yang larat. perut ni pun sampai dah terpaksa guna emergency brake. dah tak larat dah........ terpaksa la menolak jemputan dengan sopan...... (ye la, nanti kata kita tak sudi datang rumah dia pulak..... merajuk pulak...... paraaaah!!!). lepas tu sampai umah, dah terbongkang!!! (hrmm...... dalam bahasa melayu maksudnya.... tergolek kekenyangan..... hahaha.... ntah betul tidak tu........)

rumah aku kat kampung pun ari sabtu 10/10 ari tu buat open house jugak...... yang ni rancangan adik aku, yusri. aku tolong2 je....(so kat member2 aku, jangan kecik ati ye aku tak jemput...... sebab bahagian aku tak de............ lagipun aku tau, sure tak datang punya. dah lah jauh, malam pulak tu......... gomen ne...) adik aku ni memang rajin buat open house. boleh kata tiap2 tahun. dia ajak kawan2 dia je...... tapi tahun ni pakcik aku join sama. so, besar jugak la sikit........ makanan pun pelbagai la jugak. ada sate....(ni mesti ada sebab duduk kajang x de sate tak sah..... betul tak?? hehehe..... bakar kat situ lagi........ makan panas2..... fulamak!!! ....terliur...... tapi aku tak makan sate....... so x heran pun.......), ayam bakar, rendang minang ayam dan daging, lemang, nasi impit, spagetti, cocktail, macam2 jenis kek...... dan banyak lagi la...!!!! punya ramai tak ramainya orang datang, menjelang 9:30 ayam bakar dah habis............. (ayam punya la banyak...... 20 ekor tu...!!!! macam kenduri kahwin pulak...........) oh ye.... majlis mula jam 8:00 malam. pukul 10:30 je, adik aku dah tutup kedai.............member dia yang datng lepas tu, rasa baki kuih raya je la......... kesian aku tengok............tapi nak buat camne, tak sangka ramai yang datang.........adik aku cakap, ingatkan buat malam, tak ramai yang datang........... tapi sangkaan meleset....... (tu la, lain kali kena rancang betul2........)

tapi, papepun malam tu cukup seronok. kawan2 adik dan pakcik aku yang pelbagai bangsa pun datang. baru la 1malaysia...... letih badan sebelum dan selepas majlis hilang bila tengok tetamu yang hadir seronok dan puas hati................ "tahun depan buat lagi ye, yus...!!!" kata kawan2 adik aku masa bersalaman pulang sambil mengusap2 perut........ hehehe.............. (seronok sebab dapat makan free tu.........) insyaALLAH.....balas adik aku............terima kasih untuk yang sudi datang................



mula2 sekali sampai orang2 masjid, kawan2 pakcik aku



sepupu aku (yg big size tu...), orang kuat bakar ayam.
kontrak tiap2 tahun. dua kali kipas je, dah terbakar ayam tu......... hahaha.......



semangat 1 malaysia




semangat 1 keluarga.................



untuk budak2 adik aku sponsor bunga api.........



......... dan belon ......

Tuesday, October 6, 2009

Aku dan duniaku 114 ....... majlis '3-in-1'

salam untuk semua..........


sori lama tak menulis post......... sebab tak de cerita. aku ni bukan jenis yang nak cerita yang bukan-bukan..... apa kata orang tu, asal tulis je........ kalau aku rasa tak de cerita menarik yang nak dikongsi dengan guests, aku tak kan tulis....... gomen ne....


sabtu, 03/10 ari tu, ada majlis kat sekolah aku ni. first time program besar sekolah dibuat satu hari. mula2 dapat tahu tu, melopong jugak la cikgu2...... (melopong sebab terkejut......"aik??!! boleh ke nak buat sekali ni?"....... camtu la cikgu2 pikir agaknye....... ) dapat senarai ajk pun ada yang geleng kepala.... sebab ada yang nama dalam tiga2 ajk..... mana tak bengang..... ("apa??!! ingat boleh klon2 ke badan ni.....!!!???"........ camtu la lebih kurang suara hati cikgu2 yang kena dalam tiga2 ajk.......hehehe...)


cikgu2 dah mula sibuk sehari sebelum majlis... (hari jumaat...) .... tambahan pulak ada majlis aqiqah.... sembelih 2 ekor lembu.... ni pun ustaz2, cikgu2, staf2 sokongan dan budak2 f4 & f5 yang buat....... (sampai larut senja diorang buat kerja......). kat dewan, persiapan pentas dan dewan pulak dilakukan..... rehearsal majlis esok sampai pkl 6 ptng....... tu belum lagi malam nye..... sibuk bahagian susunan kerusi dewan, kiosk pameran dan macam2 lagi la.......!!!!!! fuh..!! tu sebelum hari langsung.... (macam nak buat kenduri kahwin pulak..... hehehe.....)
"tak lut la kapak tu haji..." ....... risau ustaz zanuri tengok tn haji sahak......


sempat lagi nak posing tu.... terpotong jari kang, bang oiiii...!!!!!

jangan sampai kering pulak minyak tu nanti.....!!!

pandai ke nak cucuk bunga2 tu.....???

madam norahilah sibuk hias pentas......
esoknya, pkl 7:30 dah mula...... perhimpunan (ni cam biasa la....tapi kali ni budak2 pakai melayu raya...... bukan main segak lagi......). pastu budak perbarisan dan pengakap dah sedia untuk pemeriksaan barisan dan kawad formasi...... kat dewan pulak budak2 dan ibubapa dan sedia..... kat dataran bestari, ajk jamuan dah memulakan kerja.......... dan pukul 9:00 majlis kat dewan bermula..... iaitu majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum sdar 2009

backdrop yang simple tapi cantik kan?!

yang kat tengah tu Tokoh Kokurikulum SDAR 2009......
tahniah posto!

sempat jugak posing tu........ (kat kiosk pameran)

seronoknye diaorang...!!! mesti la... kan dapat anugerah...!!

lepas tu, jam 11:30 majlis kat dataran bestari pulak bermula...... majliS jamuan hari raya aidil fitri. budak2 dan ibubapa sama2 menikmati pelbagai juadah yang disediakan dan yang dibawa oleh guru2 dan ibubapa. nak ucap terima kasih kat PIBG sebab menaja majlis ini......

sume tayang baju melayu raya......

ada yang tegur la tu ...... "tinggalkan sikit untuk orang lain, faiz, skin!!!".....

banyak nye makanan ......!!!

lepas azan zohor dilaungkan, berbondong2 semua ke masjid untuk majlis seterusnya. selepas solat zohor, majlis solat hajat untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5 diadakan. lepas tu bacaan yassin pulak. semua mendoakan agar pelajar2 ini akan berjaya menempuh peperiksaan dan memperoleh keputusan yang cemerlang....insyaALLAH.....

GAMBAR2 MASA MAJLIS BACAAN YASSIN


lepas tu, ..... biasa la. nak berkemas.......tapi alhamdulillah, berkat kerjasama semua, urusan kemas mengemas selesai lebih kurang pda pukul 3 petang.......... fuh!!!.... selesai jugak. terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis '3-in-1' ini dengan jayanya.............

Tuesday, September 29, 2009

Aku dan duniaku 113 ......... ひさしぶり.... hisashiburi...

salam untuk semua.......

hari ni 'hisashiburini' dapat cakap nihongo. biasanya aku guna nihongo masa dalam kelas je... itupun banyak bahasa melayu drp nihonga (ye la...... budak2 aku tu bukan nyer paham pun kalau aku cakap nihongo...... melopong ada la......sepatah2 tu boleh la...... ayat2 yang mudah2 je. tapi nak ajak bercakap.........hrmmm........ jauh la....!!!! )

aku nak citer pasal pertemuan aku dengan bekas pelajar sdar 037 yang datang jumpa aku siang tadi. sugoi!!! bahasa jepun dia berasap2..... (belum lagi level berapi..... hehehe.....) naik malu aku nak berbual dengan dia dengan nihongo aku yang dah berkarat ni........ tapi seronok sebab aku dapat 'brush up' balik nihongo aku. (やっぱりね、若いから。言葉がたくさん覚えているね。)

seronok dapat jumpa dan dengar pengalaman dia belajar bahasa jepun.... (sebab dulu dia budak perancis.........selalu cam tu tau..... budak bahasa lain yang dapat pergi jepun...... budak jepun tak nak ke jepun ke???? heran aku..........tapi tak pe la, sekarang dah jadi macam budak aku pulak..... sebab diaorang kalau datang sekolah akan cari aku.............. bangga jugak la..........). teringat balik masa aku mula belajar dulu. tergagap2.... (ye la... lidah dah keras......). tapi susah2 pun seronok sebenarnya. malah aku boleh bangga sebab ada extra bahasa yang aku kuasai......  難しいけど、面白い。

sebenarnya aku tak sangka dia berminat untuk ke jepun sambung pelajaran. sebab masa sekolah dulu dia seorang yang memang oustanding dalam pelajaran. resultnya sentiasa A. kedudukan dalam tingkatan sentiasa no 1. spm, straight A1. aku membayangkan dia akan ke UK ke, Ireland ke, australia ke, buat medic. sebab sebelum2 ni budak2 yang ke jepun bukan la budak yang secemerlang dia ni. so, bila dapat tau dia teruskan pelajarn untuk ke jepun, macam tak caya pulak............. tapi aku bangga jugak la sebab dia pilih untuk sambung belajar ke jepun... (walau pun bukan budak yang aku ajar dulu....) dan nampaknya dia dah menguasai bahasa yang dianggap paling susah di dunia ni. (orang pandai kan..... bagi lah bahasa apa pun sure boleh master punya....... lagi pun muda lagi............'benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, di campak ke daratan menjadi gunung'..........teruskan ye!!)

bersama 'future kohai' yang bakal mengikut jejak langkah rifqi


papepun, terima kasih sensei ucapkan pada rifqi kerana sudi datang dan berbual dengan sensei tadi...... ひさしぶりに日本語をしゃべった。よかったね。ありがとう。ごめんね、ここに君のことを話した。いろいろ話して楽しかったよ........ 勉強のほう、がんばってね。君ならできるよ。いつまでも SDARの誇りになってね。

Saturday, September 26, 2009

Aku dan duniaku 112 ...... terima kasih kerana mengingati.....

salam untuk semua ........................

kesibukan hari raya dan berpeluang untuk rehat di kampung, menjauhkan aku dari laptop seketika. so, lama aku tidak menulis post. kepada yang setia singgah, aku mintak maaf.

post kali ni aku nak tujukan khas kepada beberapa insan dan kenalan yang masih mengingati tarikh 20 september (ada yang ingat tiap2 tahun......... terharu aku....thanks emie & lawi) dan tak lupa mengirim ucapan untuk aku. dan tahun ini tarikh itu agak istimewa buat aku. hanya ucapan TERIMA KASIH yang mampu aku bingkiskan buat kalian yang berikut........

*khairuddin
*shahir
*dayang
*wan huzaini
*munzir
*rizal
*nazrul
*azree
*rahman
*arsyad
*zairul
*fikrie
*ruzaimie
*thaqif
*azzairi
*umi
*lukmanul
*faidzal
*kak zila
*fidah
*pearl
*faisal
*kak shid
*aiman sulhi
*abdussalaam
dan anak2 buah aku - bang long, haris, abang, kakak & farhan

p/s walaupun semakin tua, bila ada insan yang mengingati, hati jadi terusik kerana dalam keseorangan aku masih punya teman meskipun jauh ............... terima kasih

Sunday, September 20, 2009

Aku dan duniaku 111......... 20092009....

salam untuk semua.....................

mula2 aku nak wish pada semua.........................




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
DAN
MAAF ZAHIR BATIN

.......semoga lebaran tahun ini akan membawa kebahagiaan buat semua.

-------------------------------------------------------



20092009
angka di atas cukup cantik. cukup mudah diingati dan hanya ada satu saje kat dunia ni .......
dan aku cukup rasa bertuah dan bangga kerana angka itu adalah milik aku ....(dan beberapa orang yang lahir pada tarikh ni la..................). tahun ini 20 september membawa kenangan yang amat indah berbanding dengan tahun2 sebelum ini. dengan tarikh yang cukup istimewa, 1 syawal, dan ulangtahun kelahiran ku, aku cukup2 rasa istimewa tahun ni...........(biar la orang kate aku perasan ke, ape ke............ peduli apa aku............ yang penting aku rasa istimewa........eleh.... diorang jeles sebenarnya tu...... betul kan???)
aku memanjatkan kesyukuran ke hadratMU ya ALLAH kerana telah memanjangkan usiaku ke hari ini dan mengizinkan aku untuk merasa keistimewaan hari ini. aku memohon kehadratMU juga ya ALLAH semoga KAU limpahkan rahmat dan kesejahteraan untuk ku, dan mempermudahkan jalan untuk aku meneruskan kehidupan ini berlandaskan ajaran2 MU ya ALLAH. Amin.
p.s ..... no post pun cantik kan...... 111