Tuesday, October 6, 2009

Aku dan duniaku 114 ....... majlis '3-in-1'

salam untuk semua..........


sori lama tak menulis post......... sebab tak de cerita. aku ni bukan jenis yang nak cerita yang bukan-bukan..... apa kata orang tu, asal tulis je........ kalau aku rasa tak de cerita menarik yang nak dikongsi dengan guests, aku tak kan tulis....... gomen ne....


sabtu, 03/10 ari tu, ada majlis kat sekolah aku ni. first time program besar sekolah dibuat satu hari. mula2 dapat tahu tu, melopong jugak la cikgu2...... (melopong sebab terkejut......"aik??!! boleh ke nak buat sekali ni?"....... camtu la cikgu2 pikir agaknye....... ) dapat senarai ajk pun ada yang geleng kepala.... sebab ada yang nama dalam tiga2 ajk..... mana tak bengang..... ("apa??!! ingat boleh klon2 ke badan ni.....!!!???"........ camtu la lebih kurang suara hati cikgu2 yang kena dalam tiga2 ajk.......hehehe...)


cikgu2 dah mula sibuk sehari sebelum majlis... (hari jumaat...) .... tambahan pulak ada majlis aqiqah.... sembelih 2 ekor lembu.... ni pun ustaz2, cikgu2, staf2 sokongan dan budak2 f4 & f5 yang buat....... (sampai larut senja diorang buat kerja......). kat dewan, persiapan pentas dan dewan pulak dilakukan..... rehearsal majlis esok sampai pkl 6 ptng....... tu belum lagi malam nye..... sibuk bahagian susunan kerusi dewan, kiosk pameran dan macam2 lagi la.......!!!!!! fuh..!! tu sebelum hari langsung.... (macam nak buat kenduri kahwin pulak..... hehehe.....)
"tak lut la kapak tu haji..." ....... risau ustaz zanuri tengok tn haji sahak......


sempat lagi nak posing tu.... terpotong jari kang, bang oiiii...!!!!!

jangan sampai kering pulak minyak tu nanti.....!!!

pandai ke nak cucuk bunga2 tu.....???

madam norahilah sibuk hias pentas......
esoknya, pkl 7:30 dah mula...... perhimpunan (ni cam biasa la....tapi kali ni budak2 pakai melayu raya...... bukan main segak lagi......). pastu budak perbarisan dan pengakap dah sedia untuk pemeriksaan barisan dan kawad formasi...... kat dewan pulak budak2 dan ibubapa dan sedia..... kat dataran bestari, ajk jamuan dah memulakan kerja.......... dan pukul 9:00 majlis kat dewan bermula..... iaitu majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum sdar 2009

backdrop yang simple tapi cantik kan?!

yang kat tengah tu Tokoh Kokurikulum SDAR 2009......
tahniah posto!

sempat jugak posing tu........ (kat kiosk pameran)

seronoknye diaorang...!!! mesti la... kan dapat anugerah...!!

lepas tu, jam 11:30 majlis kat dataran bestari pulak bermula...... majliS jamuan hari raya aidil fitri. budak2 dan ibubapa sama2 menikmati pelbagai juadah yang disediakan dan yang dibawa oleh guru2 dan ibubapa. nak ucap terima kasih kat PIBG sebab menaja majlis ini......

sume tayang baju melayu raya......

ada yang tegur la tu ...... "tinggalkan sikit untuk orang lain, faiz, skin!!!".....

banyak nye makanan ......!!!

lepas azan zohor dilaungkan, berbondong2 semua ke masjid untuk majlis seterusnya. selepas solat zohor, majlis solat hajat untuk pelajar2 tingkatan 3 dan 5 diadakan. lepas tu bacaan yassin pulak. semua mendoakan agar pelajar2 ini akan berjaya menempuh peperiksaan dan memperoleh keputusan yang cemerlang....insyaALLAH.....

GAMBAR2 MASA MAJLIS BACAAN YASSIN


lepas tu, ..... biasa la. nak berkemas.......tapi alhamdulillah, berkat kerjasama semua, urusan kemas mengemas selesai lebih kurang pda pukul 3 petang.......... fuh!!!.... selesai jugak. terima kasih diucapkan kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis '3-in-1' ini dengan jayanya.............

No comments:

Post a Comment