Saturday, October 24, 2009

Aku dan duniaku 119 ......... terima kasih PM..!!!

salam untuk semua............

semalam, macam jugak rakyat malaysia yang lain, aku 'melekatkan telinga' kat radio dengar BAJET 2010 yang dibentangkan oleh PM (x dapat nak tengok tv sebab on the way balik kampung masa tu............. so dapat dengar kat radio je la.............. sebenarnya bahaya jugak kalau khusyuk sangat dengar radio ni sebab kenkadang tu tak concentrate driving........). 2 jam PM bentangkan bajet tu........ so 2 jam jugak la aku dalam keta...... (nak ikutkan dari seremban sampai kajang 45 minit je.............. tapi aku drive slow sebab nak concentrate dengar .............. dah tu hujan lebat pulak, tak dapat la nak drive laju..............) alhamdulillah, terima kasih kat PM sebab ada jugak imbuhan untuk kakitangan kerajaan tahun ni............... (walaupun bukan bonus tapi bayaran khas tu pun dah mencukupi........... alhamdulillah...) dan banyak lagi imbuhan lain untuk dunia pendidikan khasnya dan rakyat amnya.

aku tertarik dengan skim tambang 50% ktm untuk pelajar tu. alhamdulillah, faedahnya memang besar. budak aku je, ramai yang naik ktm bila balik kampung. setidak2nya jimat gak la sikit duit yang mak bapak diaorang bagi untuk belanja........ cuma harap tak de yang akan salah gunakan konsensi tu dah la............

kemudian pasal biasiswa nasional tu. ni pun satu galakan untuk pelajar berlumba2 untuk cemerlang. 30 yang terpilih tu nanti memang outstanding students la kiranya. yang boleh kita bangga kan. yang boleh digahkan dipersada dunia.......... (cuma jangan nanti dah dapat, buat perangai pulak masa belajar kat negara orang................)

dan satu lagi pasal ptptn yang ditukarkan kepada biasiswa. ni memang bagus dan aku sokong. cuma takut nanti bangsa yang banyak mendapat faedah dan untung ialah bangsa yang sambut gong xi fa chai. so, anak2 bangsa ku, kenalah betul2 bersaing dan bersungguh untuk merebut peluang ini. jangan nanti orang lain senang dengan benda yang sepatutnya hak kita, kita punya.

dan akhir sekali pasal status sekolah berprestasi tinggi ........... hrmm.... ni aku no komen la..... kemana nanti haluannya sekolah premier dan sekolah kluster.........???? cam mane pulak kriteria 20 sekolah berprestasi tinggi ini nanti........???? camne la pulak beban kerja warga sekolah yang terpilih ni nanti...???? setakat mana pulak keberkesanan sekolah berprestasi tinggi ini nanti.......????? sesuatu yang menarik untuk aku keep track lepas ni................

kesimpulannya............ bajet 1malaysia 2010 ni memang mesra rakyat dan untuk rakyat. banyak imbuhannya untuk rakyat........ yang penting peruntukan yang diberikan itu, biarlah keseluruhannya untuk rakyat.......... rakyat sebenarnya yang membentuk dan mencorak negara................. papepun, TERIMA KASIH PM......!!!!!!

No comments:

Post a Comment