salam untuk semua...............
alhamdulillah, penat mengawas PMR dah hilang. seingat aku paling last aku jaga exam ialah pada tahun 2003........ dah enam tahun. yang bestnya tahun ni pun aku jaga sekolah yang sama. aku namakan SMKR je la...... sepanjang seminggu jaga pmr kat sini, banyak pengalaman yang aku dapat. banyak benda yang bagi kesedaran kat aku. so, aku nak citer la sikit kat sini....... moga bagi kesedaran jugak kat guests.
calon pmr kat SMKR ini ramai....182 orang. majoritinya adalah kaum yang sambut deepavali, diikuti olah kaum gong xi fat chai. kaum yang sambut hari raya hanya 1/4 je.....
bila tengah mengawas tu boring nye bukan kepalang. bayangkan la dalam sejam, sejam setengah dan dua jam masa exam tu kami, pengawas, tak dibenarkan buat benda lain.....(mcm membaca, telefon, sms......) duduk pun tak boleh lebih daripada 15 minit...... masalahnya bila duduk je, mata mula beruyun....mengantuk. so, nak hilangkan mengantuk mata aku akan melilau tengok calon2 yang sdng jawab exam... (memang itu pun yang patut dibuat). masa melilau ni la banyak benda yang aku nampak dan menyedarkan aku thdp banyak perkara.
1
aku perhatikan hampir separuh daripada calon datang kesekolah dengan kasut putih yang berdebu merah. hampir keseluruhan kasut diaorang diselaputi debu merah ini. hati aku terusik bila membayangkan diaorang perlu mengharungi jalan2 berdebu ini untuk datng kesekolah. (betapa beruntungnya pelajar sekolah aku yang tinggal di asrama dan tak perlu mengharungi jalan tanah merah ni terutama tika hari hujan.........) dapat aku rasakan harapan ibu bapa diaorang untuk melihat kejayaan anak mereka dan mengubah nasib keluarga.......
2
bila memandu balik lepas selsesai jaga exam, aku perhatikan ramai pelajar yang berjalan kaki ke pekan berhampiran untuk menunggu bas yang lebih kurang 2 km jarak sekolah tu sampai pekan.... (betapa beruntungnya pelajar sekolah aku kerana tak perlu bersusah payah menunggu dan berebut bas untuk pergi dan balik sekolah..........). dapat aku rasakan ketabahan diaorang mengharung kepayahan untuk menimba ilmu............
3
sepanjang menjaga exam ni aku suka memerhatikan gelagat calon menjawab soalan. seorang calon pelajar lelaki ni menarik perhatian aku. masa menjawab kertas karangan bahasa inggeris, dia bukan main kusyuk lagi menulis. aku mengandaikan dia menjawab soalan, tapi bila aku dekati dan tengok......... masyaALLAH!!!!! rupanya dia menyalin semula soalan dan petikan dengan tulisan yang bulat2 dan besar!!! rupanya2 dia tak tahu membaca......walaupun dan tingkatan 3!!!. (betapa beruntungnya pelajar aku sebab semuanya dianugerahkan ALLAH dengan otak yang bijak.......tapi jarang untuk menghargainya......). dapat aku rasakan harapan dia untuk berjaya tetapi tidak menyedari yang kemampuannya tidak ada........... (sebab itu dia terus datang kesekolah......kemudian aku ketahui daripada guru sekolah itu bahawa bukan dia sorang saja yang begitu malah hampir 1/4 drp mereka masih tidak boleh membaca........malangnya)
4
di samping mengawas exam aku juga berpelung untuk memerhati persekitaran sekolah dan perjalanan p&p di kelas yang berhampiran. keriuhan akan terdengar jika cikgu tak masuk kelas.... (susah nak dengar kat sekolah aku...... sebab budak lebih suka 'bersnooker'....... hehehe...). macam2 lagu aku dengar. itu belum lagi jeritan dan hilai tawa pelajar perempuan. ada tu, cikgu ada kat depan pun pelajar boleh kelyar masuk kelas suka hati dia. yang aneh nye cikgu tak kata apa pun...... ( "lantakla. aku ajar sapa yg nak belajar je", agaknye itulah yang dipikirkan oleh cikgu2 kat situ.... dah tak larat dah kot........)(betapa beruntungnya pelajar sekolah aku sebab cikgu2 sungguh ambik berat pasal pelajaran mereka. tak masuk kelas, cikgu pergi cari....... tak boleh buat, cikgu bagi personal attention........ tak dapat cari bahan, cikgu cari, fotostatkan, masukkan dalam fail dan bagi...... lepas tu semak dan bincang jawapan........ sume cikgu sanggup buat.......... itupun ada yang tak menghargai.............). betul la kata kawan2 aku yang dah kuar dari sbp, "jangan la pergi sekolah biasa, 'sakit' nak mengajar...........". dapat aku rasakan perasaan cikgu2 yang mengajar kat smkr ni yang pastinya ada rasa sedikit kekecewaan kerana ada pelajar yang gagal menguasai ilmu yang diberikan......... dan akhirnya menyusutkan sikit2 motivasi cikgu2 kat sekolah ni...........
5
'sepakat membawa berkat'........
cikgu2 lain yang mengawas pmr dengan aku ada 12 orang termasuk ketua pengawas. kami bersama2 sepanjang hari selama minggu exam tu. hari pertama, baru nak kenal. kemudian masuk hari ke2 kami dah rapat. sorng cikgu tu mencadangkan kamu buat 'pot luck' sebab waktu exam pack sangat sampai x de masa nak pergi makan ....... (lagipun kantin kat situ tak de pape pun.......dan aku rasa kami pengawas kat smkr ni je yang buat makan2 ni kot......... ). so esoknya dan sampai hari akhir exam, kami sama2 bawak makanan dan makan sama2. masa makan ni kami isi dengan berbual tentang sekolah dan macam lagi dan juga saling mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat. menjelang hari akhir, kami dah rapat dan rasa macam dah kenal lama...... (moga persahabatan ini akan berterusan.....insya ALLAH). terima kasih en sinar, en karu, en aizam, kak han, kat sal, kak su, kak nah, aniza, ati, haniza, mamat.......
betul la kata seseorang (aku lupa sapa....) 'makanan boleh merapatkan perhubungan......' (hahaha....entah betul ke tak.....) memang betul la 'sepakat membawa berkat'..... kali ni berkat untuk perut........hehehe......
kesimpulannya........ belajar bukan saja dari buku. apa yang ada, apa yang berlaku di sekitar kita juga mengajar kita banyak perkara.......... kadang2 benda2 yang kecil itu yang memberi ilmu yang besar untuk kita............. yang penting kita perlu pandai menilai .........
lalu kat tompek kite x boghi salam ker
ReplyDeletehurm....mmg sepatutnyer pelajar kiter bersyukur kan??
ReplyDeletesifu..... niat hati nak singgah memang ada, tapi takut ngacau lak nanti. lgpun abis exam dah pukul 4, badan dan mata dan penat... nampak bantal je.... hehehe... sori la sifu...
ReplyDeletehelmi.... tapi bdk kite x sedar diri.... dah senang nak senang lagi....itu pun tak tau nak bersyukur.....
Terharu plak ngan skola yg sensei jaga 2....harp2 ramai la dak sdar yg bc post ni. Supaya mereka lbh bersyukur. Sy mmg bersyukur pn jd sdarian. :)
ReplyDelete