Tuesday, December 24, 2013

Aku Dan Duniaku 229...pertama dan terakhir.....

salam untuk semua......

MasyaAllah!!!!...hampir aku lupa dengan Duniaku ini. terlalu lama tidak menjenguk. Sawang pastinya sudah melata. Tapi Alhamdulillah, aku masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruska kehidupan dan singgah lagi di sini untuk terus berkongsi cerita dengan guest semua.

Melihat saja tajuk entri kali ni, pastinya guests tertanya2 kan. Cerita apalah pulak kali ni......hrmmmm. Bukan nak bikin suspen, tapi memang tajuk entri ni signifikan dengan apa yang berlaku dua empat hari yang lepas.

Seperti yang semua sudah maklum, keputusan PMR telah pun diumumkan. Sekolah aku juga buat pertama kalinya mencatat nama dalam senarai ranking keputusan SBP. 2013, buat pertama kalinya sekolah aku, SASEM (Sekolah Menengah Sains Sembrong......kat Kluang, Johor) mempunyai calon PMR. Dan yang calon seramai 132 orang ini juga merupakan batch pertama dan terakhir menduduki PMR format lama (kerana lepas ni PMR akan ditambahbaik dan dengan format yang baharu....agaknya la....???) haaa....itulah yang dimaksudhan 'pertama dan terakhir' , tajuk entri ni......hehehe.....

sebenarnya keputusan PMR sekolah aku ni, walaupun tak seperti yang disasarkan (kerana untuk semua SBP sasaran GPS adalah 1.0 dan sekolah aku dapat 1.13 je) tapi sebenarnya meninggalkan kesan yang amat bermakna buat aku. Ini kerana setelah hampir 19 tahun meninggalkan subjek Bahasa Melayu (kerana menyambung pelajaran dan menukar opsyen kepada Bahasa Jepun - dan mengajar bahasa jepun selama 13 tahun), aku diamanahkan untuk mengajar Bahasa Melayu semula sebaik sampai di sekolah ini pada tahun 2012. Ditugaskan mengajar tingkatan 2 ketika itu, dan pada tahun 2013 terus mengajar kelas yang sama. Ini bermakna aku perlu mengajar Bahasa Melayu tingkatan 3. Bayangkan dengan hanya 1 tahun pengalaman mengajar (setelah 19 tahun tinggalkan), aku perlu menyediakan seramai 55 orang pelajar untuk mendudukui PMR pada hujung tahun. Terlalu besar cabaran yang diberikan. Tapi, dengan sikapku yang tak suka menolak tugas, aku menyahut cabaran ini dan nekad untuk mencipta kecemerlangan, bukan saja untuk pelajar dan sekolah, tapi untuk diriku juga. Aku teringat peribahasa Inggeris yang berbunyi , 'Its just like riding a bicycle, u'll get use to it again.'.....(lebih kurang camtu kot bunyi nyer.....hehehe). Dan memang benar, semakin hari aku semakin seronok mengajar bahasa Melayu semula (walaupun rindu dengan bahasa Jepun - aku dan 2 tahun x ngajar BJ....huuhuhu).

Alhamdulillah, bila keputusan PMR diumumkan, 128 drp 132 orng pelajar keseluruhan berjaya memperoleh A dalam kertas bahasa Melayu. Rasa bangga yang tak terkira, sebagai ketua bidang dan juga sebagai guru BM yang mengajar sebahagian calon tersebut, tergambar diwajah ketika itu. Walaupun tidak 100% mendapat A (yang sepatutnya 100% A sebab itu target SBP dan juga sekolah) namun keputusan yang diperoleh, sebagai sekolah yang baharu agak membanggakan, bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga semua warga pendidikan SASEM. Dan bila kemudian aku mendapat tahun bagi subjek BM, sekolah aku mendapat ranking 32 drp 57 SBP. Kira ok la tu, sebagai sekolah baharu berada di atas sekolah2 yang telah agak lama. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, sekali lagi. :-)

Dan cabaran seterusnya akan dihadapi lagi tahun 2014 nanti. Mungkin dalam bentuk yang lain pula (sebab aku x ngajar f3 dah....fuuhh!!....;-). Tapi walau apapun pengakhirannya, yang penting kita perlu yakin pada diri sendiri. Jangan terus berkata 'no' atau mengalah sebelum mencuba. Dan alhamdulillah, aku telah berjaya buktikan. Kalau aku boleh, pastinya guests juga boleh...!!!!!  Percayalah, apa sahaja yang berlaku, ada hikmah yang ingin Allah berikan dan bersyukurlah. 

Kepada semua pelajar t3 Sasem, tahniah diucapkan kerana berjaya melakar sejarah buat sekolah. Teruskan usaha untuk SPM 2015 nanti. Dan kepada semua guru T3, tahniah dan terima kasih. Marilah kita kenalpasti kelemahan diri dan perbetulkan untuk kecemerlangan diri, pelajar dan sekolah. InsyaAllah dengan kesungguhan dan keikhlasan, kita akan berjaya mengapai bintang cemerlang.........

Warga guru Sasem, walaupun PMR pertama dan terakhir kita, tapi usaha mendidik tidak akan berakhir hendaknya. Semoga terus berjaya.

Huhuhuhu.......mcm ilmiah la pulak entri kali ni. tapi x pe la, saja nak kongsi kegembiraan dengan guest. saje nak seri2 kan semula 'duniaku' yang dah muram ni......fufufu......

Ja, mata. Jumpa lagi...... <3 span="">

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara

Wednesday, November 6, 2013

Aku Dan Duniaku 228.......semoga dirimu damai di sana, temanku.....

salam untuk semua,

lama meninggalkan duniaku ini. berkira2 untuk menulis peristiwa ini dengan segera, namun terasa perlu menyiapkan diri agar lebih kuat.
 
pagi jumaat, tanggal 1/11/13 seawal jam 6:30 pagi, telefon berbunyi menandakan mesej masuk.
"cuti2 ni x kan ada yang kata x datang sekolah kot??" hati berkata kerana selalunya pagi2 begini kalau menerima mesej hari persekolahan, mesti pasal cg mc atau cuti, sebab aku tukang buat relief.
mahu x mahu aku jenguk juga la msg tu. dari en Izzudin, pegawai SBP. Terkedu seketika membaca msg,
 
"Assalamualaikum wbt. Cikgu Latiffah Abdullah dari SBPI Rawang (dahulu SMS Dungun) telah meninggal dunia jam 2:30 pg td di HKL. Jenazah akan dikebumikan di Kg Melayu Subang. AlFatihah."
 
Innalillah hiwainnahilaihirojiun..... bagai disentak dan dipecahkan empangan airmata, menitis menangisi pemergian seorang sahabat. Dan memori tika bersama  arwah satu persatu mendatangi layar ingatan.
 
Menerima berita arwah mengidap kanser rahim stage 3 beberapa minggu sebelum itu merupakan sesuatu yang mengejutkan. Dan saat menerima beritu itu, mengimbau kembali kenangan ketika bersama2 arwah mengharung pahit getir dan kegembiraan meneruskan pengajian di Jepun selama 5 tahun. Mengetahui yang arwah seorang yang kuat, dalam semua perkara, terutama semangat yang kuat, aku mendoakan agar arwah akan tabah menghadapi dugaan ini dan kuat untuk menempuhnya. Dan aku tahu arwah akan berusaha untuk melawan penyakit ini dengan sepenuh kekuatan yang ada.
 
Namun selepas berpeluang menziarah arwah pada 23/10, aku dihambat kedukaan yang teramat sangat, dan segala harapan itu hilang tanpa aku berusaha untuk mencarinya. Melihat arwah terlantar dalam keadaan begitu, aku gagal menahan kesedihan. Cuba untuk mengelak daripd menghamburkan airmata, konon ingin kuat di hadapan kakak arwah yang ada ketika itu, namun hati ku menangis semahu2nya. Dan tika berseorangan di bilik selepas itu, nyata aku gagal mengawal perasaan.
 
Membayangkan arwah yang aku kenal adalah seorang yang periang, sentiasa mengukir senyuman dan suka berjenaka, dan serius dalam bekerja, aku sukar menerima arwah dalam keadaan sakit dan terlantar begitu. Aku kehilangan bicara. Ketika itu, hanya doa aku panjatkan agar Allah mempermudahkan segala urusan buat arwah walau dalam apa jua keadaan. Dan aku bersyukur dapat menziarah arwah sebelum beliau pergi menghadap Allah Maha Pencipta pada pagi jumaat yang mulia, 1/11/13 yang lalu.
 
Pemergiaan arwah amat aku rasai, dan begitu juga oleh guru2 bahasa jepun yang mengenali beliau. Kehadiran arwah setiap kali bermesyuarat, gurau senda arwah setiap kali bercerita, keseriusan arwah setiap kali berbincang dan senyuman tawa arwah setiap kali bergurau, akan hilang dan akan cukup dirindui setiap kali kumpulan kami (kumpulan guru) berjumpa dan bersama.
 
Kami akan merinduimu Pah!
 
Buat Allahyarhamah Latiffah binti Abdullah, terima kasih kerana berkongsi kehidupan indah dan ceria bersama kami. Kami mendoakan agar rohmu ditempatkan oleh Allah swt di sisiNYA bersama orang2 yang beriman. Amin.
 
Al Fatihah.......
 
kami akan merindui saat2 ini .......terima kasih Pah!!!
 
(airmataku gugur seiring ingatan kepadamu, sahabat. Semoga kau damai di sana Pah!!)


p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang Negara......

Sunday, September 1, 2013

Aku dan Duniaku 227...... lari membawa diri

salam untuk semua,

sejak kebelakangan ini aku cukup x selesa berada di tempat kerja. terasa banyak sangat perkara yang mengganggu emsi dan fikiranku. Aku cuba mencari2 sebabnya. dan hari selasa yang lalu aku beroleh jawapannya, dan aku bertambah tidak selesa. lalu aku mengambil keputusan untuk 'lari' seketika. lalu pd hari selasa itu juga aku memohon cuti rehat khas pada hari khamis, untuk aku lari dan keluar  dari tempat kerja/tinggal ku ini.

seperti biasa setiap kali lari meninggalkan rumah, aku akan ke sebuah negeri yang cukup aku suka. entah kenapa aku suka sangat ke sini. aku rasakan segala yang boleh mendamaikan jiwa dan fikiranku ada di sini. Melaka Bandaraya Bersejarah, aku telah jatuh cinta di sini.

membuang masa dengan menikmati tinggalan sejarah dan tempat2 yang menarik, aku habiskan sepetang dan seharian di sini. bermalam di hotel bajet tempat menginap yang memang telah kerap aku ke situ, aku betul2 merehatkan badan dan minda, melupakan segala perkara yang membuatkan aku tidak selesa sebelum ini. dan aku dapat melelapkan mata dengan mudah........Alhamdulillah

hari esoknya, khamis aku mulakan misi menenangkan jiwa dan fikiran dengan melakukan perkara yang aku sukai iaitu shopping.......(x boleh buat selalu sebab mengakibatkan kesusutan kewangan....hehehe)
aku jelajahi semua tempat shopping yang ada di melaka.....bermula di mahkota parade, dataran pahlawan, hattan square, kedua2 aeon jayajusco, tesco dan juga kedai2 lain yang mampu kakiku singgah. biarpun penat tapi satu kepuasan kerana aku seronok dan dapat melupakan seketika segala masalah yang ada.

memang la kita tidak lari daripada masalah kerana selagi belum diselesaikan, masalah itu akan tetap ada. tetapi kalau dengan menjauhkan diri drp masalah itu untuk seketika demi memikirkannya, rasanya aku buat satu tindakan yang betul. apapun aku harus tabah, bersedia dan berusaha utk ,emcari jalan penyelesaian untuk segala masalah yang datang. insyaAllah,setiap masalah itu  ada jalan penyelesaiannya. dan pastinya akan ada hikmah yang datang.

aku pulang dengan hati yang tenang walaupun masih dalam suasana yang kurang selesa. namun begitu aku sesekali jika keadaan mendesak, aku akan lari membawa diri lagi...........kerna itu caranya untuk aku kembali menjadi 'aku'...........

kesimpulannya, kenali kemampuan diri sendiri dan cuba la sesekali berhenti seketika drp memikirkan sesuatu, dan lari lah membawa diri ke tempat yang menghiburkan. insyaAllah akan pulang dengan jiwa dan fikiran yang segar..........

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara

Thursday, August 22, 2013

Aku dan Duniaku 226 .......aku perlu menjauhkan diri.....

salam untuk semua.............

gomen nasai,gomen nasai, gomen nasai!!!!!maaf la sangat2 kat guests yang singgah sebab dah tebal sangat sawang duniaku ini. bukan x de citer, bukan x de masa, tapi sumenya di ganggu dek tahap kemalasan yang tinggi.....hehehe

hari ni rajin sikit kot. sebab tu jenguk sini kejap.

sebenarnya hari ni ada 2 macam peristiwa yang buat aku terkesima. tapi aku x berniat nak citer apa2 kat sini. sebab rasanya x perlu aku nak berkongsi citer2 tu kali ni kerana agak peribadi.

??????................

jap, jap. jangan la marah ye. maaf sangat2 sebab rasanya memang x sesuai langsung. ada kalanya kita boleh berkongsi cerita tetapi ada kalanya cerita itu biar la untuk diri sendiri saja. takut nanti bila diceritakan akan menimbulkan fitnah. dah banyak sangat berlaku hal2 macam ni.

tapi apa yang aku rasakan kesan drp 2 peristiwa yang berlaku hari ini, aku perlu menjauhkan diri....... mohon maaf.....(rasa bersalah dan malu pada diri sendiri)

so, aku rasa mesti ada guest yang akan geram dan marah bila baca post aku kali ni, kan. sebab post aku ni buat orang sakit ati je. kalau aku baca post orng mcmni pun aku sakit hati....hehehe...mana taknya, dah timbulkan perkara yang dinyatakan, tapi x nak citer.....sape x geram kan......fufufu.

oleh itu aku nak mintak maaf kat sume ......entah bila lah lagi aku akan singgah di duniakuini kerana.......aku perlu menjauhkan diri...........

hingga ketemu lagi..................

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara....... 

Saturday, June 15, 2013

Aku dan Duniaku 225......post ini untuk kalian....

salam untuk semua......

28.....sheikh, syahmi, arif, danial, syuqran dan fikri......

bertemu mereka hari ini setelah hampir setahun tidak bertemu. mereka yang rajin datang memberi sokongan kepada adik2 junior yang berjuang dalam pertandingan wind orchestra 2013. bila dah lama tak jumpa maka banyaklah yang nak diceritakan. dan berbual serta bercerita dengan mereka memang meriah.......

apa yang menarik perhatian aku (dan aku rasa orang lain pun perasan) ialah mereka datang dengan t-shirt yang sama, tertera angka 28 yang berwarna-warni. "memang sehati sejiwa betul diarang ni," aku berkata dalam hati lalu aku bertanya,

"cantik lah t-shirt. why 28?? apa maknanya tu,"
"cuba sensei teka...," jawab Fikri.
"hrmmmm.....," 
"ok la, saya bagi hint. ada kena mengena dengan wind orchestra," sambung Fikri.
Aku masih cuba untuk mengagak.......
"saya bagi hint satu lagi sensei.....," tambah Fikri lagi, geram agaknya aku masih x dapat menjawabnya.
"camni la bang, bagitau je la sensei, kan senang," aku pulak yang geram......sambil yang lain ketawa......
"2 ni untuk tempat kedua yang kami menangi 5 tahun dulu, dan 8 ni adalah giliran persembahan kami masa pertandingan tu. alaaa....sensei ambik gambar syahmi menangis dan masukkan dalam blog sensei tu....," panjang lebar Fikri menerangkan.
"Owh, ya, sensei ingat. Wah, bagusnya uolls....mengingati saat manis tu," sambung ku dan kamipun terus bercerita. 

Banyak kenangan manis yang terungkit kembali tika bersama mereka walaupun hanya seketika. Sememangnya kehadiran mereka menceriakan suasana. rasanya bergema keseluruh ruang dewan planetiry itu dengan suara ketawa mereka.

Yang pastinya mereka akan terus berada di dewan itu esok untuk memberikan sokongan kepada adik2 junior mereka sambil berdoa agar nasib adik2 lebih baik daripada mereka yang hanya menjadi naib johan pada tahun 2009 yang lalu, iaitu menjadi Johan Finale Wind Orchestra Ke-XV tahun 2013. InsyaAllah.

Kepada Sheikh, Syahmi, Arif, Danial, Syuqran dan Fikri, terima kasih kerana terus memberi sokongan tanpa jemu kepada adik2 wind dan terima kasih kerana mengizinkan sensei bercerita dan bersantai bersama2 kalian tadi........

Akhir sekali, sensei doakan kalian berjaya dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat........insyaAllah.........

sehati sejiwa......mengingati memori lama
dengan syahmi.....tahun ni spm...gambatte ne....

masa sound check@rehearsal

bersemangat dengan 'Dragon Fight'


p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara

Wednesday, June 5, 2013

Aku dan Duniaku 224.....alhamdulillah dan terima kasih.....

sakam untuk sume.....

lama tak menulis. cuti2 ni aku masih lagi sibuk. sibuk berjalan dan menanda exam papers yang melambak. cuba untuk fokus menanda kertas, tapi banyak sangat dugaannya. so, curi2 masa menulis kat sini.

aku hanya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah, kerana dengan izinNYA aku diberi rezeki untuk menjadi salah seorang daripada lebih kurang 400 warga  guru sbp untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) untuk tahun 2012. secara jujurnya, tidak pernah aku bayangkan akan menerima anugerah ini memandangkan aku masih baru di sekolah aku sekarang (SASEM). namun memang aku tidak nafikan, tahun pertama di SASEM benar2 memenatkan. sebagai sekolah yang baharu beroperasi, terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. tambahan lagi, dengan bilangan guru yang sedikit tahun lalu, benar2 mengerah kudrat dan keringat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan. 

untuk itu aku merasakan agak serba salah untuk menerima anugarah ini kerana ramai lagi guru2 yang datang lebih awal dan membangunkan sekolah drp zero kepada yang ada sekarang. tetapi oleh kerana nama dipilih oleh pengetua, maka aku akur dan berterima kasih kepada tuan pengetua. aku buat kerja denganikhlas dan demi anak2 pelajar di SASEM dan  bukan minta untuk segala kerjaku dibalas, tetapi jika ada yang menghargainya, alhamdulillah. insyaAllah dengan anugerah ini, akan menjadi pendorong untuk aku terus bekerja, menabur ilmu dan bakti kepada anak2 pelajar khasnya, dan sekolah amnya.

sekali lagi, alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah atas nikmat yang diberikan ini dan terima kasih juga kepada tuan pengetua kerana menghargai tugas2 yang aku lakukan. dan terima kasih juga kepada rakan2 sekerja di SASEM kerana telah bersama2 membantu dalam apa juga tugasan yang diberikan. marilah sama2 kita bersatu untuk kejayaan pelajar, dan sekolah kita,SASEM.


Shots semasa majlis.....
di dalam grand ballroom vivatel hotel kuala lumpur.....

bersama rakan penerima apc dri sasem......

dgn reen yg sama2 menerima anugerah....TAHNIAH DEAR!!!!!

alhamdulillah, Ya Allah dan terima kasih atas penganugerahan ini......

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama Islam, sayang  ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara

Sunday, May 5, 2013

Aku dan Duniaku 223 ....... di sebaliknya....

salam untuk semua,

alhamdulillah, ketika post ini aku tulis, semua rakyat malaysia yang layak telah selesai menjalankan tugas yang paling penting, mengundi untuk memilih pemerintah negara. aku juga telah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. alhamdulillah...........

sebenarnya aku bukan nak cerita pasal aku pergi mengundi atau suasana pusat mengundi, sebab aku tau banyak blog2 lain yang akan bercerita mengenai hari bersejarah ini. aku malas nak bercakap tentang politik sebenarnya, tapi aku tidak malas untuk mengundi untuk memilih pemerintah yang aku rasakan dapat memacu keharmonian dan kesejahteraan negara.

sebenarnya di sebalik keseronokan untuk pulang mengundi, aku mengharapkan keseronokan bertemu rakan2 sekampung, sesekolah dulu dapat juga aku rasai. dan alhamdulillah, adalah 3 orang teman yang kutemui. sempat lah bertukar2 cerita walaupun seketika. 

betullah kata orang, kemeriahan pilihanraya ni sama malah mungkin mengatasi sambutan hari raya.....nama pun pilihan 'raya'......maksudnya terpulang kepada individu untuk membuat pilihan untuk beraya....hehehe.....(saje je suka2 bagi maksud.....). tapi pape pun, aku seronok hari ni. walaupun terpaksa beratur selama lebih kurang 2 jam, aku berjaya melaksanakan tanggungjawabku, di samping seronok berjumpa kawan lama. 

semoga negaraku tetap aman, harmoni dan sejahtera......InsyaAllah

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama Islam, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara

Friday, April 19, 2013

Aku dan Duniaku 222 ... kembalikan diri ku.....

salam untuk semua.....

pertamanya aku nak mendoakan semoga semua guest berada dalam kesejahteraan dan gembira hendaknya.......kerana di saat ini aku juga mendoakan agar Allah sentiasa memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan untukku, kerana aku amat memerlukannya......

beberapa minggu ini aku rasa sungguh tidak selesa. aku rasa bukan seperti diriku la. kemuncaknya ialah minggu ini, dan ketika berkira2 nak menulis di sini, aku barusaja menghamburkan airmata....namun aku bersyukur, selepas melepaskan segala yang tersimpan dengan menangis, aku sujud pada Allah memohon segala kebaikan dan kesejahteraan untuk ku. dan alhamdulillah, aku berasa lega dan akhirnya mampu untuk bercerita di sini.....

terlalu banyak yang berlaku sepanjang minggu ini yang mencabar kesabaran ku, sehinggakan terasa terlalu penat fizikal, mental dan emosi.....dan ini mengganggu gugat perjalanan hidup seharian ku. sepanjang minggu ini banyak yang aku hilang, hilang mood ceria, hilang konsentrasi thdp kerja, hilang kemesraan terhdp pelajar, hilang keramahan dengan rakan sekerja, hilang gelak ketawa,hilang keselesahan ditempat kerja, hampir hilang kesabaran............namun aku bersyukur, passion aku terhadap pdp tidak turut hilang....aku masih mampu untuk seronok mengajar, walaupun tidak sepenuh hati......alhamdulillah....

aku cuba mencari2 apakah penyebabnya....supaya dapat aku tahan perasaan2 ini dripada mengganggu lagi....namun nyata aku gagal. dan aku kecewa.  dan akhirnya aku terpaksa melepaskan rasa kecewa ini dengan airmata....tapi alhamdulillah, Allah itu Maha Mengetahui....kerana selepas merembeskan airmata, aku berasa amat lega....itulah rencana Allah untukku, alhamdulillah.....lantas aku sujud mengucap syukur kehadrat NYA atas nikmat yang diberi......dan kurasakan aku perlu membiarkan saja perasaan2 yang mengganggu itu, terbang begitu saja, perlu aku lupakan. kerana aku perlu bersedia untuk hari2 mendatang. aku perlu kembali menjadi diri aku yang sebenarnya.....ya...

semalan adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah harapan.....jadi,  aku perlu lupakan semalam, jalani hidup hari ini dengan fikiran positif dan cuba merancang untuk hari esok yang lebih baik dan gembira......insyaAllah.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah atas segala limpah kurnia dan nikmat yang KAU berikan padaku. Hanya KAU yang Maha Mengetahui apa yang telah direncanakan untukku. Dan aku mohon keampunan dari MU Ya Allah atas segala kekurangan dan dosa2ku yang telahku lakukan samada sengaja mahupun tidak sengaja. Kerana hanyaKAU lah tempat mengadu dan meminta pertolongan. Terima kasih Ya Allah.......Amin

InsyaAllah, esok2 yang bakal ku lalui akan kuisi dengan momen2 indah dan bahagia.....aku akan kembali ceria, kembali mesra, kembali ramah, kembali fokus, kembali menjadi seorang yang sabar.....kembali menjadi diriku......

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa dan sayang negara.

Thursday, April 11, 2013

Aku dan Duniaku 221......adakah kerana usia??

salam untuk semua.....

suasana pilihanraya yang tengah hebat ni kadang2 menyeronokkan, tapi banyak yang menyakitkan hati sebenarnya. apa yang seronok ialah bila melihat poster2 dan bendera2 parti dikibarkan dalam pelbagai bentuk. ada yang sanggup mengeluarkan belanja beribu2 ringgit untuk membuat replikan yang pelbagai bentuk utk menunjukkan sokongan kepada parti yang dipilih. bagi aku suasana yang hanya datang 4 tahun sekali ini sungguh meriah.....tapi waktu sebegini jugalah akan terserlah 'tikam menikam' dri belakang, kutuk mengutuk dan juga propaganda yang pelbagai. itu yang buat aku x suka. tap pape pun aku akan menjalankan tanggungjawabku sebagai rakyat malaysia, aku akan mengundi...!!!

hish, bukan citer pru sebenrnya aku nak kongsi dengan guest. tapi sebagai mukadimmah, cuit la sikit hal2 semasa ni....hehehe.

aku x tau kenapa seminggu ni aku rasa x seronok di sekolah. bermula hari isnin ari tu sampai la ari khamis ari ni, mood aku di sekolah tidak seperti selalu. perkataan 'malas', 'menyampah', dan 'x suka' selalu aku lafaz kan. entah kenapa aku pun x tau. perkara kecil yang selalunya aku x hiraukan, aku ambil sebagai benda yang terlalu sensitif. aku cuba untuk mengelak drp mood ini mempengaruhi pdp aku di dalam kelas. alhamdulillah, setakat ini tanggungjawabku sebagai pendidik kepada anak2 pelajarku tidak terganggu dek mood yang tidak menentu sebegini. aku tau tanggungjawab dan 'core business'ku. tambahan pula prinsip MMI (melindungi masa instruksional) yang diamalkan di sekolah menjadikan aku semakin mengambil berat terhadap pdp di dalam kelas. insyaAllah, anak2 pelajarku tidak akan aku abaikan. malah aku merasakan, saat yang paling seronok adalah bila berada di dalam kelas, bersama mereka. mereka seolah2 menjadi pengubat segala mood tidak baik dan akan menceriakan aku semula......terima kasih 3 khatir, 3 qayyim, 1 khaldun dan 4 ar-razi......:)

bila mengenangkan semula, banyak benda2 kecil yang pada pandangan ku yang tidak sesuai, tetapi tidak mampu untuk aku menyatakan ketidaksukaan aku kerana perlu menjaga hati banyak pihak. sudahnya bila membiarkan sume itu tersimpan dalam pikiran, secara tidak langsung mengganggu mood harianku. aku cuba untuk mencari2 insan yang boleh aku curahkan kegelisahan dan kerimasan aku ni. .......telahpun aku jumpa....tapi sebolehnya aku cuba mengelak untukberbicara dengannya. mungkin kerana rasa hormat dan tidak ingin membebankannya dengan masalah kecil tapi banyak yang aku hadapi ini.....(aaghhh...biar la, x yah la nak citer kat sesiapa......)

lepas seketika, aku rasakan benda2 ni sume ada kena mengena kot dengan faktor umur aku sekarang. agaknya semakin meningkat usia kita, semakin sensitif kita dengan benda2 yang berlaku di keliling, walaupun benda kecil. kita dah memandang sesuatu itu dengan cara yang berbeza......dah banyak 'kalau' yang dipikirkan......contoh, 'kalau aku boleh buat, x kan lah org lain x boleh buat'.....'kalau x tau,bertanya la, jgnlah berlagak....', 'kalau x suka, cakap je la......' dan macam2 'kalau' lagi laaa.......

tapi malam ini aku memaksa otak untuk berfikir. kalau bukan kita yang mengawal hati, fikiran dan perasaan kita sendiri, sape lagi. memang boleh berkongsi dengan orng lain, tapi x semestinya mampu diselesaikan. apa2 pun kita perlu berfikiran positif. dan selalunya bila benda2 camni berlaku, aku akan muhasabah diri dan berpegang kepada, 'apa yang terjadi itu, sama ada baik atau  tidak, insyaAllah akan ada hikmah yang akan dikurniakan oleh ALLAH kelak' ........

tapi kadang2 x aku nafikan, faktor usia juga menyumbang kepada kepelbagaian mood ini.......aku rasa camtu la......guests pulak cammana??!!


p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama Islam, sayang ibu, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara.......

Friday, March 15, 2013

Aku dan Duniaku 220 ....... jiwa kacau...

salam untuk semua,

sepagi hari ini aku serba tak kena. sejak semalam sebenarnya, terlalu banyak yang perlu aku fikirkan. ada perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan segera, ada perkara yang memerlukan aku menumpukan sepenuh jiwa raga untuk diselesaikan (wah! macam besar je tuuu!!!!....memang besar pun ....hehehe). jiwa aku kacau pagi ni......

aku serba salah. 'core business' ku terpaksa aku laksanakan. itu tanggungjawab hakiki. bagaimana aku hendak menghadapi para pelajar yang dahagakan ilmu dalam keadaan emosi dan fikiranku yang kacau begini??....menjelang waktu aku perlu bergerak ke kelas, semakin bercelaru fikiran ku. aku cuba merangka-rangka aktiviti yang akan aku lakukan dengan anak2 pelajar ku. langkahku yang biasanya pantas, pagi ini bergerak longlai.

'aduhai jiwa, janganlah kau seksa aku sebegini. tolonglah kembalikan semula semangat aku. tolonglah kembalikan semula rasa seronok aku untuk mengajar. tolonglah campakkan seketika rasa kacau yang mengganggu jiwa ini'.........

dan akhirnya aku sampai di pintu kelas. cuba kutundukkan muka dan berwajah selamba supaya tak dapat dikesan oleh anak pelajarku akan perubahan airmuka ku. sewaktu salam diucap dan doa dibaca, aku jadi sebak. dan selepas meletakkan buku dan beg di atas meja, aku terus keluar ke bilik air. dan aku melepaskan keresahan itu dengan tangisan sedu yang agak panjang.

setelah seketika, rasa bersalah kerana meninggalkan anak pelajar ku, memaksa aku melangkah kembali ke kelas. mereka perasan dengan mataku yang merah dan kelas senyap dan hening seketika. aku cuba untuk mengajar tp ternyata gagal, lalu aku meneruskan waktu yang bersisa dengan meminta pelajarku membuat latihan yang telah aku sediakan.  dan sebelum meninggalkan kelas, aku memohon maaf kepada mereka kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawabku hari ini. dan nyata, mereka memahami. dan semasa bersalaman dan memeluk pelajar puteri ada yang membisikkan, "sensei, be strong ye, sensei x comel la kalau nangis," membuatkan aku tersenyum kembali.

ada sedikit kelegaan singgah di hati. namun jiwa yg kacau masih enggan berlalu, aku harus menguatkan semangat kembali kerana kelas seterusnya bakal memerlukan aku untuk menjadi kuat dan stabil. aku menarik nafas panjang lalu melangkah ke kelas seterusnya. melihat wajah2 pelajar yang serius (mungkin telah tahu keadaan aku melalui rakan2 dr kelas sebelumnya) hatiku semakin terusik. aku tewas lagi dengan air mata. sekali lagi kutinggalkan mereka untuk ke bilik air. seketika kemudian aku kembali ke kelas. dan aku telah sedia......

'tolong ceriakan sensei ya. ada perkara yang menbuatkan emosi dan fikiran sensei tak mengizinkan untuk mengajar kamu ari ni. sensei mohon maaf," pinta ku.

"jom ambik gambar sensei!!!" tetiba affan dan iqmal bersuara.....

"jom, jom...senseipun ada kamera...." aku mula ceria. dan selepas itu pelbagai aksi kami bergambar. mendengar gelak tawa dan melihat senyum ria mereka, keresahan ku hilang melayang entah kemana. hati jadi sayu tapi bukan dek kesedihan tapi kerana rasa bertuah dikelilingi anak2 pelajar yang begini,  yang prihatin. dan akhirnya sehingga petang aku tak diganggu resah lagi.

pastinya guests ingin tahu kenapa jiwa ku kacau dan resah kan? sebenarnya....hrmmmm.........rasanya tak perlu lah aku kongsi cerita itu......fufufufu....apa yang penting hari ini meninggalkan banyak memori dalam hidupku. satu lagi pengajaran untuk sebuah pengalaman yang sangat berharga.

terima kasih ya ALLAH atas hikmah yang telah KAU berikan untuk ku hari ni. hanya KAU lah yang maha mengetahui segalanya.......amin....

dan terima kasih untuk 'dia' yang sudi mendengar resah ku hari ini.......

saat2 menceriakan ......





 

p/s sayang ALLAH, sayang Rsulullah, sayang agama, sayang ibu,sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara
 

Aku dan Duniaku 219.....hish, lupakan saja mariana!!!

salam untuk semua.....

mata yang masih belum mengantuk ini mengizinkan aku untuk menulis sesuatu di duniaku ini. kebelakangan ini aku sering mengabaikan duniaku ini. sebenarnya aku cuba untuk singgah dan bercerita di sini sekerap mungkin, tapi terlalu banyak yang mengganggu masa santaiku sekarang membataskan itu semua. namun aku akan cuba untuk bercerita jika sesekali aku singgah di sini.

sejak kebelakangan ini hatiku sentiasa resah. setiap malam aku jadi sukar untuk melelapkan mata memikirkan perkara 'itu'. aku seolah membiarkan hati dan perasaanku hanyut dengan perkara 'itu'.
aku cuba untuk membuangnya, tapi semakin aku terpaksa untuk memikirkannya. sehinggakan aku terpaksa menegur hati ini untuk melupaan 'itu' .

'hish, lupakan saje mariana!"

sepatutnya mudah untuk aku melupakan 'itu'. kerana aku sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan untuk bercakap dan memikirkan hal 'itu'. namun keadaan yang memaksa aku untuk setiap hari bersemuka dengan dia, menjadikan 'itu' semakin mendalam.

"hish, lupakan saje mariana!"

sebenarnya telah aku buangkan jauh2 'itu' itu. malas aku nak memikirkannya. kerana setiap kali menghantui, aku jadi semakin menyampah dan benci pada apa yang telah berlaku dulu. dan aku akan hanya mengumpul dosa2 dengan perasaan sebegitu.

"hish, lupakan saje mariana!"

aku kembali sedar semula. rupa2nya aku masih mempunyai perasaan 'itu'. walau cuba kucampakkan jauh2 ke dasar kolam kenangan, namun sesekali akan timbul dan terapung jua. cuma mungkin aku tidak tahu bagaimana untuk menangani.mungkin aku memang tidak handak memikirkannya. ya, dalam usia begini, malas untuk aku layan perasaan 'itu'.

"hish, lupakan saje mariana!"

ya, aku akan lupakan. tolong la sang akal, jangan kau layan jiwa dan perasaan aku dengan 'itu' ynag mengganggu. dan tolong la wahai 'kau', jangan la lagi kau menyapa dan mengambil tahun tetang diriku. kalau selama ini aku mampu untuk hidup tanpa hadirnya 'lelaki' dalam hidupku, biar lah aku terus menghabiskan sisa2 hidup ku ini dengan seronok tanpa ada gangguan daripada 'kau'.

untuk 'kau', terima kasih kerana sudi menyapa hati dan jiwaku. terima kasih kerana mengungkapkan 'itu' padaku. amat aku hargai keikhlasan itu. maaf kerana aku membiarkan 'kau' tanpa jawapan. andaikanlah, diam ku itu tandanya aku menolak....................maaf....


"hish, lupakan saje mariana!"




p/s sayang Allah,sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara......


Friday, February 22, 2013

Aku dan Duniaku 218.... "saya sayang awak"

salam untuk semua..........

maaf kerna aku lama tidak menulis. kesibukan yang melampau menjauhkan aku drp laman blog ini. (alasan yang sama, kan....tapi memang betul pun....). bulan2 awal tahun 2013 ini memerlukan aku untuk melaksanakan pelbagai tugas wajib.......aku harap guests sekalian paham....

aku terpanggil untuk singgah dan berkarya di sini kerana sesuatu yang mengejutkan berlaku kepada aku semalam dan hari ini. dalam kesibukan aku dengan kerja, aku dilontarkan ungkapan "saya sayang awak" oleh seseorang yang tidak pernah terduga olehku untuk mengucapkan ungkapan beracun itu. seharian dan semalaman aku dihantui oleh ungkapan itu dan insan yang melafazkannya. namun aku meyakinkan diri bahawa dia hanya bergurau. lalu aku lontarkan semula ingatan itu jauh2 ke dalam ruang kenangan hidupku.

namun,hari ini dia mengulangi semula. "awak ingatkan apa yang saya cakap semalam?"
"apa ya?" sengaja aku bertanya seolah tidak tau.....
"awak niiii....... saya sayang awak laaa.....,"ungkapnya selamba.

hish.....aku jadi serba salah. sukar aku nak meneka samada ungkapan "saya sayang awak" nya itu ikhlas dan tulus dari hati atau hanya gurauan. namun, aku tidak mahu mengharap. sisa hidupku yang masih ada ini tidak hendak aku rimaskan dengan hal yang begini. yang nyatanya, perasaan 'sayang' itu telah lama ku padamkan dalam hatiku. tidak mahu aku mensia2kan hidup bahagiaku sekarang dengan harapan2 palsu.

kalau benar ungkapan "saya sayang awak" itu betul2 lahir drp hatinya yang tulus ikhlas, aku ucapkan terima kasih kerana menyayangiku. dan aku memohon maaf kerana tidak dapat untuk menyambut perasaan itu dengan nada yang sama.

namun, kalau ungkapan itu hanya mainan lidah dan gurauan semata, terima kasih juga aku ucapkan kerana ternyata ia satu gurauan yang menghiburkan(sebenarnya merimaskan)

aku tidak mahu membina mahligai bahagia dengan derita insan lain...........

p/s sayang Allah, sayang Rasulullah, sayang agama, sayang ibu bapa, sayang keluarga, sayang diri, sayang bangsa dan sayang negara