Saturday, October 24, 2009

Aku dan duniaku 120 ...... this 1 is 4 u.....



salam untuk semua.....

petang ni releks sungguh. nak kuar ... malas. lagipun hari nak hujan. so, aku pun sambung la balik menatap laptop ni. nak cari ide nak tulis apa. jenguk2 jugak la link blog yang ada tu. dan ada cerita menarik aku dapat dalam satu blog tu. ni aku nak citer..........

aku cukup bangga .... (bangga giler ni!!.... x bohong!!!) bila aku tengok gambar sorang bekas pelajar aku jadi calon untuk memimpin universiti tempat dia belajar. tapi aku tak terkejut sebab aku tau dia akan ke tahap itu. sejak zaman sekolah lagi dia ni memang ada tokoh untuk mempimpin.... (walaupun masa tu ramai bdk x suka dia ........... peduli apa kan????!!) tengok saiz, mnemang la tak sapa sangka.... (hehehe...... sori ye..... tapi sensei cakap betul ni.......) tapi idealogi dan semangat dia memang mengkagumkan.


aku masih ingat lagi bila dia datang jumpa aku masa nak buat satu program besar dulu. cita2 dia nak kembalikan semula kecemerlangan sekolah dengan mewujudkan semula semangat sdar....... (sensei masih ingat lagi betapa bersemangatnya kamu........ dan nyata semangat itu tak hilang.....). tapi malangnya niat baik dia ni tak kesampaian kerana banyak sangat birokrasi yang berlaku....... aku pun turut kecewa jugak........... (masih terbayang lagi dalam ingatan sensei macam mana wajah kecewa kamu bila sensei maklumkan perkara itu...............). sudahnya impian dan cita2 tu hancur berkecai.............


tapi sekarang, nyata semangat itu tidak pernah padam. kini ternyata dia telah bertemu lapangan yang sesuai untuk dia menaburkan semangat ini. teruskan melangkah!! aku tau dia akan mampu lahir sebagai insan yang cemerlang.





acap, this one is for you!! i know you can do it!! and you know you can do it!!! so, just be positive and believe in yourself!!! insya Allah, the right path will be there for you to explore!!! good luck !!!



kesimpulannya ........... jangan putus asa dan teruskan perjuangan........... jika tertutup satu jalan tu, Allah akan buka jalan yang lain yang lebih baik......... yang penting yakin dan percaya pada diri sendiri dan orang lain akan membina keyakinan dan percaya pada kita.......insyaAllah...

Aku dan duniaku 119 ......... terima kasih PM..!!!

salam untuk semua............

semalam, macam jugak rakyat malaysia yang lain, aku 'melekatkan telinga' kat radio dengar BAJET 2010 yang dibentangkan oleh PM (x dapat nak tengok tv sebab on the way balik kampung masa tu............. so dapat dengar kat radio je la.............. sebenarnya bahaya jugak kalau khusyuk sangat dengar radio ni sebab kenkadang tu tak concentrate driving........). 2 jam PM bentangkan bajet tu........ so 2 jam jugak la aku dalam keta...... (nak ikutkan dari seremban sampai kajang 45 minit je.............. tapi aku drive slow sebab nak concentrate dengar .............. dah tu hujan lebat pulak, tak dapat la nak drive laju..............) alhamdulillah, terima kasih kat PM sebab ada jugak imbuhan untuk kakitangan kerajaan tahun ni............... (walaupun bukan bonus tapi bayaran khas tu pun dah mencukupi........... alhamdulillah...) dan banyak lagi imbuhan lain untuk dunia pendidikan khasnya dan rakyat amnya.

aku tertarik dengan skim tambang 50% ktm untuk pelajar tu. alhamdulillah, faedahnya memang besar. budak aku je, ramai yang naik ktm bila balik kampung. setidak2nya jimat gak la sikit duit yang mak bapak diaorang bagi untuk belanja........ cuma harap tak de yang akan salah gunakan konsensi tu dah la............

kemudian pasal biasiswa nasional tu. ni pun satu galakan untuk pelajar berlumba2 untuk cemerlang. 30 yang terpilih tu nanti memang outstanding students la kiranya. yang boleh kita bangga kan. yang boleh digahkan dipersada dunia.......... (cuma jangan nanti dah dapat, buat perangai pulak masa belajar kat negara orang................)

dan satu lagi pasal ptptn yang ditukarkan kepada biasiswa. ni memang bagus dan aku sokong. cuma takut nanti bangsa yang banyak mendapat faedah dan untung ialah bangsa yang sambut gong xi fa chai. so, anak2 bangsa ku, kenalah betul2 bersaing dan bersungguh untuk merebut peluang ini. jangan nanti orang lain senang dengan benda yang sepatutnya hak kita, kita punya.

dan akhir sekali pasal status sekolah berprestasi tinggi ........... hrmm.... ni aku no komen la..... kemana nanti haluannya sekolah premier dan sekolah kluster.........???? cam mane pulak kriteria 20 sekolah berprestasi tinggi ini nanti........???? camne la pulak beban kerja warga sekolah yang terpilih ni nanti...???? setakat mana pulak keberkesanan sekolah berprestasi tinggi ini nanti.......????? sesuatu yang menarik untuk aku keep track lepas ni................

kesimpulannya............ bajet 1malaysia 2010 ni memang mesra rakyat dan untuk rakyat. banyak imbuhannya untuk rakyat........ yang penting peruntukan yang diberikan itu, biarlah keseluruhannya untuk rakyat.......... rakyat sebenarnya yang membentuk dan mencorak negara................. papepun, TERIMA KASIH PM......!!!!!!

Friday, October 23, 2009

Aku dan duniaku 118 ....... terguris hati dan kecewa....

salam untuk semua......

aku nak tanya guests la.....
kalau budak otak pandai dalam pelajaran, tapi bodoh dalam benda2 lain, nak panggil ape? bodoh maksud aku kat sini ialah tak tau bezakan perkara yang betul dengan yang salah..... kita nak panggil apa budak tu...??? kalau aku, aku panggil bangang je. betul tak??? salah ke kalau aku kata budak tu bangang??? (salah pun aku peduli apa...... aku yang pikir, suka ati aku la nak panggil apa pun........ kan???) tu je, yang sesuai aku gelar budak yang kepala otak Allah bagi bukan main cerdik lagi bab2 belajar ni, tapi bodoh, tak pikir,....., tak tau nak nilai benda betul dgan benda salah...... yang memang dah jelas betul dan salah nya................. sudahnya memakan diri sendiri. diri sendiri yang merana............. kalau sendiri je yang merana tak pe, tapi ni sampai mak bapak pun terpaksa menanggung sama............ aduhhh!!!! geram betul aku........

apa perasaan diaorang agaknya bila tengok emak ngalirkan air mata dek perbuatan diaorang. apa diaorang rasa agaknya bila tengok bapak tertunduk menahan malu dek perangai diaorang. hish..!! tak dapat aku nak bayang kan. walaupun aku ni tak tau perasaan emak tu.... ( sebab aku tak rasa lagi......) tapi aku dapat rasa kekecewaan yang dirasai oleh mak dan bapak tu akibat perbuatan anaknya. anak yang disangka bijak dalam semua hal, rupanya masih belum pandai berfikir ........... hancur harapan mak, punah harapan bapak................ tapi nak buat macam mana...... nasi dah jadi bubur........ terima je la akibatnya........ sendiri buat, sendiri la tanggung....... (plus mak bapak yang kecewa........)

tapi papepun, ambik la iktibar daripada apa yang telah berlaku. jadikan pengajaran. orang yang bijak tu tidak akan jatuh ke lubang yang sama dua kali............ tapi orang yang bangang tu akan saja2 menjatuhkan diri kat tempat yang sama............... (nama pun bangang kan......???)

pengajarannya ............. terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku..... terima lah padahnya........ berfikir dulu sebelum melakukan sebarang tindakan............. semua yang berlaku ada hikmahnya.......... belajar dari kesalahan.............

*pada yang tak tau ni citer tentang apa, gomen ne........ aku tak boleh bagitau...... cukup la dengan hint2 ni je........ dan maaf kalau bahasa kasar aku ni menyakitkan hati sesiapa.............

Aku dan duniaku 117........ open house lagi..!!

salam untuk semua.............

fuh..!!! alhamdulillah dah sampai kat rumah mak. punya la penat mengharung hujan lebat sepanjang perjalanan tadi. malam ni boleh la releks. (aku kalau balik umah mak memang untuk rehat..... lupakan kerja kat sekolah.......) so, boleh la nak update blog.

sebenarnya dari sehari ke sehari aku nak tulis post ni, tapi ade je yang mengekang. dah seminggu dah aku simpan citer ni...........hrmmm .... kira dah citer lapuk la ni..... tapi tak pe la. sapa nak baca, boleh baca. sapa tak nak, tak payah la......... suka ati la ye......tapi aku nak citer jugak..... (suka ati aku la nak tulis citer lama ke, lapuk ke, baru ke....... kan??? kan??? kan????...)

ari sabtu 17/10 yang lalu, aku ada 4 jemputan rumah terbuka. aku rasa tahun ni paling banyak aku dapat jemputan ....... sori buat 2 orang member yang jemput tapi aku tak dapat pergi...... sebabnya, yang pertama tu tak jumpa rumah. adalah sejam aku cari tapi x jumpa jugak..... so aku giveup. yang kedua tu, terhalang sebab hujan lebat yang teramat sangat, sampai tak nampak jalan. tapi aku dapat pergi 2 buah rumah sebelum tu.






kat rumah terbuka....


rumah mula2 kat seremban je. aku pergi just nice untuk makan tengahari. aku jamah la sikit makanan yang disediakan (kena bajet perut sebab ada 3 rumah lagi). pastu aku pergi rumah bekas pelajar aku. tak tau tempat, tapi akhirnya sampai jugak. mula2 tu tak yakin boleh cari, tapi bila aku pikir balik, "kalau kawasan kl, insyaAllah aku boleh cari"...... dengan semanagt itu dan berkat pertolongan adik aku, alhamdulillah akhirnya aku berjaya jugak sampai. helmi (bekas pelajar aku tu....) pun tak sangka aku boleh sampai rumah dia...... (thanks helmi, sebab masih ingat untuk jemput sensei...hisashiburi ni makan nasi dagang..... sedap...!!!)


bersama helmi ....


lepas keluar dari rumah helmi la, aku terpaksa menempuh hujan lebat untuk kerumah ketiga. sebab tak yakin boleh cari dalam hujan lebat tu, aku pun batalkan je. aku call dia dan terangkan, dan dia pun paham keadaan aku. rumah ke empat aku dah pernah pergi. so dengan confidentnya aku pun drive la ke ampang tu...... berpusing2 aku drive dalam hujan kuar masuk kawasan tu. rasa dah betul.... tapi tak jumpa jugak. sudahnya aku giveup. mungkin sebab hujan kot aku tak jumpa jalan nak pergi umah dia..... (ek eleh!! salah kan hujan pulak...... memang 'buta jalan'..... x nak mengaku....) ye la...!!!! aku mengaku la aku memang 'buta jalan'. memang kalau sekali lalu, aku memang tak ingat. sudahnya aku halakan kereta ke low yat, cari gadget komputer...... kecewa sungguh aku tak dapat pergi open house umah member aku tu..... tapi nak buat camne kan...... hrmmmm......

pengajaran di sebalik peristiwa tu ........... jangan menyerah kalah sebelum mencuba...... benda yang tak tau tu la yang kita kena tau, kena belajar, kena explore ........ kegagalan itu satu pengajaran....... dan tak semua yang kita nak tu, kita akan dapat ......... so, bersyukur la dengan apa yang telah berjaya kita perolehi........

Thursday, October 15, 2009

Aku dan duniaku 116 .......... masa mengawas PMR....

salam untuk semua...............
alhamdulillah, penat mengawas PMR dah hilang. seingat aku paling last aku jaga exam ialah pada tahun 2003........ dah enam tahun. yang bestnya tahun ni pun aku jaga sekolah yang sama. aku namakan SMKR je la...... sepanjang seminggu jaga pmr kat sini, banyak pengalaman yang aku dapat. banyak benda yang bagi kesedaran kat aku. so, aku nak citer la sikit kat sini....... moga bagi kesedaran jugak kat guests.
calon pmr kat SMKR ini ramai....182 orang. majoritinya adalah kaum yang sambut deepavali, diikuti olah kaum gong xi fat chai. kaum yang sambut hari raya hanya 1/4 je.....
bila tengah mengawas tu boring nye bukan kepalang. bayangkan la dalam sejam, sejam setengah dan dua jam masa exam tu kami, pengawas, tak dibenarkan buat benda lain.....(mcm membaca, telefon, sms......) duduk pun tak boleh lebih daripada 15 minit...... masalahnya bila duduk je, mata mula beruyun....mengantuk. so, nak hilangkan mengantuk mata aku akan melilau tengok calon2 yang sdng jawab exam... (memang itu pun yang patut dibuat). masa melilau ni la banyak benda yang aku nampak dan menyedarkan aku thdp banyak perkara.
1
aku perhatikan hampir separuh daripada calon datang kesekolah dengan kasut putih yang berdebu merah. hampir keseluruhan kasut diaorang diselaputi debu merah ini. hati aku terusik bila membayangkan diaorang perlu mengharungi jalan2 berdebu ini untuk datng kesekolah. (betapa beruntungnya pelajar sekolah aku yang tinggal di asrama dan tak perlu mengharungi jalan tanah merah ni terutama tika hari hujan.........) dapat aku rasakan harapan ibu bapa diaorang untuk melihat kejayaan anak mereka dan mengubah nasib keluarga.......
2
bila memandu balik lepas selsesai jaga exam, aku perhatikan ramai pelajar yang berjalan kaki ke pekan berhampiran untuk menunggu bas yang lebih kurang 2 km jarak sekolah tu sampai pekan.... (betapa beruntungnya pelajar sekolah aku kerana tak perlu bersusah payah menunggu dan berebut bas untuk pergi dan balik sekolah..........). dapat aku rasakan ketabahan diaorang mengharung kepayahan untuk menimba ilmu............
3
sepanjang menjaga exam ni aku suka memerhatikan gelagat calon menjawab soalan. seorang calon pelajar lelaki ni menarik perhatian aku. masa menjawab kertas karangan bahasa inggeris, dia bukan main kusyuk lagi menulis. aku mengandaikan dia menjawab soalan, tapi bila aku dekati dan tengok......... masyaALLAH!!!!! rupanya dia menyalin semula soalan dan petikan dengan tulisan yang bulat2 dan besar!!! rupanya2 dia tak tahu membaca......walaupun dan tingkatan 3!!!. (betapa beruntungnya pelajar aku sebab semuanya dianugerahkan ALLAH dengan otak yang bijak.......tapi jarang untuk menghargainya......). dapat aku rasakan harapan dia untuk berjaya tetapi tidak menyedari yang kemampuannya tidak ada........... (sebab itu dia terus datang kesekolah......kemudian aku ketahui daripada guru sekolah itu bahawa bukan dia sorang saja yang begitu malah hampir 1/4 drp mereka masih tidak boleh membaca........malangnya)
4
di samping mengawas exam aku juga berpelung untuk memerhati persekitaran sekolah dan perjalanan p&p di kelas yang berhampiran. keriuhan akan terdengar jika cikgu tak masuk kelas.... (susah nak dengar kat sekolah aku...... sebab budak lebih suka 'bersnooker'....... hehehe...). macam2 lagu aku dengar. itu belum lagi jeritan dan hilai tawa pelajar perempuan. ada tu, cikgu ada kat depan pun pelajar boleh kelyar masuk kelas suka hati dia. yang aneh nye cikgu tak kata apa pun...... ( "lantakla. aku ajar sapa yg nak belajar je", agaknye itulah yang dipikirkan oleh cikgu2 kat situ.... dah tak larat dah kot........)(betapa beruntungnya pelajar sekolah aku sebab cikgu2 sungguh ambik berat pasal pelajaran mereka. tak masuk kelas, cikgu pergi cari....... tak boleh buat, cikgu bagi personal attention........ tak dapat cari bahan, cikgu cari, fotostatkan, masukkan dalam fail dan bagi...... lepas tu semak dan bincang jawapan........ sume cikgu sanggup buat.......... itupun ada yang tak menghargai.............). betul la kata kawan2 aku yang dah kuar dari sbp, "jangan la pergi sekolah biasa, 'sakit' nak mengajar...........". dapat aku rasakan perasaan cikgu2 yang mengajar kat smkr ni yang pastinya ada rasa sedikit kekecewaan kerana ada pelajar yang gagal menguasai ilmu yang diberikan......... dan akhirnya menyusutkan sikit2 motivasi cikgu2 kat sekolah ni...........
5
'sepakat membawa berkat'........
cikgu2 lain yang mengawas pmr dengan aku ada 12 orang termasuk ketua pengawas. kami bersama2 sepanjang hari selama minggu exam tu. hari pertama, baru nak kenal. kemudian masuk hari ke2 kami dah rapat. sorng cikgu tu mencadangkan kamu buat 'pot luck' sebab waktu exam pack sangat sampai x de masa nak pergi makan ....... (lagipun kantin kat situ tak de pape pun.......dan aku rasa kami pengawas kat smkr ni je yang buat makan2 ni kot......... ). so esoknya dan sampai hari akhir exam, kami sama2 bawak makanan dan makan sama2. masa makan ni kami isi dengan berbual tentang sekolah dan macam lagi dan juga saling mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat. menjelang hari akhir, kami dah rapat dan rasa macam dah kenal lama...... (moga persahabatan ini akan berterusan.....insya ALLAH). terima kasih en sinar, en karu, en aizam, kak han, kat sal, kak su, kak nah, aniza, ati, haniza, mamat.......
betul la kata seseorang (aku lupa sapa....) 'makanan boleh merapatkan perhubungan......' (hahaha....entah betul ke tak.....) memang betul la 'sepakat membawa berkat'..... kali ni berkat untuk perut........hehehe......
kesimpulannya........ belajar bukan saja dari buku. apa yang ada, apa yang berlaku di sekitar kita juga mengajar kita banyak perkara.......... kadang2 benda2 yang kecil itu yang memberi ilmu yang besar untuk kita............. yang penting kita perlu pandai menilai .........