Saturday, October 31, 2009

Aku dan duniaku 123 .......... this 1 is 4 u .....2

salam untuk semua.............

dua tiga malam ni aku tidur agak lewat...... (terlalu lewat la....... pkl 3 pagi.....). aku terlalu asyik membaca beberapa post dari pelbagai blog yang aku jumpa. benda yang selama ni aku tak tahu..... (sebab masa aku kat u dulu, x de benda2 ni..... ke u aku je yang tak de??? ke aku tak ambik tahu kot, sebab concentrate belajar......... zaman aku kat u 'sakit' sebab aku kat luar negara...... nanti la ada peluang aku akan citer............. )tak sangka pulak kat u kita benda2 camni berlaku..............

sumenya bermula bila naluri ingin tahu aku mengenai keputusan pilihanraya kampus bekas student aku yang bertanding.... (aku tulis dalam post 120......). acap (bekas student aku tu) bertanding untuk kerusi tertinggi (hicom) majlis perwakilan pelajar u dia. aku cukup bangga sebab acap ni memang sejak zaman sekolah lagi dah nampak tokoh kepimpinan dia. idea pun banyak. so, bila aku tahu dia tewas dalam piihanraya tu, aku kecewa jugak la. nak jugak tahu sebab mengapa dia gagal, aku pun bukak la beberapa blog kat link blog acap tu. banyak sungguh post mengenai postmortem pilihanraya tu dalam blog yang aku tengok tu. baru la aku tahu suasana sebenar politik kampus ni. ada jugak 'main kotor' dia. (alah..... politik mana2 pun sama la........)

apa yang menarik perhatian aku ialah kesan kekalahan acap terhadap persepsi warga kampus tu. bila baca sume post2 tu....... (aku baca sume yang berkaitan....... sebab tu tidur lewat.....) nyata bahawa kehadiran acap sebagai calon pemimpin kampus memberi impak yang besar terhadap perubahan yang bakal berlaku.......... kalau di pikir lazimnya, calon yang kalah tak akan dengar citer dah lepas tu, tapi dalam kes acap, itu tak berlaku. malah seolah membangkitkan satu kesedaran dan perubahan terhadap suasana kepimpinan di kampus dia tu. aku rasa itu la aura sebenar seorang pemimpin (bukan nak memuji dan menjulang acap.............sebab memng betul pun....... kan???) kalah pun masih terkesan di hati warga kampus. ada yang menyatakan dengan kekalahan acap ni telah membuka mata mereka betapa 'kotor'nya politik kampus ni...........

bagi aku yang telah mengenali acap agak lama masa dia jadi pelajar dan pemimpin tertinggi di sekolah, aura kepimpinannya akan terserlah di mana2 tempat pun, baik sebagai ketua mahupun sebagai orang di belakang tabir. sebab tu dalam post 120 aku tu, aku tak heran kalau acap bertanding dalam pilihanraya kampus dia. acap tau dia boleh buat kerja. dan aku jugak tau acap mampu lakukan apa yang terkandung dalam manifesto dia tu (sori la aku tak tau ape kandungan manifesto tu............). tapi apa nak buatkan......

tapi, tak pe la acap. nampaknya kekalahan tu membawa hikmah yang besar rupanya. kehadiran acap dalam dunia politik kampus itu nampaknya telah membawa kesedaran dan diharapkan juga akan membawa perubahan terhadap pengurusan majlis perwakilan pelajar yang baru. dan untuk semua yang menyokong acap, jangan risau sebab 'he will never stop trying and he'll be back........'(cam terminator tu......)

untuk acap............. jangan putus asa. kekalahan ini merupakan 'guru' yang bagus untuk kita belajar darinya. 'you know you can do it and you will do it'. just believe in yourself and Allah always........... doa sensei sentiasa untuk kamu. moga berjaya. ganbatte kudasai!!!


p/s...... aku mintak maaf kalau ada statement dalam post ni yang x betul. aku hanya memberikan pandangan sebagai bekas guru yang mengenali acap. gomen nasai...........

Thursday, October 29, 2009

Aku dan duniaku 122 ....... bersama kengkawan aku....

salam untuk semua.......

aku baru mula ke sekolah ari ni lepas mesyuarat kat kl selama 4 hari. penat betul. penat badan, penat otak..... tapi bagusnya ialah bila mesyuarat camni dapat la lupakan sekejap kerja2 kat sekolah. dapat la jugak releasekan tension. dapat la makan sedap (sebab kat hotel....... 6 kali makan tu!!!....) tapi kerja masa mesyuarat ni memenatkan otak...... (sampai tak cukup tido...... sebab kerja sampai malam) namanye je mesyuarat, tapi sebenarnya aku dgan kengkawan memerah otak buat kerja.






kengkawan aku........ khusyuk buat kerja




dalam suasana buat kerja tu macam2 gelagat la yang timbul. ada tu, penat2 mengadap laptop, tetiba je bangun dan menari....... hahahaha!!!! pecah gelak sume ..... (ali la tu......). ada pulak tu yang concentrate giler dengan kerja dia, sampai apa jadi keliling pun tak ambik kisah .... (izan la tu..... ). ada pulak tu tak tau nak buat kerja ape....... blurrrr je..... (@#%&^% la tu....... ) ada pulak tu kerja dia dah habis, pegi tanya sana sini ada tak kerja dia nak buat lagi ...... (camni la bagus kan.......) seronok betul aku tengok perangai kengkawan aku .......... bagus jugak ada humor dalam buat kerja tu. tak la stress sangat ............
ali si pelukis kreatif, tgh fokus...

si izan ni tengah pening.......
azmi ....... inventori tip top...
aku cukup seronok punya kengkawan camni........... boleh sama2 susah bila buat kerja..... dan boleh sama2 ketawa bila perlu....... boleh sama2 mencurah idea bila diperlukan........... aku tak kan teragak2 untuk bekerja bersama2 kalian lagi........... (tapi dengarnya mesyuarat panel kita kali ni last kan...??? betul ke???.......... hrmmm.......)..... tak pe la.... papepun aku enjoy working with all of u this past 3 years......... (lama betul kita bekerja dalam panel yang sama kan????)


kesimpulan ............. dalam kerja perlu ada humor...... baru la tak stress. dalam bekerja perlu satu kepala...... baru la kerja menjadi........ saling tegur menegur masa buat kerja tu perlu untuk mendapatkan hasil yang cemerlang...........

Wednesday, October 28, 2009

Aku dan duniaku 121...... sepetang di seoul garden...

salam untuk semua..........




sabtu malam hari tu aku menerima panggilan telefon dari seseorang. "sensei, esok free tak??"
soalan dari suara dihujung talian. "siapa ni??" aku tanya. 'Emie", jawabnye pendek. so diringkaskan cerita, akupun bersetuju nak jumpa diaorang ahad esok nya.(sapa emie tu, ni aku nak citer la ni.......)

esoknya aku gamble drive ke one utama, tempat yang dijanjikan. aku tak biasa sangat dengan damansara ni. tapi alhamdulillah, dengan niat yang baik dan dengan izin Allah, sampai jugak aku kat one utama tu............. padan la bebudak muda suka lepak kat sini. barang dan pilihan banyak sangat dan temat pun selesa.

aku sampai, emie dan lawi dah tunggu. dua2 ni bekas pelajar jepun aku. emie f5 tahun 2003 (batch kuning) dan lawi tahun 2005 (batch hijau). diaorang ni memang kawan baik sejak sekolah lagi. alhamdulillah persahabatn tu kekal sampai sekarang. dan diaorang ni memang rajin ajak aku joint keluar bila emie turun kl (emie masih belajar lagi di univ multimedia melaka) aku pun memang x lepaskan peluang.


emie & lawi.......


petang tu emie cadangkan lunch di korean restoran. aku tak kisah malah dapat makan kim-chi (jeruk sayur kobis panjang gaul cili giling kegemaran aku ....... fuh!!!! sedapnya........... natsukashii aji na...!!) apa lagi, kami pun makan la semampu yang boleh (kat sini buffet style, so unlimited la makan.....) seronok sambil makan citer kisah2 lama dan ketawa bersama................. tanpa sedar aku dah tak boleh bangun dari kerusi....... dah kekenyangan..... (giler punya kenyang!!!! .... tak bohong...!!!!...). tanpa sedar juga dah 2 jam lebih kami kat situ..... (mentang2 la buffet kan....). lepas tu kami window shopping kat one utama tu...


sssiiirrrrrr...... !!!!!! berdesir bunyi daging atas kuali tu....


jeruk sayuran dan kimchi......sedapnye!!!!


satu lagi aku cukup terharu dengan pertemuan ini bila emie dan lawi bagi birthday present kat aku. walaupun dah lewat dan aku dah lupa pun, tapi diaorang tetap ingat. diaorang berdua ni memang sentiasa ingat birthday aku dan sentiasa ada hadiah untuk aku........ thanks guys..... (sori, sensei yang tak pernah ingat birthday kamu berdua....... 本当に ごめんなさい)



emie, lawi....... sensei seronok hari tu........ thanks 4 the present and おみやげ......... thanks 4 the lunch........ おいしかった....... and thanks 4 the exciting moments at seoul garden.......... (tahun depan kat melaka pulak ye......... hehehe....)

Saturday, October 24, 2009

Aku dan duniaku 120 ...... this 1 is 4 u.....



salam untuk semua.....

petang ni releks sungguh. nak kuar ... malas. lagipun hari nak hujan. so, aku pun sambung la balik menatap laptop ni. nak cari ide nak tulis apa. jenguk2 jugak la link blog yang ada tu. dan ada cerita menarik aku dapat dalam satu blog tu. ni aku nak citer..........

aku cukup bangga .... (bangga giler ni!!.... x bohong!!!) bila aku tengok gambar sorang bekas pelajar aku jadi calon untuk memimpin universiti tempat dia belajar. tapi aku tak terkejut sebab aku tau dia akan ke tahap itu. sejak zaman sekolah lagi dia ni memang ada tokoh untuk mempimpin.... (walaupun masa tu ramai bdk x suka dia ........... peduli apa kan????!!) tengok saiz, mnemang la tak sapa sangka.... (hehehe...... sori ye..... tapi sensei cakap betul ni.......) tapi idealogi dan semangat dia memang mengkagumkan.


aku masih ingat lagi bila dia datang jumpa aku masa nak buat satu program besar dulu. cita2 dia nak kembalikan semula kecemerlangan sekolah dengan mewujudkan semula semangat sdar....... (sensei masih ingat lagi betapa bersemangatnya kamu........ dan nyata semangat itu tak hilang.....). tapi malangnya niat baik dia ni tak kesampaian kerana banyak sangat birokrasi yang berlaku....... aku pun turut kecewa jugak........... (masih terbayang lagi dalam ingatan sensei macam mana wajah kecewa kamu bila sensei maklumkan perkara itu...............). sudahnya impian dan cita2 tu hancur berkecai.............


tapi sekarang, nyata semangat itu tidak pernah padam. kini ternyata dia telah bertemu lapangan yang sesuai untuk dia menaburkan semangat ini. teruskan melangkah!! aku tau dia akan mampu lahir sebagai insan yang cemerlang.





acap, this one is for you!! i know you can do it!! and you know you can do it!!! so, just be positive and believe in yourself!!! insya Allah, the right path will be there for you to explore!!! good luck !!!



kesimpulannya ........... jangan putus asa dan teruskan perjuangan........... jika tertutup satu jalan tu, Allah akan buka jalan yang lain yang lebih baik......... yang penting yakin dan percaya pada diri sendiri dan orang lain akan membina keyakinan dan percaya pada kita.......insyaAllah...

Aku dan duniaku 119 ......... terima kasih PM..!!!

salam untuk semua............

semalam, macam jugak rakyat malaysia yang lain, aku 'melekatkan telinga' kat radio dengar BAJET 2010 yang dibentangkan oleh PM (x dapat nak tengok tv sebab on the way balik kampung masa tu............. so dapat dengar kat radio je la.............. sebenarnya bahaya jugak kalau khusyuk sangat dengar radio ni sebab kenkadang tu tak concentrate driving........). 2 jam PM bentangkan bajet tu........ so 2 jam jugak la aku dalam keta...... (nak ikutkan dari seremban sampai kajang 45 minit je.............. tapi aku drive slow sebab nak concentrate dengar .............. dah tu hujan lebat pulak, tak dapat la nak drive laju..............) alhamdulillah, terima kasih kat PM sebab ada jugak imbuhan untuk kakitangan kerajaan tahun ni............... (walaupun bukan bonus tapi bayaran khas tu pun dah mencukupi........... alhamdulillah...) dan banyak lagi imbuhan lain untuk dunia pendidikan khasnya dan rakyat amnya.

aku tertarik dengan skim tambang 50% ktm untuk pelajar tu. alhamdulillah, faedahnya memang besar. budak aku je, ramai yang naik ktm bila balik kampung. setidak2nya jimat gak la sikit duit yang mak bapak diaorang bagi untuk belanja........ cuma harap tak de yang akan salah gunakan konsensi tu dah la............

kemudian pasal biasiswa nasional tu. ni pun satu galakan untuk pelajar berlumba2 untuk cemerlang. 30 yang terpilih tu nanti memang outstanding students la kiranya. yang boleh kita bangga kan. yang boleh digahkan dipersada dunia.......... (cuma jangan nanti dah dapat, buat perangai pulak masa belajar kat negara orang................)

dan satu lagi pasal ptptn yang ditukarkan kepada biasiswa. ni memang bagus dan aku sokong. cuma takut nanti bangsa yang banyak mendapat faedah dan untung ialah bangsa yang sambut gong xi fa chai. so, anak2 bangsa ku, kenalah betul2 bersaing dan bersungguh untuk merebut peluang ini. jangan nanti orang lain senang dengan benda yang sepatutnya hak kita, kita punya.

dan akhir sekali pasal status sekolah berprestasi tinggi ........... hrmm.... ni aku no komen la..... kemana nanti haluannya sekolah premier dan sekolah kluster.........???? cam mane pulak kriteria 20 sekolah berprestasi tinggi ini nanti........???? camne la pulak beban kerja warga sekolah yang terpilih ni nanti...???? setakat mana pulak keberkesanan sekolah berprestasi tinggi ini nanti.......????? sesuatu yang menarik untuk aku keep track lepas ni................

kesimpulannya............ bajet 1malaysia 2010 ni memang mesra rakyat dan untuk rakyat. banyak imbuhannya untuk rakyat........ yang penting peruntukan yang diberikan itu, biarlah keseluruhannya untuk rakyat.......... rakyat sebenarnya yang membentuk dan mencorak negara................. papepun, TERIMA KASIH PM......!!!!!!