Tuesday, July 19, 2011

Aku dan duniaku 199 ... bukan merajuk.....hrmmmm

salam untuk semua.....

bukan dah bosan, bukan dah malas, bukan dah ketandusan idea dan juga bukan dah merajuk.........semua itu bukan..... tapi ntah mengapa begitu sukar untuk aku mengetuk papan kekunci laptop ni untuk bercerite......
benda yang nak ditulis bukan main banyak lagi.....banyak peristiwa yang berlaku yang boleh aku ceritakan di sini tapi................entah la.....adakah minat ku semakin berkurang????

aku nak citer tentang pertandingan akhir wind orchestra, aku nak tulis tentang pertandingan akhir debate bahasa inggeris, aku nak komen tentang perhimpunan be%$#h yang aku x suka tu, aku nak kongsi cerita pergi bon odori di shah alam.................aku nak tulis sume tu.....tapi tak tertulis jugak....kenapa ye????? musykil plak aku.................hrmmmmm....

facebook pun aku malas nak layan sekarang........kadang2 aku naik menyampah baca post yang ntah pape kat situ.........ada yang memaki hamun la, mencarut la, bercintan dan berkasih2an la, berniaga la, berpolitik la, mengutuk2 la, ........pendek citer macam2 ada la kat fb tu........sampai citer dalam kelambu pun nak tayang2 kat orang lain......eeeee!!!! tak paham betul la manusia ni.....memang la dunia ni dah semakin tua, dah semakin hampir ke penghujungnya............

sori la guests.......entri aku kali ni mengarut sikit........tapi pape pun terima kasih kerana sudi lagi untuk singgah.........

....dan dikesempatan ini......................

rejab dah berlalu, syaaban dah sampai kepenghujungnya dan insyaAllah minggu hadapan kita akan didatangi bulan mulia, bulan yang dinanti2 , bulan untuk menambahkan amalan........bulan Ramadhan al Mubarak..............semoga kedatangan bulan istimewa penuh barakah ini akan mengubah diri kita menjadi insan yang lebih mulia di sisi Allah...........


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, BULAN MULIA
&
SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA

Monday, July 4, 2011

Aku dan Duniaku 198.......mak aiii!!!!...sebulan hibernate....

salam untuk semua......

baru lepas jenguk2 blog. rupanya dah teramat lama sangat aku x mengupdate blog dengan citer2 aku. bulan jun langsung x de citer. sebulan blog aku hibernate. kenapa ye??? hrmmm......mungkin sebab bulan jun tu bulan cuti sekolah, so aku pun bercuti sakan. baik buku mahupun blog aku x usik langsung.

cuti sekolah minggu pertama aku ke penang, anak sepupu aku bertunang. minggu ke dua cuti aku pg langkawi dengan cikgu2 sekolah, program ldp. pastu buka je sekolah aku bermesyuarat selama sminggu di kl. balik ke sekolah semula sibuk dengan sukan tara, acara sebelum sukan. pastu tu sakan dengan sukan sekolah. malamnya pulak sibuk dengan dinner amal pibg.

pastu tu seminggu sekolah seperti biasa. hujung minggu ari tu (2, 3 Julai) bersama pasukan wind orchertra di alam shah dan picc. dan sekarang ni berbengkel dan berkursus di ipoh perak sampai ari rabu nanti (4 ~ 6 julai).

rasa melayang camtu je hari2 aku. rasanya dah lama aku x buat kerja yang menyeronokkan macam bersantai tengok csi series, kegemaran aku (sebab sejak kebelakangan ni malam pukul 10 je aku dah pengsan), baca novel2 ringann tentang kehidupan dan yang paling aku miss shopping buku kat mph.....lama sungguh aku tinggalkan aktiviti ni.......bila la boleh buat agaknya......tu belum lagi jalan2 kat melaka (yang memang aku suka.....)...InsyaAllah, aku akn curi2 jugak masa untuk buat sume tu balik......

ni pun aku curi2 waktu masa bengkel yang x de slot malam (kali pertama x de slot malam ni....) untuk jenguk2 fb dan baca blog2 favourite aku....lagipun wifi kat hotel ni memang laju giler....seronok sungguh surf internet........

kesimpulannya.......
kita perlu pandai menggunakan masa yang terhad yang kita peroleh dengan perkara yang berfaedah dan menggembirakan kita.....biarpun sekejap tapi jika memuaskan dan memberi kelegaan kepada kita, buat la.......kadang kala benda yang kita buat sebentar cuma itu mampu membuat kita tersenyum tanda kita gembira............. luv....:)

Tuesday, May 31, 2011

Aku dan Duniaku 197 .......geram!!!!!

salam untuk semua,

aku geram betul dua tiga minggu ni. bila tengah banyak idea nak menulis post, masalah lain pulak datang dan menghalang aku drp menulis. banyak citer aku nak tulis, terutamanyer tentang HKSBP yang berlangsung minggu lepas. tiap2 hari ade citer aku nak tulis terutama dalam blog pss tentang apa yang berlaku sepanjang minggu lalu.

aku nak tulis pasal pertandingan debat dan debate, nak tuls pasal perlawanan bolakeranjang sdar yang sengit, nak tulis pasal semangat penyokong2 sdar (pelajar dan cikgu2) dan macam2 lagi. tapi malangnyer setiap kali aku online, coverage internet mesti buat hal. lembab betul. setiap kali nak online, mesti x dapat. terencat niat aku nak menulis. sudahnya apa pun aku tak tulis. sekarang ni line dan ok tapi dah malas nak tulis. dah x de thrill dah. citer dah basi. geram betul!!!!!

bila dah macam ni terpikir la pulak nak pakai line (sekarang ni aku guna broadband). tapi bila pikir x boleh nak bawak mana2, baik aku kekal guna broadband je. portable, senang sikit. mula2 dulu guna cel@#* , tapi bila coveragenye hampeh, aku tukar ke m@x*$. walaupun ok sikit, tapi still bermasalah. terpikir jugak lepas ni nak cuba d*g*. ok ke tak drp yang 2 yang aku dah gunakan ni. (sudahnye habis aku cuba sume )hmmmm........tengok la nanti.

tapi, biasa la kan. ada yang ok, ada jugak yang x ok. mana boleh nak dapat sume yang baik je, sume yang perfect je ...kan??

kesimpulannye.....memang la bila nak menulis tu kena ada modal dan idea. tetapi bila dah melambak idea, kalau kemudahan nak menulisnyer bermasalah, x terhasil jugak karya tu. sudahnya idea tu akan berlalu begitu saja. alangkah ruginyer....kan??.....(bila time2 camni, rasa nak mulakan semula menulis diari.......hrmmmmm)

Sunday, May 1, 2011

Aku dan Duniaku 196......mabuk di bookfair

salam untuk semua............

pagi tadi seawal jam 10 aku dah kuar rumah. rancanganya nak ke bookfair di pwtc. masuk kali ni dan 3 kali aku ke bookfair. ari selasa ari tu aku pegi bawak budak pss aku. 5 jam kat situ. habis jugak la beratus beli buku. semalam aku ke sana lagi dgn member, tapi x beli banyak pun sebab member nak singgah kejap je. dan tadi sekali lagi aku ke sana, kali ni sorang2 (aku lebih selesa sorang2 sebenarnye.........) lebih kurang 5 jam jugak aku habis kan kat sana. pukul 11 sampai pkl 3 ptng. sebab ari ni hari terakhir bookfair tu, orang punyer la ramai. sampai bersesak2 berlaga punggung nak bergerak. halal kan je la......nak bwt camne.......

tapi yang aku suka tengok kat bookfair ni ialah hampair 90% pengunjungnya ialah orang melayu kita. sape kata orang melayu x suka membaca???tambahan pulak diaorang bawak anak2 masing2 shopping buku. lepas tu sianak akan duduk bersila kat sekita lobby tu, tanpa mengira tempat kusyuk membaca buku yang baru dibeli. seronok sungguh aku tengok. budaya membaca dah diterapkan seawal usia kanak2 lagi. harapnyer akan berterusan minat terhadap buku tu hingga tua....(macam aku ni.....hehehehe)

buku2 yang aku beli

terujanya aku kali ni ialah harga runtuh buku2 yang dijual. kalau ari selasa aritu, hanya 10% je tapi hari akhir ni harga diskaun sehingga 40% pun ada!! tu yang sakan aku menshopping buku tu. walaupun beli bukan untuk aku (untuk pss) tapi macam orang giler jugak la kehulu ke hilir ke booth yang menawarkan diskaun untuk beli buku. percaya tak, aku berulang alik ke kereta meletak buku2 yang dibeli sampai 3 kali??!!! dah x larat tangan nak memegang plastik buku yang semakin berat.......(next time nak bawak beg luggage yang tarik tu.....aku nampak orang bawak tadi......good idea......hehehe).....sudahnya penuh boot kereta aku dek buku yang dibeli!!!! puas aku!!! lama aku tak menshopping buku cam ni........terima kasih pada pibg yang bagi sumbangan untuk beli buku2 ni............tunggu bookfair selangor pulak hujung bulan mei ni....hehehe..

boot kereta aku yang penuh dengan buku2 ......

Aku dan Duniaku 195.....bertemu kembali

salam untuk semua,

lama sungguh meninggalkan blog ni. kesibukan yang pelbagai menghalang aku utk menjenguk, apatah lagi menulis post kat sini. ini pun masih ada kerja yang belum selesai, yang perlu dilakukan. tetapi aku gagahkan sekejap untuk menyambung cerita dan memeriahkan semula blog aku ni. sori kat guests yang kerap singgah kerana lebih sebulan dihidangkan dengan cerita lama. insyaAllah selepas ini blog ni akan kembali 'bercerita' (jika ada cerita, jika berkelapangan........)

sebulan tanpa cerita sebenarnya sebulan yang teramat sibuk bagi aku. sekolah aku menjadi pengelola/tuan rumah program hari kebudayaan bahasa jepun (hkbj) sbp ke 8 pada 22~24 april lalu. persiapan untuk program itu memaksa aku menyibukkan diri. terlalu banyak perkara yang perlu dlakukan dan dipantau. menerima kehadiran seramai lebih kurang 500 orang guru dan pelajar dari sbp selruh malaysia memaksa sekolah bersedia sebaik mungkin untuk progam hkbj ini.

berulang alik ke cyberjaya (bpsbpsk), ke jpns, wisma negeri, japan embassy dan japan foundation menguruskan kelancaran program ini benar2 memenatkan. namun begitu, hkbj ini adalah program yang berkaitan dengan aku (bahasa jepun), so aku dan fiza (guru jepun) la yang harus berusaha lebih untuk menjayakannya. pihak pengurusan, guru-guru dan para pelajar yang terlibat sama2 membantu menjayakan program ini.

penat sebelum program, semasa program dan selepas program tidak sama. kepenatan sebelum adalah penat otak, kepenatan semasa adalah penat fizikal dan kepenatan selepas adalah penat otak dan fizikal. walaupun seminggu dah berlalu kepenatan masih belum hilang, dan aku rasa memang x kan hilang pun sebab kerja lain masih menanti . (aku meniggalkan betul2 urusan pusat sumber ku......lepas ni kena 'pujuk' semula ......). tapi papepun, alhamdulllah, program hkbj berlangsung dengan jayanya.....walaupun ada kekurangan (biasa la.......x de yang sempurna). terima kasih banyak2 kepada semua guru sdar yang menjalankan tugas masing2 bagi menjayakan hkbj ini. terima kasih juga kat semua ajk pelajar, khasnya syahmie dan amirul ridzuan. dan kepada smua guru2 bahasa jepun sbp, jutaan terima kasih kerana membantu.

sebenarnya banyak aku nak citer pasal hkbj ni. tapi nanti la, aku sambung kat post yang lan. sebab gambar sekitar program belum lagi aku terima. nanti bila aku dah ada gambar, aku akan citer la............insyaAllah.

aku nak citer pasal 'bookfair' sebenarnya.........ikuti post 196 aku.......hehehehe