Wednesday, December 7, 2011

Aku dan Duniaku 206 ..... langkah pertamaku di sms sembrong....

sekeping gambar yang menggambarkan segala2nye


salam untuk sume,

selepas menerima surat pertukaran hari isnin hari tu, hari ini aku memperuntukkan masa untuk pergi survey tempat aku bakal bekerja taun depan. so, seawal jam 9 pg aku bersama mak, adik dan anak buah aku bertolak dari rumah ke tempat yang dituju.

sebelum tu aku dah search maklumat tentang sms sembrong di laman sesawang, adalah satu blog mengenai sekolah ni yang dihasilkan oleh cikgu kat situ (www. smsainssembrong.blogsopt.com). tengok apa yang dipaparkan bertambah menarik minat aku untuk melihat sendiri sekolah itu. dari maklumat kenkawan juga aku tau perjalanan dari kajang ke sana lebih kurang 4 jam ...(mak aiii!!!! jauh nyer....dan memang jauh pun...hehehe).

selepas berhenti brunch di r&r pagoh, aku terus menyusuri jalan ke selatan dan keluar di plaza tol air hitam. menuju ke arah kluang hanya memakan masa lebih kurang 1/2 jam aku pun sampai di bandar kluang. tercari2 arah sms sembrong tapi masih belum berjumpa. teringat pesan kawan, 'cari je arah ke sm sains johor, dan lepas tu insyaAllah adalah sign board sm sains sembrong". dan itu lah yang aku lakukan. dan akhirnya aku melihat signboard 'sm sains sembrong' yang pertama berhadapan binaan batu membentuk perkataan 'jagalah kebersihan dan keindahan bandar kluang - kluang'. aku lega kerana dah ada petunjuk untuk ke situ. dan berpandukan 2 lagi signboard nama sekolah tersebut, akhirnya akupun sampai tepat jam 1:04 petang. alhamdulillah.....

selepas memohon kebenaran pengawal keselamatan aku pun masuk dan terus kebangunan pejabat/pentadbiran. sebuah bangunan kuning yang simple dan unik.....aku naik, tetapi bilik pejabat berkunci (kerana aku datang waktu lunch break, so tiada siapa di ofis). so, aku ambik keputusan jalan2 melihat sekitar kawasan sekolah. tempat yang mula2 sekali aku tuju ialah apartment guru dan staff. nun jauh dihujung kawasan sekolah tersergam 2 bangunan apartmen 3 tingkat yang masih kosong. aku lega...insyaAllah ada satu untuk aku tinggal nanti. aku seterusnya singgah melihat bangunan2 yang lain......asrama, bilik darjah, dewan dan kantin.

sejam di sm sains sembrong, aku semakin teruja untuk memulakan khidmat ku di sini. keadaan dan persekitaran yang baru, menyemarakkan lagi semangat ku untuk menabur bakti di bumi johor ini. walaupun aku terpaksa mengharungi perjalanan sejauh lebih kurang 527 km pergi balik, namun tidak memusnahkan semangatku untuk bertugas di sini.

aku berazam untuk membantu bersama2 guru2 yang lain untuk membentuk budaya dan identiti sm sains sembrong ini. insyaAllah dengan niat yang murni ini ALLAH akan membukakan jalan kepada aku dan guru-guru lain untuk membina kecemerlangan di sini.


......sejam di sms sembrong

di hadapan sekolah.....


bilik darjah yang masih 'suci'....hehehe


di antara tunjuk arah yang banyak terdapat di situ.... (insyaAllah, x kan sesat)


satu shot di hadapan dewan
(mcm banglo style inggeris kan??)

di hadapan blok pentadbiran yang simple & unik....


satu sudut bangunan akademik (kelas)


asrama puteri.....


apartmen guru & staff.......


...menjejaki bandar kluang


...signboard pertama yang dijumpai .....


surau dan dewan makan yang berkongsi bangunan
(surau dibahagian atas dan dining di bawah)

Monday, December 5, 2011

Aku dan Duniaku 205 ..... alhamdulillah, aku akan berhijrah

salam untuk sume,

baru mula bercuti ari ni lepas seminggu di sekolah menjalankan kelas intensif bahasa jepun. dan semalam, alhamdulillah selesai 18 orang bebudak jepun aku ambik exam. 14 orang ambik N5 dan 4 orang ambik N4. resultnye, insyaAllah bulan mac 2012 nanti.

pagi tadi sebelum balik kampung aku mengemas rumah dulu. ye la nak tinggalkan lama. nak balik kampung (bunyi mcm jauh je kampung tu kan...padahal dekat je, kat kajang. tiap2 minggu boleh balik...hihihi). masa nak kuar pg cuci keta, tetiba ofis call (sekolah la tu....)
'kak, nak bagi tau surat tu dah sampai", kat hidayah, kerrani sekolah aku di hujung talian.
"hah?! surat ape??" aku blurr.
"surat tukar akak ke sains sembrong", sambung hidayah lagi.
"oh ye ke??", suara ku perlahan. cam ne nak react pun x tau.
"knapa kak? bunyi cam x gembira je??" tanya hidayah bila mendengar suara aku perlahan.
"err....x la. gembira la. cuma terkejut je sikit. cepat sangat la pulak", jawab ku pantas.
"pape pun tahniah ye kak. jadi guru kanan ni. hidayah letak surat tu dalam pegion hole akak ye," sambung hidayah lagi.
"ok, trima kasih dayah", dan talian pun diputuskan.

maka sah la sekarang pertukaran ku ke sm sains sembrong. tapi aku masih belum percaya. aku cuba melupakan perkara itu dengan menyibukkan diri ku dengan kerja2 yang telah aku rancang hari ini. aku ke pejabat pos mengirimkan cd2 hari kebudayaan kepada sekolah2 yang belum menerimanya, pergi car wash, cuci kereta, pergi makan kfc di giant dan last sekali pg servis keta di wanija, honda. tapi, perbualan dgn hidayah tadi masih menghantui aku. lalu selepas selesai servis keta, aku berpatah balik kesekolah. (aku sepatutnya terus balik ke kampung). naik ke ofis dan terus mencari di pegion hole surat tersebut. dan memang ada surat itu dan baru la aku percaya, baru la aku sedar yang aku akan meninggalkan sekolah ini. waktu itu la perasanku bercampur baur. antara sedih dan gembira.........dan akhirnya, alhamdulillah, aku bersyukur atas rahmatMu ini Ya ALLAH......

sepanjang perjalanan balik ke kampung, bermacam2 yang bermain di pikiran ku. sdar yang bakal ku tinggalkan.....kehidupanku yang bakal berubah.....sekolah baru yang bakal menerimaku....aku jadi blurrr...walaupun aku telah menyediakan hati dan perasaan untuk saat ini (yang memang kurasakan akan tiba), tapi ternyata bila ia benar2 terjadi, masih ada ruang lagi dalam diriku ini yang sukar utk menerimanya........

namun begitu, aku perlu menyiapkan diri untuk satu lagi cerita kehidupanku di tempat baru. buku baru harus mula kutulis seiring dengan tahun baru 2012 yang bakal menjelang. insyaAllah, apa yang berlaku ini ada hikmahnya yang ALLAH ingin berikan kepada ku. ALHAMDULILLAH, dan ku mohon YA ALLAH agar hijrah ku kali ini, KAU iringi dengan rahmahMU. AMIN.....

Friday, November 18, 2011

Aku dan Duniaku 204 ..... cuti

salam untk sume....

lama x menulis. sibuk. tapi insyaAllah lepas ni boleh rajin menulis balik kot.....sebab cuti sekolah dah mula. tapi nama je cuti, keje masih ada. masih ada mesyuarat yang perlu dihadiri. masih ada tanggungjawab terhadap pelajar yang perlu dipenuhi dan masih ada undangan dan jemputan yang perlu dihadiri.

tapi bagi aku cuti ke x cuti ke yang penting cara camne kita mengisi masa tu. kalau buat benda seronok maka x kira la cuti ke tak mesti kita seronok. tapi kalau benda yang ntah pape dan memboringkan, biar la panjang manapun cuti, sure x best. sebab tu kita mesti rancang apa nak buat masa cuti ni biar jadi lebih menyeronokkan.

cuti aku bermula dengan mesyuarat menyediaan bulitin bahasa jepun kat qualitiy hotel minggu depan (21 ~ 23 nov). pastu aku cuti la kejap. 29/11 sampai 4/12 aku akan ada kat sekolah. kelas intensif bhas jepun jlpt akan aku kendalikan. 1/12 malam ada dinner akhir f5. 4/11 aku akan bawak bdk2 jlpt ambik exam di kl. ni akan makan masa sehari suntuk. tapi lepas tu akan betul2 cuti. (oh ye, ada kerja rumah nak kena cari dan kumpul lagu2 untuk wedding)

22/12 aku dah kena balik ke sekolah semula. sebabnyer sampai 25/12 aku akan sibuk dengan majlis kahwin anak pengetua. kira jadi orang pangkal la ni....hehehe. dan lepas tu sibuk dengan result pmr yang bakal kuar dan meeting kat sekolah untuk persediaan sesi persekolahan 2012.

well...itu la perancangan hari2 cuti aku hujung tahun ni. mungkin akan berlaku perubahan, tertakluk kepada mood....hehehe

oh ye, nak jugak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada yang akan bercuti sakan!!!

Thursday, October 27, 2011

Aku dan Duniaku 203.....bila terpaksa membuat keputusan untuk memilih.....

salam untuk sume....

lama sungguh x menjenguk dan menyapa 'duniaku' ini. bukan melupakan tetap kesibukan yang melampau semenjak dua menjak ini memaksa aku untuk 'merehatkan' seketika aktiviti di sini. kadang2 tu singgah jugak, sekadar menjenguk dan bertanya khabar. sesekali cuba untuk mengetuk papan kekunci laptop ini, tapi seringnya kaku begitu saja. adakah telah ketandusan idea??? TIDAK!!! kerana banyak cerita yang ingin dikonsi bersama guests, tapi tahap kemalasan untuk online semenjak dua menjak ini menyebabkan 'duniaku' ini sepi agak lama........maaf...

sekarang ni pun x de ape nak aku kongsi dengan guests. tajuk kat atas tu sebenarnya masih lagi belum tau sama ada perlu untuk membuat pilihan atau tidak. masih kabur sebenarnya.......so, tak berani aku nak bercerita lebih-lebih. insyaAllah kalau dah pasti nanti aku akan berkongsi dengan guests. doakan aku aku tabah menghadapi permasalahan itu nanti dan dapat membuat keputusan yang betul.........

dah alang2 menulis ni, aku nak ucapkan 'SELAMAT HARI DEEPAVALI' kepada masyarakat malaysia yang menyambutnya. "SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN' kepada yang akan mendudukinya dan 'SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM' yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. kepada yang lain 'SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN DENGAN PENUH BAHAGIA'.

insyaAllah, ada kesempatan aku akan menulis lagi.........

Friday, September 16, 2011

Aku dan Duniaku 202.....semenjak dua menjak ni....

salam untuk semua,

semenjak dua menjak ni aku cukup malas untuk menulis kat sini. walaupun punya waktu yang terluang, walaupun aku akan online, tetapi untuk berkarya di sini punya la malas....(kalau dah malas tu memang x bolah nak buat ape la kan....). tapi aku seolah punya hobi baru. hobi ini memerlukan aku untuk online selalu.....(bukan3...bukan berfb, aku x berapa gemar kat laman tu....kalau singgah pun just untuk membaca wall kenkawan dan upload/download gambar yang perlu......)

semenjak dua menjak ni aku cukup rajin melayari pelbagai blog yang berbau politik. ntah la kenapa. aku sebenar bukan suka sangat hal2 politik ni. malas nak campur kalau ada member2 aku bercakap pasal politik. aku x suka.....sekarang ni pun x suka.....

tapi semenjak dua menjak ni, bila ada isu yang mempersoalkan tentang pejuang2 tanah air yang telah tiada, aku jadi gelisah. banyak sungguh persoalan yang bermain kat kepala aku ni. yang aku menyampah bila isu perjuangan negara ini dicampur adukkan dengan hal2 politik. eeeiii!!! geram betul aku.

semenjak dua menjak ini aku cuba mencari kebenaran. aku cuba mencari kesahihan isu perjuangan ini. dan saluran yang aku gunakan ialah laman2 web yang berkaitan. tapi apa yang x seronoknya ialah banyak diantara laman2 yang aku jumpa adalah berbau politik, sama ada prokerajaan atau pro pembangkang. membaca tulisan beberapa penulis tegar blog prokerajaan aku dapat melihat dari satu prespektif dan membaca pula tulisan penulis propembangkang, aku melihat prespektif yang lain. aku ingin berlaku adil. aku tidak mahu berat sebelah.....ini isu besar. ini isu perjuangan. ini isu keamanan negara..........x boleh dipandang enteng,

namun begitu, semakin aku didedahkan dengan maklumat oleh kedua2 belah pihak, semakin aku keliru. semakin aku rasa diperbodohkan. semakin aku terasa pembohongan yang berlaku......yang nyata, kebenarannya masih samar.........dan sekarang masih menjadi isu yang belum ada penyelesaiannya...........

kerana itu aku menjadi semakin malas untuk mengambil tahu...(walaupun sebagai rakyat aku patut ambil tahu hal2 negara ini........) sebagai rakyat yang kecil kuasanya, aku merasakan mereka yang besar2 ini banyak menipu rakyat (tidak menyatakan pihak yang khusus). ini lah salah satu sebab ,mengapa aku cukup tidak berminat untuk tahu mengenai politik. bagi aku hal2 politik ini, baik orangnya, fahamannya dan isunya, semua hipokrit!!!

namun begitu, aku tahu aku perlu mengambil berat pasal negara ku ini, malaysia tercinta. di sini lah tempat tumpah darah ku, dan sini la aku akan disemadikan. aku tidak mahu negara ini tergadai kepada mereka yang rakus berpolitik bodoh. aku bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah bumi tercinta ini walau apa cara sekali pun........bila tiba masanya nanti. kadang2 suara mereka yang berdegar2 itu hanya kosong, pengecut. tetapi insan yang tanpa suara la yang akan berani ke barisan hadapan.

aku akan teruskan apa yang aku lakukan semenjak dua menjak ini. aku akan terus mencari kebenaran........dan mungkin dengan cara yang lain.........




SELAMAT HARI MERDEKA
SELAMAT HARI MALAYSIA
&
TERIMA KASIH KEPADA PEJUANG NEGARA
KERANAMU AKU MENGECAPI NIKMAT KEMERDEKAAN!!!