Wednesday, November 24, 2010

Aku dan duniaku 185 .....bangang!!

salam untuk semua......
dah lama tak naik pengangkutan awam, siang tadi aku saje2 ke kl naik bas. target kerja nak buat hari ni, dah awal siap, so bila pikir2 boring la pulak nak duduk umah, tambah pulak cuaca cantik, so lepas zuhor akupun kuar ke kl...sorang2 (aku suka kuar sorang2 sebab bebas ......senang aku nak berpanjang langkah.......). kereta aku park kat terminal dan aku naik bas ke kl.
aku tak tau pulak terminal bas dah ada yang baru. kalau dulu bas berhenti kat depan central market turunkan penumpang, tapi kali ni bas dah ada terminal baru kat jalan hang tuah.....berhadapan bangunan polis bahagian siasatan tu.....berhenti kat situ dan aku naik monorel sampai medan tunku.
shopping la jugak kat sogo dan jalan tar. lenguh jugak kaki.....(lama tak berjalan jauh). waktu nak balik dah plan nak naik bas jugak. tapi bila pikir kena naik monorel ke jalan hang tuah, aku cancel la. so aku balik naik komuter dari kl sentral.......
ni yang aku nak citer pasal sorang mamat bangang ni......
kat stesyen komuter sekarang dah ada ruang koc tengah untuk penumpang wanita sahaja. (aku seronok dan sokong 110% pengasingan koc untuk wanita ni. demi keselamatan dan keselesaan. negara2 lain dah lama amal2 ini.....alhamdulillah malaysia pun dah ke arah memartabatkan kaum wanita..............terima kasih)
masa beratur kat platform kat kl sentral tu, memang semua perempuan. bila train sampai, maka bersesak2 la masuk. lepas pintu ditutup, aku tengok ada sorang mamat ni elok je berdiri kat tengah2 koc wanita tu. dengan muka selambanya dia berdiri sambil pegang tiang kat sini. ramai kaum wanita dalam koc tu pandang2 dan senyum2 kat dia. yang buat aku bengang tu, dia pun senyum balik.......dia tak tau ke orang senyujm2 tu sebab mengata dia.....mak aii!!! muka getah sekerap betul dia.....tak tau malu!!! kat dinding dalam koc tu banyak dilekatkan pelekat koc wanita. siap dalam 6 bahasa lagi.......tak kan la tak boleh baca.....tu yang aku kata bangang tu!!!
ke, dia memang ambik kesempatan untuk bergesel2 dengan kaum wanita dalam koc yang sesak tu kot......eeeeeee....geram betul!!! tu la kan, dalam dunia ni ada macam2 ragam manusia. yang pandai tu, pandai sangat, dan yang bangang cam mamat ni pun ramai jugak........dan akhir nya dia turun di stesen ukm......aku pun terpikir, jangan la budak u. sebab kalau betul la memang bangang betul la dia........dah ke menara gading tapi notis yang simple tu pun x paham.......tapi last2 aku buat kesimpulan.......memang dia nak ambik kesempatan ....(sori kalau tersilap, hanya kesimpulan yang aku buat sendiri.....)
pengajarannya........hormati la hak kaum wanita yang telah ditetapkan. semua yang di lakukan adalah untuk kebaikan semua. kalau baru perkara yang simple tu pun tak dapat nak patuhi, macam mana dengan peraturan Allah yang sememangnya kearah kebaikan umat........pikir2 kan la.......


pelekat yang terdapat di semua dinding dlam koc wanita....(tak kan la tak nampak....kan???)

Tuesday, November 23, 2010

Aku dan duniaku 184...cuti??

salam untuk semua....


lama tak menulis. ketandusan idea sebenarnya (x boleh bagi alasan lain sebab memang x de idea nak menulis) citer banyak sebenarnya....hrmmmm.....camne tu kan. ada citer tapi tak de idea nak menulis............(ingat senang ke nak menulis ni......kena perah otak jugak nak susun ayat biar betul......bahasa bercakap tak sama dengan bahasa menulis...........nanti salah tulis ada pulak yang terasa dan kecik hati...........betul tak??)

cuti sekolah dah seminggu berlalu.........bebudak sekolah dah buat ape yang diaorang suka.(bukan bdk spm dan stpm la......) aku pun sepatutnya dah bersukaria buat apa yang aku suke......tapi sebenarnya tidak......aku kat sekolah ni. mula semalam aku dah ada kat sekolah. banyak keje aku nak kena siapkan sebelum aku betul2 bercuti.
aku kena buat beberpa rakaman cd pendengaran untuk diposkan pada pelajar jepun yang nak ambik exam jlpt 5 dis ni. nak kena cari alamat dlm register. nak kena buat blueprint pss untuk 2011. nak kena buat kertas kerja hari kebudayaan jepun tahun depan (sekolah aku jadi tuan rumah) sebab awal tahun nak bentang pada unit sbp, japan foundation dan japan embassy, na sediakan bahan untuk kelas intensif bahasa jepun. dan baru tadi aku dapat surat kena ganti guru penyelaras bestari pegi bengkel 3 hari kat pd minggu depan. mak aii!!! bila nak cuti ni.........

tapi dalam tak dapat bercuti ni, ada hikmah sebenarnya.......aku pun bukan betah sangat duduk lama2 tak buat pape kat umah. paling tahan pun aku boleh lekat 3 hari je kat umah. pastu mula hilang akal..........sudahnya sekejap2 aku ke kl, menghabiskan masa kat kedai buku atau window shopping.......sampai mak aku cakap....sama je macam tak cuti......hehehe......

kebelakangan ni, bila tak de kerja nak buat aku macam hilang akal......mula la cari apa yang boleh dibuat.....nak baca buku pun tak de mood kebelakangan ni....(pelik kan?? sedangkan buku tu la yang paling aku suka......) sedangkan buku yang belum dibaca melambak2.......

cuma skarng tengah tunggu rancangan adik nak ke mana untuk percutian keluarga....itu pun kena tunggu hujung tahun sebab anak buah no 3 aku akan berkhatan 5 dis nanti........baru la boleh bercuti betul2 kot..... (itu pun kalau jadi........hrmmmm)

kesimpulannya.....bagi aku cuti ke tak cuti ke sama je. dah umur cam ni tak teruja sangat nak bercuti rasanya.....cuma aku akan teruja bila tengok anak2 buah aku seronok.... (diaorang tak demand lagi apa nak buat, mana nak pegi cuti2 ni......sebab tau aku tak de kat umah kot...hehehe....). tapi pape pun ada peluang cuti, bercuti la betul2..........


selamat bercuti untuk yang bercuti!!

Wednesday, November 17, 2010

Aku dan duniaku 183 .... minta maaf..

salam untuk semua......

mula2 aku nak ucap Selamat Hari Aidil Adha buat semua guest yang merayakan hari kebesaran Islam ini. Semoga pengorbanan yang dilakukan mendapat berkat dari Allah hendaknya. InsyaAllah.......

pastu aku nak mintak maaf kat guests yang selalu singgah kat blog aku ni sebab lama sangat aku tak mengepost citer baru kat sini. kesibukan melampau sepanjang minggu2 akhir persekolahan ini mencuri masa aku untuk menulis kat sini. sebenarnya banyak citer yang aku nak kongsi dengan guest kat sini, tapi terpaksa ditangguhkan dulu. InsyaAllah jika ada kelapangan aku akan citer kat sini. dann aku harap, guests akan setia mengunjungi dunia aku ini walaupun citer2 yang aku tulis nanti citer2 lama................................

mohon maaf banyak2.......jumpa lagi nanti.......

Sunday, October 24, 2010

Aku dan duniaku 182 ..... lama tak buat kan????

salam untuk semua........
lama gak la tak beridea nak tulis kat sini. satu lagi mungkin dek kesibukan yang melampau menyebabkan aku tak menulis. hrmmmm...... post kali ni pun bukan citer ape pun......just nak konsi keseronokan aku dengan guests je.......
lama dah sebenarnya aku tak buat kerja ni. berjaya menahan nafsu daripada menghabiskan duit melakukan kerja yang sangat aku suka ni......ntah kenapa dah agak lama jugak aku tak buat kerja ni (boleh pulak aku 'gaman' ... maknanye bertahan....). macam aku cakap tadi la, mungkin sebab aku sibuk dengan kerja2 yang lebih penting.......
semalam (sabtu) dan ari ni (ahad) aku sengaja ajak diri ni ke tempat kegemaran aku....kedai buku. ari sabtu, petang, lepas kursus di pd aku ke mph jj seremban. aku habiskan masa hampir 2 jam mencari buku kat situ. kali ni bukan buku untuk koleksi sendiri tapi untuk perpustakaan sekolah. pihak pibg bagi sumbangan untuk tambah buku kat library tu. so, lepas dapat sikit duit sumbangan daripada bendahari pibg, aku pun luangkan masa ke mph.......(kena beli sikit2 sebab ydp pibg dah tanya ari khamis ari tu, buku dah beli ke belum........)
lama tak beli buku, macam budak2 pulak aku seronok memilih dan mengumpul buku ke dalam bakul.....tak terasa lenguh kaki berdiri dan berjalan lama dalam mph tu. sudahnya dapat gak la beberapa buah buku yang aku rasakan sesuai dan menarik untuk pelajar aku baca. seronok aku tengok buku2 baru yang aku beli.
ari ni (ahad), dalam hujan lebat aku kuar jugak ke kedai buku lagi. tapi kali ni aku pg jauh sikit. ke kinokuniya di klcc. tempat ni lagi aku suka. sebab ada buku bahasa jepun......tapi kat sini tak banyak buku yang aku dapat sebab tak banyak buku yang sesuai untuk pelajar. tapi puas jugak la 'window reading' (...hehehe, istilah aku) buku2 jepun yang ada kat situ......
dua hari ni cukup menyeronokkan. aku dapat buat benda yang dah lama aku tak buat. berada di kedai buku memang satu keseronokan, tambahan lagi kalau dapat membeli buku2 yang disukai........memulakan hobi yang lama tertinggal.........hehehe

buku2 yang aku beli.................

Friday, October 15, 2010

Aku dan duniaku 181.....terima kasih...

salam untuk semua.......

berakhirnya minggu ini berakhir la juga kepenatan aku selepas mengendalikan satu majlis besar di sekolah. sekolah menerima kehadiran 'sister school' dari negara jiran, thailand iaitu king's college. persiapan untuk program ini bermula semenjak sebelum cuti hari raya lagi......begitu la besar dan pentingnya program ini....(bagi aku besar la, orang lain punyer pendapat tak tau .....suka ati diaorang la.....) macam2 aku kena settle kan sebelum program ini berlangsung dan macam2 masalah yang timbul....tapi biasa la kan.....masalah tu mesti la ada......tapi alhamdulillah menjelang hari program, semuanya dapat diselesaikan.......

hari program berlangsung, kelam kabut la jugak...sebab 1st time aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan majlis sebegini.......tapi kerjasama dan bantuan daripada rakan2, adik2 dan para pelajar banyak membantu dalam melicinkan perjalanan program ini. begitu juga sokongan daripada pihak pengurusan khasnya tuan pengetua......TERIMA KASIH!!!! dan ucapan terima kasih khasnya untuk mr wong yang memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan program ini..............kepercayaan yang diberikan sangat2 dihargai......THANK YOU SIR!!!

aku merasakan majlis berjalan dan berkesudahan dengan jayanya (personal opinion) ..........feedback dan ucapan tahniah daripada rakan2 melegakan dan membuktikan kepada diri sendiri yang aku mampu menjalankan tugas yang diberikan. Alhamdulillah....syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNya lah jugak aku dapat melaksanakan tugas ini......
'don't expect others to do work like u do' dan 'peduli apa orang nak cakap, yang penting aku buat kerja aku'....... dengan 2 prinsip kerja ini dan dengan niat yang betul, insyaAllah ....Allah akan menunjukkan jalan yang betul untuk kita melaksanakan apa juga tugas yang diamanahkan.......

sekali lagi buat rakan2 dan adik2 dan semua pelajar yang terlibat, terima kasih, ikhlas dari hati..... seronok bekerja dengan kalian..................
candid sepanjang program
tuan pengetua bersama guru2 kc......
pelajar2 kc di royal bintang.....
rakan2 guru semasa grand dinner......
backdrop yang unik .....tahap kreativiti guru2 sdar yang mengkagumkan
tema.......'berhari raya di kampung'......
(walaupun raya dah berlalu 3 hari.....)
seolah2 berada di kampung.......
bersama nordin salah sorang ajk pentas
*insyaAllah, gambar2 lain akan diupload kemudian.......