Sunday, October 14, 2012

Aku dan Duniaku 215.....Convent Kajang Class of '83...

salam untuk sume.....
hari ni aku cukup gembira. sampai sekarang ni pun masih gembira dan seronok. x  tau la lepas ni bila aku akan rasa seronok camni lagi. aku nak kongsi keseronokan aku dgn guests. mungkin post aku kali ni panjang sikit. so, please bare with me with my 'maybe' long post......tq....hehehe

ari ni, 13 oktober 2012, tarikh yang dah berminggu2 aku nantikan bila dah confirm je function ini akan berlaku. aku dah book kalender supaya tarikh ini aku x kan ada apa2...alhamdulillah, sekolah pun x de pape ari ni. so, semalam (12/10) lepas je sekolah, aku henjut balik kajang. minggu ni x dapat tidak, mesti balik......hari yang aku x kan miss.....convent kajang class of '83's reunion

tengahari tadi aku memandu ke equatorial hotel bangi untuk function yang aku tunggu2 ni. sampai je, aku terus mencari LaVista. sampai2 je, aku menyerbu dan memeluk beberapa teman yang aku kenali. kemudian setelah bersalaman dan berpelukan dengan yang lain dan mengingati semula mereka, sedikit demi sedikit aku mula mengingat kembali peristiwa2 zaman sekolah dulu bersama mereka....dan kami mula berkongsi cerita................dan pecahlah gelak ketawa bila ada peristiwa yang mencuit hati. walaupun masing2 telah berusia, ingatan pada kenangan lama masih kuat melekat dan kekal difikiran masing2. adakalanya kami hanyut semula ke zaman di bangku sekolah dulu........usia tidak membataskan keriangan kami. ada yang masih seperti dulu, murah dengan senyuman dan ketawa. ada yang masih seperti dulu, masih ramah menyapa, ada yang masih seperti dulu, menjadi pendengar yang setia..........apa yang nyata, walaupun penampilan kami ada yang telah berubah begitu ketara, tetapi jiwa, hati dan perasaan masih lagi seperti dulu. 29 tahun yang memisahkan kami seakan tidak terasa bila kami memungut kembali kenangan lalu dan berkongsi untuk masa hanya 4 jam.

ada yang terlupa dengan wajah dan nama teman2, tetapi gambar foto yang dibawa oleh teman2 yang masih memilikinya (aku jeles bila aku tidak memiliki koleksi gambar zaman persekolahan seperti mereka..... ), mengingatkan kembali dan cerita2 pada gambar itu mengembalikan semula ingatan. 4 jam yang kami isi dengan cerita2 dulu rasanya terlalu cepat berlalu, masih banyak yang ingin dibualkan......tetapi, adat pertemuan, mesti ada perpisahan.....tetapi kami mengikat janji akan bertemu lagi, insyaAllah tahun 2013 nanti......x sabar aku menantikannya......

reunion bersama teman selesai lebih kurang jam 5 petang. tapi aku dan beberapa orang teman bercadang untuk mengunjungi rumah salah seorang cikgu zaman sekolah dulu, yang kebetulan terletak berhampiran. terima kasih kepada Wafa, yang mencadangkan 'kunjungan terjah' ini. alhamdulillah, kami berjaya bertemu Cikgu Jamilah, guru Perdagangan masa di sekolah dulu. seronok melihat Cikgu Jamilah sihat dan kelihatan muda (macam sebaya je dgn kami.....hehehe) dan kami berkongsi cerita lagi bersama cikgu. dan kami berjanji akan menjemput Cikgu Jamilah dan cikgu2 yang pernah mengajar kami ke function yang akan kami buat tahun depan. InsyaAllah.......

aku cukup seronok hari ni. semasa menulis post ini dan mengupload gambar ke laman fb, hatiku berbunga gembira dan aku rasa akan terbawa2 ke dalam mimpi. lama sudah aku tidak segembira begini, bergelak ketawa mengimbau kenangan zaman sekolah dulu. memang betul la kata orang, zaman sekolah adalah zaman yang cukup meriangkan......dan aku selalu katakan perkara yang sama kepada pelajarku sekarang. 

aku harus berterima kasih kepada 'orang kuat', yang merealisasikan reunion ini iaitu my buddies, Wan Nor Azian dan Aishah Abas. Thanks Gurlz!!! Kepada teman2 yang lain, yang menjadikan hari ini cukup gembira, terima kasih kerana sudi hadir. Moga persahabatan kita akan terus berkekalan. InsyaAllah kita akan berjumpa lain kali (tahun depan ye!!!)

buat teman2.......WAN NOR AZIAN, FUZIAH, AISHAH, SHARIFAH ROZITA, NORSEKHA, ANITA, LINDA LEE, MAZLINA, WAFA, ZURAIDAH, NORITA, MAYZATUL, MASTURA, SITI NORAZIMAH, NORAZWA, SITI NORBAYA, RAJA ANITA, SIAH BEE YOKE, MAHIZAN, ALINAWATI, LEONG PIT TOW, TAN SEOK GEK, RAMZAN, CHEN SIEW FONG, NORLINA, NORLIN, SUZANA, YAP SZE ENG, NORLITA, PAUZANA, KONG SOOK FONG, HUEY JEN & ZURAIDAH MOHD.......TERIMA KASIH!!!!! aku sayang persahabatan kita!!!


us......Convent Kajang Girls, Class of  '83 .....





Will treasure our precious moments forever!!!!



Memorable Shots......


Norlin agak emosional bila dapat bertemu teman2 lama
dengan Leong Pit Tow......classmate...

wajah2 ceria teman2 ...... menceriakan aku...






long lost siblings .....akhirnya kami bersama......along, angah, alang dan usu...
kami yang masih vogue......hehehe
to all of us......sweet 46 ... (sori Su, sebab menumpang kek ni kejap.....hehehe)
dengan Linda Lee, yang still maintain sweet......u look beautiful girl.....
dengan Norsekha dan Zuraidah Zainal@ Jed
those happy moment.........
suasana tika kami bercerita kisah2 lama.......
mereka yang menceriakan.......suka dengan gelak Norita...
dengan Lynn, our singer....
'orang kuat' yang merealisasikan reunion, Wan Nor Azian........thanks dear!!!
with Wafa, our actress....still vogue.....
with Imah and Mastura......we used to ride Ah Chong's school bus together.....


p/s   sayang Allah, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara......

Tuesday, October 9, 2012

Aku dan Duniaku 214 - Singgah sebentar......

salam untuk sume......

alhamdulillah, aku dapat singgah lagi kat sini utk berkongsi citer dgn guests sume. pada yang selalu datang melawat tapi asyik tengok post lama je, aku mintak maaf. banyak sebab yg buatkan aku x tulis pape kat sini. (...hrmmmm, janji nak aktif balik kan...tapi hampeh tul, ntah pape tah ,kan!!???)....ok, la, sori, sori.......

hujung minggu baru ni aku balik kampung kat kajang. bukan balik saje2 je. ada conferance bahasa jepun kat um, kl selama dua hari. so, alang2 dah lama x balik, akupun join la conferance tu.....kira sambil menyelam minum air la ni..............ok la, bukan nak citer pasal conferance tu sebenarnya, tapi pasal lain.....

lepas penat 2 hari suntuk di um, ari isnin aku ambik cuti rehat khas (kat seremban dulu x pernah kot aku ambik cuti rehat ni, tapi sejak kat kluang ni, dah 2 hari aku ambik crk ni......perjalanan jauh memenatkan....)
so, ari isnin, masa nak balik kluang, aku singgahlah kat sekolah lama, sdar. sebenarnya ada tujuan aku singgah tu. nak ambik barang aku kat bilik jepun yang masih ada dan belum dikemaskan. so, bila dah sampai sana, mana naknyer sekejap. jumpa rakan2 guru yang ada kat situ, maka banyak la citernye. jumpa la jugak beberpa orang budak jepun aku. ada yang secara kebetulan, ada pulak yang tau je aku ada kat sdar, terus datang cari aku (buat aku terharu je.....fufufu).

baru lebih kurang 10 bulan tingalkan diarang, bila jumpa, masayAllah!!! dah jadi orang bujang. kata org tua2 dulu, dah besar panjang. Hazman (headboy) dah semakin tinggi, dah semakin hansem....ehem2...(memang patutpun bagi teddy bear kamu tu kat sensei, dah x patut pun kamu pegang....hehehe).

dengan Hazman......

kemudian masa kat kantin, tengah makan dengan tcher Umi, datang pulak Haziq dengan Amin. tanya la jugak perkembangan akademik dia. yang baiknya, Haziq ambil kesempatan nak ucap terima kasih dan mohon maaf atas segala kesalahan dia kat sensei dia ni (dia sorang je yang mintak maaf....). InsyaAllah Haziq akan berjaya dalam hidup nanti.........

dengan Haziq.....(Amin tukang ambik gambar, sori ye Min)

Dan akhir sekali sebelum balik, Omar Farouk pulak datang jumpa aku kat kantin. Tersengih2 dia bertanyakan khabar. aku pun sempat bertanyakan perkembangan akademiknya, sebab dah nak SPM ni....alhamdulillah, keputusan peperiksaan percubaan agak cemerlang. InsyaAllah, Omar pun akan berjaya dengan cemerlang nanti. (doa sensei moga apa yang Omar lakukan selepas ini akan beroleh kejayaan.....btw, sensei x kan lupa janji kamu pada sensei dan sensei akan tunggu, tau!!)

dengan Omar....sensei akan tuntut janji kamu, insyaAllah

dan kepada bekas pelajar2 jepun 812 yang x sempat sensei jumpa, gud luck untuk SPM dan doa sensei moga kalian akan berjaya dengan cemerlang..............

kepada rakan2 guru, khasnya Umi, Pearl n Fiza, terima kasih atas layanan yang diberikan....(walaupun aku yang kena belanja korang....hish).....aku seronok sungguh ari tu...insyaAllah, ada keluangan waktu, kita akan jumpa dan gelak2 lagi...........

aku stop kat sini dulu...insyaAllah jumpa kat lain post.....

ja mata...

p/s sayang Allah, sayang diri, sayang agama, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara

Thursday, September 20, 2012

Aku dan Duniaku 213.......terima kasih atas ingatan....

post ini khas untuk kalian..........kalian tahu siapa kalian....

salam untuk sume.....

hari ini, tanggal 20 september adalah hari istimewaku. hari aku menjenguk dunia beberpa puluh tahun dulu.....hahaha...dan alhamdulillah, segala kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ALLAH kerana telah mengizinkan aku terus untuk menghuni dunia ini. aku juga bersyukur kerana ALLAH telah mempermudahkan kehidupanku setakat ini, dan sempena ulangtahun kelahiran ini aku memohon ke hadratMU YA ALLAH agar kehidupanku selepas ini akan sentiasa dalam lindunganMU......Amin....

seawal jam 12:01 tgh malam hp dan tablet ku tak berhenti2 berbunyi tanda msg dan post fb masuk. aku tau semua itu adalah ucapan hari jadi daripada teman2, anak2 pelajar dan juga ahli keluargaku. dalam usia sebegini masih ada yang mengingati dan mengirimkan ucapan....(walaupun sebenarnya fb yang mengingatkan mereka, tapi aku menghargai ingatan mereka terhadapku di hari istimewaku ini)..... kepada teman2, anak2 pelajar dan bekas pelajar serta adik2ku, tiada balasan yang dapat kuberikan hanya ungkapan  'TERIMA KASIH'.......kalian membahagiakan hariku......

aku cuba membalas semua msg dan ucapan di wall fb menjelang 12:00 tgh malam ini. andainya ada yang tertinggal, aku mohon maaf.......akan ku cuba membalasnya walaupun telah melewati tarikh 20 sept.

akhir sekali, untuk kalian..................


TERIMA KASIH, THANK YOU
DOUMO ARIGATOU !!!

special present from pyan.....hehehe...love this!!


Jumpa lagi.....ja mata....


p/s
sayang ALLAH, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang bangsa, sayang negara


Thursday, September 13, 2012

Aku dan Duniaku 212....x sangka...


salam untuk sume....

alhamdulillah, aku berjaya 'masuk' kat sini hari ni. sambil2 stroll blog2 informasi tadi, terpikir la pulak nak post citer kat sini. tu yang aku singgah ni.....

macam aku citer kat post 211, pasal tragedi 6/9 yang lalu, ari ni genap seminggu kecedaraan aku....hehehe...cedera la sangat.........alhamdulillah luka dan bengkak terkena tebing longkang dah beransur baik. tapi apa yang memeranjatkan aku ialah bengkak dan lebam timbul di tempat lain pulak. kat lutut, kat peha dan kat lengan.....ni sume aku x rasa dan x perasan masa mula2 kena dulu. dan yang buat aku terkejut ialah bengkak kak kaki kiri aku dan lebam warna hitam......dah tebal semacamm je aku rasa kaki aku ni, dah macam kaki orng mengandung. x sangka sungguh bengkak dan lebam tu akan turun. 

mungkin silap aku jugak, sebab ari isnin ari tu aku bergerak banyank sangat kat sekolah. ye la, aku ingat dah ok, sebab bengkak dan luka dah baik. rupanya keasan drp banyak sangat bergerak dan beri tekanan pada kaki yang masih belum sembuh sepenuhnya, menyebabkan bengkak dan lebam di dalam kulit / pada otot dalaman keluar. dan hari rabu, sekali lagi aku ke klinik dan dapat cuti. nasihat doktor supaya aku rehat dan releks kan kaki tu. jangan banyak bergerak. (tapi camne x banyak bergerak, aku kena bergerak ke kelas dan mengajar. kang mengajar sambil duduk, kena tegur......cikgu mana boleh mengajar sambil duduk, kan??)

ari ni aku ke sekolah jugak. doktor nak bagi ari ni pun cuti, tapi aku kata x yah sebab kalau cuti je, mesti banyak kerja yang terbengkalai. aku x nak kerja bertimbun2. so, aku kuatkan jugak ari ni, dengan kaki berbalut, aku ke sekolah. aku cuba bataskan pergerakan. 

tapi nak gelaknya, seorang pelajar puteri tegur tadi, 
"sensei, saya cakap jangan marah eh. sensei dah x vouge sebab pakai selipar nipis......x kena la sensei pakai baju kurung cantik, tapi pakai selipar......", terkedu gak aku.....hehehe...budak2 perempuan ni peka betul dengan penambilan cikgu2 dia.
"woii, dah kaki sensei camni, camna la nak pakai heels. kalau pakai jugak, itu dah x de otak namanyer. nak cari pasal, mananyer. logik2 la pulak nak vogue pun.....", aku jawab selamba. sudahnya satu kelas gelak.....

rasanya lama jugak la aku akan berselipar ni. nak tunggu baik betul2 baru boleh pakai heels. biar la x vogue, asal selesa......hahaha..

kesimpulannya,
apa yang berlaku pada diri kita, hanya kita yang tau. sakit ke suka ke duka ke, kita yang mengalaminya dan kita yang rasa. biar la orang nak kata apa pun, yang penting kita jaga diri............

jumpa lagi....ja mata...




ke sekolah dengan kaki berbalut ari ni




p/s...sayang ALLAH, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga, sayang negara

Saturday, September 8, 2012

Aku dan Duniaku 211 - Tragedi 6 September.....peringatan untuk diri

salam untuk sume.....

cuba memenuhi janji untuk terus menulis dan bercerita kat sini. alhamdulillah ada kelapangan dan ada pulak citer yang nak dikongsi dengan guests. 

dalam hidup kita ni kadang2 kita x memikirkan apa yang akan berlaku kerana terlalu seronok dgn apa yang sedang kita lakukan. betul tak???? sebab tu kadang2 kita perlu dikejutkan oleh sesuatu supaya kita sedar yang kita perlu bersedia dengan apa yang bakal berlaku.....opppsss,...ape benda yang aku cakap ni???...hrmmmm....x pe la. nak paham2 la, x nak paham pun x pe....hehehe.... just nak mukadimahkan citer yang nak aku tulis ni.......hehehe

x pernah2 dalam hidup hampir setengah abad ni aku jatuh longkang, ari khamis 06/09 ari tu aku mencipta sejarah jadi orang pertama jatuh longkang di sekolah baru ni...... hahahaha.....selalu ingatkan budak2 supaya hati2 dengan longkang dikelling sekolah, cikgu la pulak yang lalai....

untuk makluman guests, longkang kat sekolah aku ni dalam dan lebar2. dah lah tu, x de penutup pulak (belum ditutup lagi). bila melangkah, kena berhati2 sebab saiznya adalah sebesar satu langkah orang dewasa. jadi untuk budak memang bahaya la......so, ari khamis ari tu, aku dah jadi mangsa.....

tapi, alhamdulillah insiden ni berlaku bila majlis dah selesai. oh ye, sebelum tu sekolah aku mengadakan sambutan hari raya ari tu. so, lepas majlis dalam pkl 3 aku pun bantu la cikgu2 lain mengemas peralatan majlis di sebelah kanan dewan. sekeliling dewan tu ada longkang. dalam berkemas2 tu aku bersambil jugak berborak dan bergelak2 dengan cg2 kat situ. masa tengah seronok bercerita sambil mengangkat kerusi untuk ntah macam mana masa aku melangkah longkang tu, tetiba je aku rasa kaki aku x mencecah tanah dan terjerumus ke dalam longkang. aku tergamam dan bediri dalam longkang tu. alhamdulillah tak terlentang atau terantuk kat mana2. 

lepas tu tetiba aku rasa sakit teramat sangat pada kaki kiri. dan bila aku tengok, pergelangan kaki aku dah membengkak macam telur ayam. x sangka betul cepat betul membengkak. lepas cg2 yang ada kat situ menarik aku keluar dan mendudukkan aku di tepi longkang tu, kaki ku dituam dengan ais. kakak pekerja kat situ membantu menuam sampai bengkak tu berkurangan. 

lepas tu aku rasa was2. takut2 tulang aku retak ke, patah ke. so aku ambil keputusan nak ke hospital dan x-ray. dengan bantuan sorang cg muda kat situ, aku dibawa ke kpj, kluang. selepas dix-ray, alhamdulillah x de yang patah. doktor suruh aku rehatkan kaki dan aku diberi mc 2 hari. so, jumaat dan sabtu aku betul berehat.

rupa2nya lepas 2 hari baru la aku rasa sakit2 pada tangan (yang menahan pada tebing longkang supaya aku x tumbang) dan bengkak pada bahagian lain mula kelihatan. tapi dengan ubat yang diberikan doktor, alhamdulillah semakin berkurangan. (ubat mesti habiskan sebab aku bayar rm180 untuk sume tu. 1st time bayar rawatan dan ubat mahal camtu...ye la namapun pg kpj, mesti la mahalkan, x-ray lagi......). so, 3 hari ni aku rehat di rumah.

sebenarnya, aku rasa insiden ini adalah peringatan yang Allah tunjukkan untuk aku bahawa balasan untuk terhadap perkara salah yang kita buat x semestinya di akhirat sahaja. Allah boleh berikan bila2 masa saje. dan itu aku alami hari khamis, 06/09 yang lalu. Juga aku rasakan Allah beri aku peluang untuk merehatkan diri dan lupakan seketika kerja dunia untuk bermuhasabah diri. alhamdulillah, aku yakin Allah merencanakan semua ini untuk kebaikan aku juga. alhamdulillah, apa saja yang berlaku itu ada hikmahnya yang Allah ingin berikan. dan aku mengucap kesyukuran kehadratMU YA ALLAH atas segala yang diberikan.......amin

oh ya, kepada semua guru dan kakak pekerja yang membantu aku ari tu, berbanyak2 terima kasih aku ucapkan. hanya ALLAH yang akan membalas budi kalian............

aku stop kat sini dulu.....insyaAllah kita jumpa di post lain.....


TRAGEDI 6 SEPT.....
masih mampu bergelak walaupun dalam kesakitan


cuba menahan kesakitan.............





sayang Allah, sayang agama, sayang diri, sayang keluarga dan sayang negara