Monday, December 28, 2009

Aku dan duniaku 138 ..... hansem2 nyer diaorng.....

salam untuk semua ...........

26/12 mlm semlm, aku ke majlis makan malam sdara kat putrajaya. pegi pun bukan atas jemputan personal tapi sebagai guru pengiring pasukan orchestra....(kira menemankan member aku, cg shazreen la ni....) petang aku dah survey tempat (nak tau jalan, takut sesat malam nanti...). pastu tu balik umah, siap dan jam 6:30 bertolak ke putrajaya......

sampai2 je, dah ramai kat lobi, meja pendaftaran...(sdara riuh bersembang sesama mereka, bertanya khabar dan bertukar cerita.......)lepas check meja, aku pun masuk. grand jugak la setting dewan (dewan seri endon). meja cg sdar kat depan.....(dekat dn meja vvvip.....oh ye, jemputan ialah tun dr mahathir mohamad dan isteri......)so, dapat la tengok dgn jelas tetamu dan persembahan.
setting dewan..........


lepas tun dan isteri masuk, 6 orn pelajar sdar menyanyikan lagu sdar (semangat sungguh diaorang....)dengan iringan kugiran ramd. pastu ucapan, ucapan dan makan. (makan ok la sedap...makanan melayu.... ada rendang, dalca, acar timun, sambal udang......). lepas makan penyampaian hadiah penghargaan untuk 3 pasukan cemerlang sekolah iaitu wind orchestra, ragbi u15 dan raluca formula 1. lepas tu tun dan isteri pun balik.......

nyanyian lagu sekolah oleh budak2 wind ...(ad hoc ni..)


lepas tu la sume tetamu ambil peluang untuk jumpa kenkawan dan ambik gambar. bagi aku, tak ramai bekas pelajar yang aku kenal. yang datang jumpa aku dalam 15 orang ada la..... batch '903 iaitu faizal(g-baq), amirul hilmi, amirul senan, saifullah, sheirman (atok), aizuddin dan asyraf. batch '004 pulak yang datang jumpa aku ialah ariff, saufi afif, iskandar, hazarul, fahmi dan shuib. dan batch '105, salam sorang je....batch '307, aku nampak rizal, akhbar, iqbal, nizar.... batch '408 aku nampak hazwan je.....(sori x nampak yang lain.......budak2 x-wind ni memang rajin dan back bone wind junior diaorang..........)dan batch '509 ialah harris aka gan-d.....

batch '903 (berdiri) aizuddin, saifullah, amirul, asyraf, amirul hilmi
(duduk) sheirman (atok), aku, faizal (g-baq)


batch '004~ ariff, saufi, iskandar, aku, hazarul, shuib


bersama salam...... batch '105


dulu aku biasa tengok diaorang dgn unifom sekolah, tapi malam tu aku tengok diaorang melaram dengan batik, kot dan kemeja casual, bukan main hansem2 lagi.......... (ye la kan, sume dah dewasa....... cam g-baq n geng, sume dah kerja....). dlm waktu yang singkat tu, sempat jgk la aku tanya perkembangan terkini diaorang dan kenkawan yang x hadir. seronok dgr kejayaan diaorang......(cume terkilan sebab tak ramai batch sg gadut yang datang......kenapa ye??) tapi pape pun, seronok jumpa diaorang............memang sumenye kacak2 belaka....hehehhe.....

thanks guys sebab datang mencari kami (aku, cg sahak, cg salehuddin, cg hazman dan cg shazreen....)malam tu........... moga kalian sukses dalam hidup...........insyaAllah........ (do keep in touch k........)

Thursday, December 24, 2009

Aku dan duniaku 137 ..... PMR, untuk kamu yang 13 orang....

salam untuk semua......

result pmr sume dah tau. alhamdulillah batch 711 telah berjaya membuktikan kepada semua yang mereka mampu untuk meraih kejayaan dan mencipta sejarah sendiri. tahniah diucapkan. kepada 121 orang yang mendapat 8A pastinya tak putus2 menerima ucapan tahniah......(biasa la tu, bila dah berjaya .......tu belum lagi hadiah2 yang dijanjikan ..... dua tiga hari ni tak putus la senyum diaorang............)

tapi disebalik ucapan tahniah yang 121 orang itu terima, jangan la lupa pada 13 orang lagi yang turut menyumbang kepada kejayaan batch 711 ini. walaupun tak berjaya menperoleh 8A, namum 7A dan 6A yang diaorang dapat tu turut membantu mencatat kejayaan cemerlang batch ini. tahniah juga patut diucapkan pada diaorang. pastinya diaorang yang 13 tu tak meraikan kejayaan ini seperti yang diraikan oleh 121 orang tu. malah mungkin ada yang menerima habuan kemarahan ayah..... atau mungkin ada yang mengurung diri dalam bilik(tak tau la berapa lama....)

tapi untuk kamu yang 13 orang tu, jangan la rasa rendah diri. berbangga la dengan keputusan yang kamu perolehi kerana kamu juga telah menyumbang untuk kejayaan sekolah sebenarnya...... pmr hanya la langkah pertama kamu untuk meneruskan kehidupan dalam dunia pendidikan ini......... spm
dan universiti masih ada menunggu untuk mencorakkan kehidupan kamu. bersyukur la dengan apa yang telah kamu capai dan perolehi. kejayaan pmr ini hanya seketika. persiapkan la diri untuk subjek ting. 4 yang lebih mencabar. bina la azam baru sempena 2010 untuk mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna selepas ni.....dan yang penting, apa yang berlaku itu, insya ALLAH ada rahmahnya dari ALLAH nanti.........

kesimpulannya......... orang yang berjaya adalah orang yang bangun semula setelah jatuh dan berusaha untuk berjaya dan bukannya orang yang terus berbangga dengan satu kejayaan yang diperolehinya tanpa perlu berusaha............untuk kamu yang 13 orang..........tahniah dan semoga terus berusaha untuk berjaya.......!!!!

tahniah untuk semua .....!!!!

Monday, December 21, 2009

Aku dan duniaku 136 ..... cerita2 cuti...

salam untuk semua.............

lama aku 'cuti' menulis kat blog ni. mungkn tempias cuti sekolah kot. aku ni bila time cuti memang malas nak buat pape (yg berkaitan dgn keje2 sekolah la...so, termasuk la nak tulis post utk blog ni......) kalau boleh nak betul2 releks.... nak manja kan badan...... (cam pegi spa ke, facial ke..... hehehe.... mcm la pegi buat sume tu.....). tapi sebenarnya banyak citer aku nak tulis. banyak benda yang berlaku masa cuti ni....... so, aku citer la beberapa ye...


citer cuti 1

aku baru dapat anak buah baru 6/12 ari tu. so lebih kurang seminggu aku berulang alik la ke rumah adik aku jaga adik ipar dan baby baru. kira2 jadi pengasuh la ni.... hehehe... masalah nye bukan jaga baby tapi jaga 3 orang yang dah besar2 tu. bukan main susah nak jauhkan diaorang dari baby. asyik berkerumun mencium si baby tak sudah2. sampai tak bg peluang sibaby nak tido. so, sudahnya aku terpaksa angkut 3 orang tu keluar pg jalan2. bila dah jalan2 ni maksudnya melayang la kandungan dompet aku...... tapi tak pe la.... aku suka tengok anak2 buah aku seronok....... hehehe.....(tapi kalau hari2 , mau papa aku dibuatnye.......)


citer cuti 2

15 ~ 17/12 aku pg mesyuarat kat putrajaya. (dalam cuti pun kena pegi.....hah! sape kate cikgu banyak cuti tu....sume tak betul tau...!! masa cuti pun kena pegi mesyuarat, kena pegi sekolah.....). mesyuarat tentang perancangan bahasa jepun 2010.....(aku salah sorang panel ka kiranya.......). mula 8:30 pagi sampai 6:00 ptg (kami cg2 jepun ni memang keje sampai lewat. selagi target keja ari tu tak siap, kami tak berhenti........kira mcm orang jepun la ni....... memang pun sebab kami dah terpengaruh dengan budaya keje org jepun......). akhirnya hari akhir mesyurat, perancangan yang dibuat berjaya dihasilkan dan akan diedarkan kesekolah2 awal tahun 2010 nanti.


citer cuti 3


18 & 19/20, aku sibuk bantu adik aku buat cupcakes untuk wedding anak sepupu aku. sebab adik ipar aku tak boleh nak bantu sebab masih dalam pantang, maka aku mengoffer diri la untuk bantu....(pada hal bukan pandaipun buat keje2 tu.......) aku hanya bantu bakar dan packing je. tapi penat jugak tau...... 1200 biji nak buat....... dua hari tu, kami tidor jam 4 pagi. esok nye pukul 8 dah mula buat balik........ 20/12 pulak sibuk kat rumah sepupu, wedding anak dia. sampai la pukul 4 ptg. lepas tu buat simple birthday party untk danial, anak buah aku. pg jgk kejap cari kek ...(nasib baik hadiah dah beli awal....... cakap pasal hadiah ni, aku terpaksa beli untuk semua anak buah, 7 orang....... kalau tak, nanti ada yang meraung......maksudnya setiap kali birthday sorang anak buah, aku kena beli 7 hadiah....... so diaorang akan dapat 7 hadiah setahun....... hahaha..... x ke kedana aku ni setiap kali birthday anak buah.........tapi nak buat camne kan....... aku sayang anak2 buah aku......... )


citer cuti 4

yang ni kira paling best la sebab aku dapat tengok anak buah aku, aqiela, yang dah 7 bulan aku tak jumpe. sume ahli keluarga aku seronok sungguh...... melayan dia sampai x jadi keje. 3 hari dia dengan famili aku, memang seronok la......tambahan lagi masa last jumpe dulu dia baby lagi dan kali ni dia dah besar (dan 1 tahun lebih), dah pandai main, sernk sungguh mengacah2 dia. sampai menjerit dia dek rimas. so, mengasuh lagi la aku 3 hari tu....... penat pun tak terasa sebab aku seronok..........


citer cuti 5


............................... hrmmm....... belum ada lagi.....nanti aku sambung la..... oh ye.. tadi dapat surat saman speeding yang ntah bila, aku pun tak tau....(kering lagi la poket aku.......)


kesimpulan......
kira setakat ini cuti aku terisi jugak la, walaupun bukan untuk diri sendiri. tapi aku seronok..........anak2 buah aku membahagiakan aku........(oh ye..... aku bawak anak2 buah aku tengok wayang awal cuti ari tu.......)

anak2 buah aku.............
(baby je x de...)

Thursday, December 10, 2009

Aku dan duniaku 135 ..... plan A, plan B.....

salam untuk semua.........

malam 8 dis aritu aku ke majlis dinner/farewell meranti 059. habis dah seksaan spm diaorang. berakhir la hidup diorang kat asrama. pastinya 5 tahun tu bnyk menyimpan kenangan dan menjadi pengajaran dalam hidup diaorang. sblm majlis ni sume cikgu ternanti2 camne la agaknya gemilangnya majlis ni nanti. mana tak nyer, sambutan ari guru, bukan main grand, hari terbuka asrama, paling gemilang dan pastinya dinner diaorang paling outstanding la.......kira dalam hal2 majlis besar2 ni batch meranti ni la yang paling canggih sekali. so, tak salah la kalau cikgu2 mengharapkan dinner/farewell diaorang ni majlis paling kemuncak dan outstanding.........

tapi...... kita merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya.

pada mula nyer sume berjalan seperti yang dirancang. sambutan dengan usher untuk setiap cikgu (terus dapat cenderamata lagi....), dinner ala bbq di tepi pantai sambil diulit bayu laut yang lembut.......... stage dan backdrop yang cukup cantik walaupun simple....... laptop, screen dan lcd yang tersedia untuk tayangan.....(pastinya rakaman memori diaorang kat sdar....)....... dan hidangan bbq yang cukup enak......mc yang bersahaja tetapi menghiburkan.......... kira perfect la!!!!




suasana gemilang di tepi pantai........

tapi, separuh jalan..... time batch leader, Rahim berucap, gerimis mula turun...... ok lagi la.... tahan jugak.... tapi bila time HM berucap...... gerimis menjadi titik2 kasar dan mula membasahi baju cikgu2 (yang cantik2 dan glamor tu......) dan air mula memenuhi gelas2 kosong di atas meja....... masih boleh bertahan rasanya..... tapi akhirnya terpaksa mengalah dengan kudrat alam..... dan majlis bertukar ke plan b (nasib baik ada plan b.......) maka majlis pun berpindah ke ruang lobi resort.............. sume perlu diangkat dan dibawa ke ruang lobi........... maka kelam kabut gak la sekejap bila pindah randah ni........... (nampakla muka2 kecewa beberapa orang pelajar..........)


suasana 'kurang selesa' di ruang lobi....... plan b

bila dan camni, banyak la pulak ketidaksempurnaanya.......... tempat sempit...... makanan meja jemputan (meja2 cikgu....) jadi tak sempurna........ ada yang x cukup, ada benda yang x de....... dan macam2 lagi..... perjalanan asal majlis terganggu...... layar berjaya dipasang tapi tak de apa yang ditayangkan.....(tertunggu2 jgk cikgu nak tengok apa yang akan ditayangkan..............) ..... tup, tup... dah penyampaian cenderamata untuk HM dan mc umumkan majlis bersurai........ (hrmmm........... aku tertanya2 jgk, mana majlis kemuncaknye....???.... tapi ye la. nak buat camnekan........satu lagi..... betul ke ada plan b????)

tapi pape pun, aku secara peribadi nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua merantian khasnya jawatankuasa majlis ini kerana telah berusaha untuk merealisasikan majlis ini walaupun tak seperti yang dirancang. yang penting ingatan dan penghargaan untuk cikgu2 tu. ambil la iktibar terhadap apa yang telah berlaku. insyaALLAH ada hikmah di sebaliknya.



untuk merantian 059, selamat menempuh dunia kehidpan baru dan semoga sukses selalu......!!!!



pengajarannya......... perancangan awal yang rapi dan teliti perlu dilakukan sebelum membuat sesuatu ....khasnya jika apa yang ingin dibuat tu sesuatu yang besar. perbincangan dengan pihak2 tertentu perlu untuk memastikan tidak ada masalah besar yang timbul......surprise istimewa yang hendak dibuat akan berlaku sebaliknya jika perbincangan dan perancangan teliti tidak dilakukan.............kita hanya merancang, tapi ALLAH yang menetukan........

Tuesday, December 8, 2009

Aku dan duniaku 134 ..... bertambah sorang lagi....

salam untuk semua.........

06/12/2009, 10:36 pagi, bertambah sorang lagi anak buah aku...... menjadi 7 orang...... (anak buah dah ramai.... anak sendiri bila la lagi...... hrmmmm....... no komen...). alhamdulillah..... ibu (adik ipar aku...) dan baby sihat2 je.....


baby ni lelaki. so sekarang, aku ada 6 anak buah lelaki dan sorang perempuan...... (gen keluarga aku ni susah nak dapt anak perempuan agaknya...... adik beradik aku 5 orang pun, aku sorang je perempuan......tapi bagus jugak sebab manja sikit...... sampai sekarang pun, dah tua ni aku masih manja dengan emak dan adik beradik aku......diaorang jaga sungguh aku ni......macam aku budak sekolah.......)


nama tak bagi lagi, tapi perancangannya mohamad danial faris. mak aku (si nenek la....) yang nak nama tu......oh ye, berat baby 3.2kg...... biasa je....

moga kehadiran insan baru dalam keluarga aku ni, akan menambahkan ceria dan memurahkan lagi rezeki aku seke
luarga......insyaALLAH......


selamat datang ke dunia.......

Sunday, December 6, 2009

Aku dan duniaku 133 ..... buat 14 orang kamu....

salam untuk semua...........

sekarang dan waktu ini 14 orng pelajar jepun aku sedang bergelut menjawab soalan peperiksaan bahasa jepun level 4 (jlpt) di upm. 7 orng peljar tingkatan 4 dan 7 orng juga pelajar tingkatan 3.
moga diaorang dapat menjawab soalan2 tu nanti.

tiap2 tahun (kecuali tahun 2008.....) akan ada 3/4 orang pelajar yang aku akan proceed untuk ambik exam ini. tapi tahun ni entah kenapa, ramai pulak yang nak ambik. alhamdulillah. dan yang ambik ni semua yang memang ok bahasa jepun diaorang. dan insyaALLAH diaorang akan lulus.

sebelum ambik exam ni, aku dan sorang lg cg jepun, hafiza sensei dan buat sedaya yang boleh untuk bantu diaorang. banyak kelas tambahan yang kami buat. dan hari jumaat dan sabtu, semalam aku buat intensif class untuk diaorang. itu je yang terdaya aku buat. selebihnya aku serahkan kat diaorang.....aku dah bekalkan bahan2 untuk ulangkaji masa cuti dan nampaknya diaorang dah buat ulangkaji pun.....(masa kelas intensif aku uji diaorang......)

aku bangga sebab tahun ni yang paling ramai sekali yang ambik exam ni. dan aku tengok f4 dan f3 tahun ni ramai yang cemerlang bahasa jepun banding dengan tahun2 sebelum ni..... alhamdulillah, walaupun bukan subjek exam, tapi diaorang tunjukkan minat dan kesungguhan untuk menguasai bahasa jepun ini.

buat izrin, faisal, dzarif, bakhtiar, zulfahmi, wafiy, akmal (f4), kamarul, solehin, azidi, sadiy, amirul ridzuan, amirul ashraf dan harris (f3), sensei doakan semoga kalian dapat menjawab soalan exam dengan baik dan berjaya lulus dalam exam ni.....insya ALLAH......

.
ulangkaji akhir sebelum masuk dewan exam


みんな、がんばってくださいね......................

Saturday, December 5, 2009

Aku dan duniaku 132 ...... 20 tahun yang penuh makna....

salam untuk semua......

01/12/2009 yang lalu mencatat satu lagi sejarah dalam hidup aku. pada tarikh itu genap 20 tahun aku berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. (wei...!!!! lama tuuuuu.........nampak sgt dah tua kan......) tanpa aku sedar, 20 tahun aku dah menyumbang bakti kepada alam pendidikan. macam2 pengalaman yang aku dapat. ada yang manis, pahit, masam, kelat..... dan macam2 lagi la...... alhamdulillah, sepanjang 20 tahun itu aku berjaya menempuh semua rintangan yang datang dalam hidup....... pernah bahagia, pernah kecewa, pernah bercinta....(hrmm...... nanti jap nak pikir.... kira bercinta tak tu.....hrmmm????????),pernah hampir menjadi milik orang.....(ehem.... betul tau! jangan x caya) pernah jatuh, pernah accident, pernah menerima anugerah pendidikan....... pernah terbang keluar negara, pernah giveup, pernah stress, pernah mengamuk,...... dan macam2 pernah la.............pendek kata mengalami hidup seperti manusia biasa, pernah mengalami hampir semuanya........

bila mengimbau semula saat mula2 aku di alam pekerjaan, khasnya di sekolah tempat aku mula2 mengajar dulu .....convent bukit nanas kl..... aku cukup bernostalgia....(jiwang la cikit....) aku cukup bahagia di sana. pelbagai perkara baru aku pelajari.........dan aku rasakan apa yang aku dapat selama 5 tahun aku di sana, menjadikan siapa aku skrg ini. dan kemudian ditambah dengan pengalaman2 lain selepas itu........... di jepun dan seterusnya di sdar ini. banyak perkara tentang kehidupan yang aku pelajari....... sememangnya manusia ni akan terus belajar selama hayatnya......

aku mengharapkan agar aku dapat menyumbang untuk 20 tahun lagi....(x dapat pun...... pencen dulu laaaa......) aku mengharapkan agar lebih banyak perkara yang aku akan pelajari dan pengalaman yang akan aku perolehi selepas ini........... dan aku mengharapkan agar aku akan menjadi insan yang lebih baik daripada siapa aku sekarang.............. insya ALLAH

Ya ALLAH, aku mengucap syukur ke hadratMU atas segala nikmat dan rahmah yang ENGKAU limpahkan buat ku selama ini dan aku memohon agar ENGKAU jadikan kehidupan ku lebih bermakna dengan pentunjukMU. ENGKAU jadikanlah aku insan pendidik yang dapat mencurahkan ilmu dengan ikhlas dan tanpa ragu2. Dan ENGKAU bukakan lah pintu hati ku untuk terus menerima ilmu2 dunia dan akhirat Ya ALLAH. Amin

Thursday, December 3, 2009

Aku dan duniaku 131 ...... susahnya menjaga 'sidia'

salam untuk semua...........

lama aku tak menulis. bukan apa, sibuk melayan 'sidia' aku yang baru tu. susah rupanya bila ada yang tersayang ni. tak sanggup nak berjauhan. fuh..... kadang2 tu menuntut dibelai2 pulak. penat aku nak melayan. tapi..... layan la jugak. nak buat camne kan. nak kena jaga la hati 'sidia' tu. nanti buat ragam pulak. lagipun baru nak kenal, baru nak biasa2 kan diri............

'sidia' aku ni putih melepak. kulit pulak gebu lagi. cantik tu!!!! (pada aku cantik la sebab aku yang pilih...... orang lain kata x cantik, dia punya pasal la...... apa aku peduli...) so kena la selalu dibelai untuk kekalkan kecantikan tu. kulit melepak tu kena cuci selalu. tak nanti, bercapuk2. x cantik. bila bawak jalan2 pun kena jauh2 kan 'sidia' dari air dan lopak.....nanti comot. lepas hujan kena cuci kulit tu supaya kekal putih melepak........baru 3 minggu mengenali 'sidia' ni, dah 2 kali aku hantar beautician, mekapkan 'sidia'. (dengan 'sidia' yang lama aku buat 2/3 bulan sekali kot....). tapi tak pe...... sayang punye pasal...... hehehe....

belanja 'makan' untuk 'sidia' ni jangan kira la..... yang dulu aku bagi RN95 je, tapi yang ini RN97. bukan x boleh 'sidia' makan 95 tapi untuk kekalkan kecantikan dalamannya aku kena bagi yang mahal sikit (bila dah lama kenal nanti baru la aku tukar......takut aku pulak tak makan nanti.... heheheh.......) ........tapi tak pe la....... sayang punye pasal.......

kenapa aku manjakan sangat 'sidia' kali ni?...... mesti ada yang tanya kan. bukan apa, susah aku nak dapat 'sidia' ni. memang sejak dulu lagi aku memang dah jatuh cinta dengan 'sidia' ni. tapi waktu tu tak mampu nak dekat dengan 'sidia', apatah lagi memilikinya. so, pastu aku berazam la satu hari nanti aku mesti dapatkan 'sidia'. 'sidia' mesti jadi milik aku. dan alhamdulillah....... tahun ini akhirnya 'sidia' berjaya jadi milik aku. dan aku akan bersama 'sidia' untuk jangkamasa yang panjang lepas ni........ (kalau aku tak berubah hati la....... hheheheh...)

pengajarannya untuk aku......... jaga la apa yang kita miliki sebaiknya kerana kita tak kan tahu sampai bila ia kan menjadi milik kita.......... bila kita dapat benda yang memang telah lama kita idamkan, perasaan yang hadir itu sungguh berlainan..... aku merasai itu..... harapnya biarla sayang aku kali ini berterusan walau diusia mana juga 'sidia'...................


'sidia' aku yang baru.........
(x boleh tunjuk body, nanti ramai yang jatuh cinta..... hehehe....)