salam untuk semua...........
lama aku tak menulis. bukan apa, sibuk melayan 'sidia' aku yang baru tu. susah rupanya bila ada yang tersayang ni. tak sanggup nak berjauhan. fuh..... kadang2 tu menuntut dibelai2 pulak. penat aku nak melayan. tapi..... layan la jugak. nak buat camne kan. nak kena jaga la hati 'sidia' tu. nanti buat ragam pulak. lagipun baru nak kenal, baru nak biasa2 kan diri............
'sidia' aku ni putih melepak. kulit pulak gebu lagi. cantik tu!!!! (pada aku cantik la sebab aku yang pilih...... orang lain kata x cantik, dia punya pasal la...... apa aku peduli...) so kena la selalu dibelai untuk kekalkan kecantikan tu. kulit melepak tu kena cuci selalu. tak nanti, bercapuk2. x cantik. bila bawak jalan2 pun kena jauh2 kan 'sidia' dari air dan lopak.....nanti comot. lepas hujan kena cuci kulit tu supaya kekal putih melepak........baru 3 minggu mengenali 'sidia' ni, dah 2 kali aku hantar beautician, mekapkan 'sidia'. (dengan 'sidia' yang lama aku buat 2/3 bulan sekali kot....). tapi tak pe...... sayang punye pasal...... hehehe....
belanja 'makan' untuk 'sidia' ni jangan kira la..... yang dulu aku bagi RN95 je, tapi yang ini RN97. bukan x boleh 'sidia' makan 95 tapi untuk kekalkan kecantikan dalamannya aku kena bagi yang mahal sikit (bila dah lama kenal nanti baru la aku tukar......takut aku pulak tak makan nanti.... heheheh.......) ........tapi tak pe la....... sayang punye pasal.......
kenapa aku manjakan sangat 'sidia' kali ni?...... mesti ada yang tanya kan. bukan apa, susah aku nak dapat 'sidia' ni. memang sejak dulu lagi aku memang dah jatuh cinta dengan 'sidia' ni. tapi waktu tu tak mampu nak dekat dengan 'sidia', apatah lagi memilikinya. so, pastu aku berazam la satu hari nanti aku mesti dapatkan 'sidia'. 'sidia' mesti jadi milik aku. dan alhamdulillah....... tahun ini akhirnya 'sidia' berjaya jadi milik aku. dan aku akan bersama 'sidia' untuk jangkamasa yang panjang lepas ni........ (kalau aku tak berubah hati la....... hheheheh...)
pengajarannya untuk aku......... jaga la apa yang kita miliki sebaiknya kerana kita tak kan tahu sampai bila ia kan menjadi milik kita.......... bila kita dapat benda yang memang telah lama kita idamkan, perasaan yang hadir itu sungguh berlainan..... aku merasai itu..... harapnya biarla sayang aku kali ini berterusan walau diusia mana juga 'sidia'...................
dah pindah tempat kerja ke......
ReplyDeletesensei dah mcm org lelaki la suka kereta. hehehe
ReplyDeletesifu.....
ReplyDeletetak jadi la. orang tak nak kat kite. so, masih kat sdar.... hehehe
taufik.....
baru sikit2 je.... belum extreme lagi... heheheh...