Monday, December 28, 2009

Aku dan duniaku 138 ..... hansem2 nyer diaorng.....

salam untuk semua ...........

26/12 mlm semlm, aku ke majlis makan malam sdara kat putrajaya. pegi pun bukan atas jemputan personal tapi sebagai guru pengiring pasukan orchestra....(kira menemankan member aku, cg shazreen la ni....) petang aku dah survey tempat (nak tau jalan, takut sesat malam nanti...). pastu tu balik umah, siap dan jam 6:30 bertolak ke putrajaya......

sampai2 je, dah ramai kat lobi, meja pendaftaran...(sdara riuh bersembang sesama mereka, bertanya khabar dan bertukar cerita.......)lepas check meja, aku pun masuk. grand jugak la setting dewan (dewan seri endon). meja cg sdar kat depan.....(dekat dn meja vvvip.....oh ye, jemputan ialah tun dr mahathir mohamad dan isteri......)so, dapat la tengok dgn jelas tetamu dan persembahan.
setting dewan..........


lepas tun dan isteri masuk, 6 orn pelajar sdar menyanyikan lagu sdar (semangat sungguh diaorang....)dengan iringan kugiran ramd. pastu ucapan, ucapan dan makan. (makan ok la sedap...makanan melayu.... ada rendang, dalca, acar timun, sambal udang......). lepas makan penyampaian hadiah penghargaan untuk 3 pasukan cemerlang sekolah iaitu wind orchestra, ragbi u15 dan raluca formula 1. lepas tu tun dan isteri pun balik.......

nyanyian lagu sekolah oleh budak2 wind ...(ad hoc ni..)


lepas tu la sume tetamu ambil peluang untuk jumpa kenkawan dan ambik gambar. bagi aku, tak ramai bekas pelajar yang aku kenal. yang datang jumpa aku dalam 15 orang ada la..... batch '903 iaitu faizal(g-baq), amirul hilmi, amirul senan, saifullah, sheirman (atok), aizuddin dan asyraf. batch '004 pulak yang datang jumpa aku ialah ariff, saufi afif, iskandar, hazarul, fahmi dan shuib. dan batch '105, salam sorang je....batch '307, aku nampak rizal, akhbar, iqbal, nizar.... batch '408 aku nampak hazwan je.....(sori x nampak yang lain.......budak2 x-wind ni memang rajin dan back bone wind junior diaorang..........)dan batch '509 ialah harris aka gan-d.....

batch '903 (berdiri) aizuddin, saifullah, amirul, asyraf, amirul hilmi
(duduk) sheirman (atok), aku, faizal (g-baq)


batch '004~ ariff, saufi, iskandar, aku, hazarul, shuib


bersama salam...... batch '105


dulu aku biasa tengok diaorang dgn unifom sekolah, tapi malam tu aku tengok diaorang melaram dengan batik, kot dan kemeja casual, bukan main hansem2 lagi.......... (ye la kan, sume dah dewasa....... cam g-baq n geng, sume dah kerja....). dlm waktu yang singkat tu, sempat jgk la aku tanya perkembangan terkini diaorang dan kenkawan yang x hadir. seronok dgr kejayaan diaorang......(cume terkilan sebab tak ramai batch sg gadut yang datang......kenapa ye??) tapi pape pun, seronok jumpa diaorang............memang sumenye kacak2 belaka....hehehhe.....

thanks guys sebab datang mencari kami (aku, cg sahak, cg salehuddin, cg hazman dan cg shazreen....)malam tu........... moga kalian sukses dalam hidup...........insyaAllah........ (do keep in touch k........)

6 comments:

  1. cikgu rupanya... pis pis...
    ternampak kelibat cikgu... kami yg dok wat havoc kt sebelah tepi dewan tuh... heheh...
    tahniah cikgu atas kejayaan cikgu dan murid2 dan juga sdar itself...
    -azwan948-

    ReplyDelete
  2. tq azwan....teruskan la memberi sokongan k...

    ReplyDelete
  3. no prob cikgu... fyi, hazman tuh junior saya dulu... dgn cikgu sahak mmg kamceng dulu.. selalu ler hambat saya rotan kt hostel hehee....

    feel free to visit sdar old boys rugby blog at http://sdarlions.blogspot.com...

    goodey...

    ReplyDelete
  4. Sori snsei...bkn batch sg gadut xnak dtg. Sy br stat cuti n kt JB skng ni, duk umah. Kalo sy ada kt KL, Insya Allah sy dtg & akan ajk geng2 lain.

    ReplyDelete
  5. hrmm.....x pe la zed...lain kali boleh join...

    ReplyDelete