Thursday, December 24, 2009

Aku dan duniaku 137 ..... PMR, untuk kamu yang 13 orang....

salam untuk semua......

result pmr sume dah tau. alhamdulillah batch 711 telah berjaya membuktikan kepada semua yang mereka mampu untuk meraih kejayaan dan mencipta sejarah sendiri. tahniah diucapkan. kepada 121 orang yang mendapat 8A pastinya tak putus2 menerima ucapan tahniah......(biasa la tu, bila dah berjaya .......tu belum lagi hadiah2 yang dijanjikan ..... dua tiga hari ni tak putus la senyum diaorang............)

tapi disebalik ucapan tahniah yang 121 orang itu terima, jangan la lupa pada 13 orang lagi yang turut menyumbang kepada kejayaan batch 711 ini. walaupun tak berjaya menperoleh 8A, namum 7A dan 6A yang diaorang dapat tu turut membantu mencatat kejayaan cemerlang batch ini. tahniah juga patut diucapkan pada diaorang. pastinya diaorang yang 13 tu tak meraikan kejayaan ini seperti yang diraikan oleh 121 orang tu. malah mungkin ada yang menerima habuan kemarahan ayah..... atau mungkin ada yang mengurung diri dalam bilik(tak tau la berapa lama....)

tapi untuk kamu yang 13 orang tu, jangan la rasa rendah diri. berbangga la dengan keputusan yang kamu perolehi kerana kamu juga telah menyumbang untuk kejayaan sekolah sebenarnya...... pmr hanya la langkah pertama kamu untuk meneruskan kehidupan dalam dunia pendidikan ini......... spm
dan universiti masih ada menunggu untuk mencorakkan kehidupan kamu. bersyukur la dengan apa yang telah kamu capai dan perolehi. kejayaan pmr ini hanya seketika. persiapkan la diri untuk subjek ting. 4 yang lebih mencabar. bina la azam baru sempena 2010 untuk mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna selepas ni.....dan yang penting, apa yang berlaku itu, insya ALLAH ada rahmahnya dari ALLAH nanti.........

kesimpulannya......... orang yang berjaya adalah orang yang bangun semula setelah jatuh dan berusaha untuk berjaya dan bukannya orang yang terus berbangga dengan satu kejayaan yang diperolehinya tanpa perlu berusaha............untuk kamu yang 13 orang..........tahniah dan semoga terus berusaha untuk berjaya.......!!!!

tahniah untuk semua .....!!!!

3 comments:

  1. Masa saya dapat result dulu, dapat 7A1B, on da way balik, bapak saya dok puji je la sbb kat adik-beradik saya,saya paling highest...tapi saya senyap je...balik tu, masuk bilik kakak saya(saya x de bilik), tekap muka kat bantal pastu nangis...macam drama la...dah abis nangis kuar bilik buat muka macam x de pape berlaku pun...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Tahniah...syabas dan bangga kpd Pentadbir, guru2 pekerja, pelajar dan warga sekolah....... matlamat kejayaan hidup adalah kebahagiaan dan jiwa yg tenang dan rahmat Allah Taala...... kunci penyempurnaan kajayaan itu adalah doa ibu..... pintu kajayaan itu adalah munajat ayah...... ws....

    ReplyDelete
  3. iqbal....

    hehehhe....kenangan kan iqbal.sebab tu la sensei kata kena bersyukur...kamu je rasa gagal tapi keluarga dah cukup bangga....studi sekarang ni la yang lebih mencabar kan?


    sifu,

    terima kasih sifu atas kata2 semangat yang diberikan....

    ReplyDelete