Sunday, August 30, 2009

Aku dan duniaku 107 ...... rancangan yang tak menjadi

salam untuk semua...............
tengahari tadi adik aku cadang nak pergi shopping beli baju raya anak2 dia. so, aku pun tumpang ikut la. ingatkan cuti 3 hari direct ni tak ramai la orang kat kl. mesti warga kl balik kampung. tambahan pulak bulan puasa ni. tapi sangkaan aku meleset. memang warga kl balik kampung, tapi warga kampung pulak ambik kesempatan datang kl.

macam ni la suasana kat tempat yang aku pergi...............
kesibukan di sogo....(barisan di kaunter bayaran punya lah panjang....)

kesesakan di bazar ramadhan jalan tunku abdul rahman

akibat kesesakan ni adik aku ambik keputusan batalkan saje rancangan nak shopping. sudahnya tak sampai 1 jam kat jalan tar, kami pun balik (rekod ni..... sebab biasanya paling kurang mesti 3 jam kat sini..............)

*frust jugak x dapat shopping sebab aku bukan main semangat lagi. tapi aku pun bukan jenis yang suka bersesak2 camni....... elok jugak la tak jadi. yang bagusnya, duit tak melayang ari ni................alhamdulillah....

Tuesday, August 25, 2009

Aku dan duniaku 106 ........ alahai ptk

salam untuk semua............

pagi tadi bersama ribuan para guru seluruh malaysia aku menduduki peperiksaan penilaian tahap kecekapan (ptk) kat smap labu. lama tak duduk dalam dewan peperiksaan sebagai calon, rasa pelik pulak. (ye la.... selalunya jaga budak exam, kali ni diri sendiri ambik exam.......). sampai je kat smap (9:45 pg) aku tengok dah ramai yang masuk dewan. semangatnye diaorang ni..... dah tu pulak masing2 dengan buku rujukan kat tangan..... gerun jugak aku..... sakan betul cikgu2 ni studi untuk ptk. aku selamba je.... dah la tak studi ape pun. buku bukan main lagi semagat beli. tapi bukaknye tak. cantik lagi. (tak de masa la....... balik kampung tolong adik ipar buat kuih tempahan raya...) pape pun ambik exam tetap ambik......
ada 2 paper. satu tentang p&p. satu lagi umum (pasal dasar2, surat pekeliling dan macam2 lg la....). paper p&p, ok la sebab ada kena mengena dengan kerja aku. tapi itupun 'panas' juga la kepala ni pikirkan jawapan nye. aku cukup tak suka soalan objektif. sebabnye jawapan tu sume betul dan boleh pakai. kena cari yang paling tepat. lagipun tak boleh nak 'goreng'. masa belajar dulu aku lebih suka jawab soalan subjektif atau soalan esei sebab boleh nak 'goreng' dan boleh dapat markah kesian kat cikgu atau lecturer. tapi objektif tak boleh. kalau dah salah, salah la.....
paper umum pulak....... aduh!! biol kepala rasanye. ntah pape la soalannye. (bagi aku yang tak studi ni, ntah pape la......hehehe...) menguji minda dan kewarasan betul..... aku jaawab jugak la mengikut kemampuan otak aku ni. tengok la keputusannye nanti.......(kalau tak ok, ko la.....)
tapi pape pun, yang penting aku dapat jawab sume soalan yang diberikan. betul ke salah, kemudian kira.............betul tak??? (moga aku lulus......insyaAllah)
kesimpulan........... apa je yang nak dibuat mesti ada perancangan dan persediaan. tak boleh main buat je. nak ambik periksa pun perlu ada persediaan. tak kira la exam ape pun. dan satu lagi, jawab je sume soalan tu walaupun tak tau jawapannya............ (sebab jawapan dah ade...... tembak je la...... hehehe...... mane tau terkena sasaran.......kan rezeki tu.....)

Saturday, August 22, 2009

Aku dan duniaku 105...... menanti nikmat berbuka puasa...

salam untuk semua............

insya ALLAH 2 jam lagi akan sempurna la puasa sulung ramadhan tahun ni. cuaca yang sejuk dek hujan lebat awal pagi tadi menambah keseronokan berpuasa hari ni....(sebab tak panas da tak memenatkan.........)

waktu2 camni kat dapur dah sibuk mak memasak lauk untuk berbuka. aku pun tolong la mana yang perlu.......mak masak lauk kegemaran aku ari ni. masak lemak cili padi ayam kampung.......fulamak!!! bestnye..... dah semerbak bau dalam rumah ni..... tak sabar rasanya nak menanti waktu berbuka nanti......... aku akan dapat 2 nikmat berpuasa hari ni. satu sebab akan sempurna puasa sulung aku dan satu lagi akan dapat menikmati lauk yang mak masak. pegi la ke restoren hotel 5 bintang pun, x kan dapat la lawan masakan mak aku........... cuti seminggu kat rumah ni dapat la merasa lauk masakan mak setiap hari.... bertambah nikmatnya bulan puasa ni.................
kesimpulannya......... ada waktu terluang, balik la jenguk mak. tambah lagi di bulan mulia ni...... mak pasti menghidangkan lauk kegemaran anak2 nya.........

Aku dan duniaku 104 ... menanti nikmat bersahur...

salam untuk semua.....
entah kenapa bila datangnya bulan ramadhan, bulan mulia penuh berkat ni, aku cukup seronok untuk bersahur, terutamanya bila kat kampung. mungkin sebab dapat sama2 bersahur dengan mak dan ahli keluarga yang lain kot. maklum la, kalau kat seremban aku akan bersahur dan berbuka sorang2......keseronokan tu tak terasa.

dan alhamdulillah, tahun ni aku dapat bersahur untuk puasa sulung dengan keluarga. sure seronok la...... lgpun tadi mak dah masak rendang daging pacak2 (rendang basah). x sabar nak makan dengan nasi panas dan teh o suam waktu sahur nanti...... fuh.... bestnye....

untuk semua, selamat berpuasa. semoga bulan penuh berkat ini akan dapat mendatangkan seribu keberkatan untuk kita. insya ALLAH.....

Thursday, August 20, 2009

Aku dan duniaku 103 .......ingatkan panas hingga ke petang.....

salam untuk semua..........

aku nak tanya la.......

apa jadi pada janji 'sehidup semati' yang dilafazkan?
apa jadi pada 'bahagia hingga akhir hayat' yang diucapkan?
apa jadi pada 'akan setia selamanya' yang dijanjikan?
apa jadi pada semua kata2 manis tika mula membina cinta?

kenapa begitu mudah mengakhirkan cinta?
kenapa begitu mudah memutuskan ikatan kasih?
kenapa begitu mudah mengucapkan 'selamat tinggal'?
kenapa begitu mudah merobohkan mahligai rumahtangga?




aku tak paham betul la.......

kenapa masa bercinta bukan main sakan lagi...??? sampai tak lalu makan, tak lena tidur mengenangkan sidia yang tak dapat jumpa hari ni. masa bercinta sumenya baik. yang buruk pun nampak baik. (kentut busuk pun kata wangi....... tak ke bodoh tu???) yang tak elok dimata pun kata cantik. kenapa perlu berpura2?? kenapa tak berterus terang??? aku rasa sebab sikap ni la yang merosakkan kebahagiaan bila dah berumah tangga. waktu ni la nampak segala yang buruk. waktu ni la tak suka segala yang dibuat. (sedangkan masa bercinta....... sume tak pe....). sudahnya tak puas hati, bertengkar dan akhirnya berpisah.

pagi tadi aku dapat berita seseorang yang aku kenal dah mengakhiri hidup berumahtangganya. rasa aku tak sampaipun 2 tahun usia perkahwinan tu. tapi nak buat camne. bila dah kahwin baru terserlah perangai buruk masing2. (baru tau kentut tu busuk sebenarnya............) bercinta bagai nak rak, sudahnya hancur jugak rumahtangga akibat tak bersefahaman.

menambah lagi satu sebab kenapa aku rasa selesa hidup sendiri. hati tak sakit dan tak menyakitkan hati orang. alhamdulillah, aku bahagia dengan hidup aku sekarang...............

kesimpulannya........ tak de testing untuk alam rumahtangga. kalau tak bersedia, baik lupakan dulu. pastikan diri dah betul2 bersedia dari segi mental, kewangan dan tanggungjawab. kenali betul2 pasangan dari pelbagai aspek. jangan jadikan ikatan perkahwinan yang suci itu satu permainan.

Sunday, August 16, 2009

Aku dan duniaku 102 ..... banyak nak cerita

salam untuk semua.....

menyepi 3 hari membuatkan banyak citer yang aku kumpul untuk aku tulis kat blog ni. tambahan pulak selama 3 hari tu (jumaat, sabtu, ahad) aku mengikuti program bengkel anjuran tuan pengetua ke melaka. masa kat melaka la banyak peristiwa menarik yang berlaku. peristiwa yang pahit, yang masam, yang kelat dan yang tersaaaangat manis...... boleh katakan sume ada la.....

cerita 1

mula2 nak citer pasal bengkel la ye.....

aku adalah salah seorang peserta bengkel yang terpilih untuk membincang dan merancang halatuju sekolah untuk tahun 2010. banyak la isu dan perkara yang dibincangkan iaitu mengenai pengurusan, akademik, hal ehwal pelajar dan kokurikulum. hangat jugak la perbincangan terutama bila menyentuh topik2 yang 'panas'. pelbagai idea dilontarkan (otak pun bekerja overtime sepanjang 3 hari ni, memikirkan idea2 yang sesuai.......sebab tu malam bila balik bilik je, sume flat dan terus cari katil.... lena sampai pagi.......) tapi alhamdulillah, akhirnya kata sepakat dapat diambil untuk dilaksanakan pada tahun 2010 nanti. dan insyaALLAH dengan kesungguhan yang ditunjukkan, harapan untuk mencapai kecemerlangan itu akan berjaya. tengok la hasilnya dipenghujung 2010 nanti.......
wajah2 peserta bengkel yang khusyuk sepanjang bengkel

wajah2 ceria peserta masa 'break' untuk minum

cerita 2
dah penat perah otak berpikir, malam sabtu, tuan pengetua bawak sume peserta ke umbai, medan ikan bakar yang terkenal tu.......apa lagi, tertutup mulut, tak bersuara bila disumbat dek ikan2 bakar, sotong goreng, kupang sambal, air kelapa, nasi lemak dan banyak lagi la........ fuh.... balik kekenyangan...... alhamdulillah..... terima kasih tuan haji..!!!!(bukan senang nak dapat tuan pengetua belanja tau....... hehehe....)


tapi peristiwa menarik masa kat umbai ni ialah bila dapat jumpa dengan siti nurhaliza dgan datuk k....... sampai2 je keadaan kat tempat tu kecoh sikit. adik jual berangan kat situ kata, "tu kereta siti nurhaliza tu..... dia datang makan tadi. dah nak balik la tu......". aku dan rakan2 serentak memandang ke arah kereta sport warna merah yang berada kat belakang kami. depan kereta tu ada 2 polis trafik bermotosikal besar.... aku pun terkial2 kuarkan kamera tapi bila lalu depan aku x sempat nak snap sebab kereta sport tu tak berhenti pun..... tapi dapat la lambai siti. (bukan aku la sebab aku tengah terkial2 dengan kamera......) "kecik je siti tu," kata pk aku. sume yang lain angguk2 mengiyakan. aku tak perasan pun. cume aku terkilan tak dapat ambik gambar dan pastikan jenis apa kereta yang dipandu dek datuk k tu. (aku agak sama ade ferrari atau porsche)......pape jer la kan....... oh ya, makan kat umbai memang sedap!!!! terima kasih tuan pengetua..!!!


wajah2 khusyuk dan ceria mengadap makanan yang macam2 ada.....

cerita 3

kemudian peristiwa saaaaaaangat manis yang berlaku, yang aku rasa sungguh istimewa ialah bila di hari akhir aku di melaka....... memang la kata orang rezeki tu kita tak tau kan....... (jangan salah sangka ye. bukan dapat duit atau menang apapun........just pengalaman yang cukup manis, yang tak akan aku lupa kan......)

masa tunggu member aku datang ambik kat hotel, aku lepak2 la kat lobi hotel tu. tengok orang kuar masuk, mendaftar dan lunch kat coffee house...... entah kenapa selama menunggu setengah jam tu aku tak cari tempat duduk pun......(mungkin malas nak duduk sebab jauh dari entrance, takut tak nampak member aku datang nanti) so, aku pun berlegar2 la kat ruang entrance yang luas tu sambil snap gambar yang aku rasa menarik.

tengah berlegar2 tu tiba2 entrance depan tu dibukak kedua2 pintunya dan masuk la seseorang yang diiringi oleh beberapa orang di kiri kanan nya. nak tau sapa yang masuk tu........ YB Dato Hishamuddin bin Hussein....!!!! aku pun apa lagi, kamera dah kat tangan, snap la 2, 3 keping dari jauh.....(snap nyorok2, takut jugak nanti bodyguard Dato nampak, kena rampas pulak kamera aku.....). Dato datang untuk rasmikan mesyuarat perwakilan umno melaka (x tau la cawangan atau bahagian mana...)yang buat kat hotel tu.

2 gambar yang aku snap masa mula2 Dato masuk....

tapi peristiwa selepas tu yang istimewa sungguh buat aku.......

tiba2 Dato ternampak aku yang tengah snap gambar, beliau pun terus datang kat aku....(alamak, mati la aku, Dato sendiri nak marah aku dan rampas kamera aku ni....... habis la......aku dah berdebar2.... muka dah pucat kot.....) aku terkejut bila Dato hulurkan tangan dan tanya....."dari mana ni?" terketar2 aku sambut salam Dato dan jawab "baru selesai bengkel profesionalisme guru, Dato." "ooh.... cikgu la ni," sambung Dato. "Ya, Dato, " jawab aku ringkas. tiba2 Dato ambik kamera kat tangan aku dan cakap, "mari, mari ambik gambar ....." dan bagi kamera tu pada salah seorang bodyguard atau pengiring beliau. tergamam aku. tengah posing tu, Dato cakap " saya rindu kat pendidikan. sekejap je dapat kat situ. PIPP pun baru je." "ya Dato," itu je yang terkeluar dari mulut aku. (mana nak posing lagi waktu tu...... gementar lagi..... macam2 perasaan la......mana la nak pikir jawapan tu..... )

lepas tu, aku pun ucap terima kasih dan sebelum beredar, nak tau Dato cakap apa........???? "kirim salam kat kawan2 ye......" ya ALLAH, macam kawan2 je Dato buat aku...... macam dah kenal lama.....tak sangka sungguh......

satu aku suka dengan Dato ialah first time aku nampak Dato masuk, sampai la Dato beredar dari situ, Dato sentiasa tersenyum........ bertambah hansem aku tengok........Dato memang murah dengan senyum dan mesra rakyat. itu la yang aku tau dari media masa. dan memang terbukti. aku mengalaminya sendiri.................

(*ehem...... jangan jeles ye....... hehehe)


teruja sungguh aku ari ni. aku akan kenang sampai bila2 peristiwa ini. terima kasih Dato kerana sudi menyapa. (terima kasih jugak untuk member aku sebab datang lambat ambik aku tadi....... kalau tidak aku tak akan mengalami peristiwa indah ini...............ada kalanya tak menepati masa itu mendatangkan keuntungan.......hehehe)

Thursday, August 13, 2009

Aku dan duniaku 101....... the other side of me...

salam untuk semua................
aaarrrggghhhh!!!!! geram betul aku ari ni!!!! geram!! geram!! geraaaammm!!!! geram tahap menyampah!!.........tengah 'panas' ni......!!!


(long pause..........nak sejukkan kejap kepala ni......)

fuuhhh.......

dah 3 tahun duduk sekolah, peraturan asas pun tak tau ke??? dah 3 tahun ikut prosedur tu, tak kan tak tau lagi.....bangang sangat ke?? kadang2 bdk2 yang perasan pandai ni (separuh tu memang pandai pun......aku tak nafikan....)bukan boleh bagi muka sangat. nampak baik camne pun, jangan la percaya. aku sendiri dah banyak kali kena. sebab tu aku tak caya dengan budak2 yang perasan pandai ni.

pagi ni kesabaran aku diuji lagi. bergema satu sekolah dengan suara marah aku. menggigil aku dek marah yang teramat sangat. aircond kat bilik guru yang sejuk tu pun belum tentu boleh sejukkan 'kepala' aku yang tengak panas ni. (agaknya kalau rendam kepala kat air waktu ni, sure berdesis bunyi air tu, macam besi panas dimasukkan dalam air.............) tambah buat aku panas lagi, diaorang tak reti nak mintak maaf..............memang hilang sabar betul aku ari ni...........

aaahhh!! malas la aku nak citer. tapi aku bagitau, sumenya gara2 surat khabar.....

hari ni diaorang tau sapa aku...............the other side of me.....

Tuesday, August 11, 2009

Aku dan duniaku 100 ....... teristimewa...

salam untuk semua.....

post aku yang ke 100 ni cukup istimewa. sepatutnya aku tulis hari ahad ari tu tapi ntah kenapa broadband aku lembab betul receive line, tak sempat aku nak tulis. tapi papepun, tarikh 09/08 yang lalu adalah hari yang cukup istimewa buat aku dan adik2. hari tu kami menyambut hari ulangtahun kelahiran emak tersayang. dah 68 tahun usia mak aku. tapi alhamdulillah, masih sihat lagi.

biasanya kalau sambutan hari lahir dalam keluarga aku ni, kami akan pergi makan sama2. 09/08 hari tu lain sikit. kami buat surprise untuk mak. mak pun tak perasan sebenarnya hari tu birthday dia. so, pagi2 lagi mak dah ke kebun dgn pakcik....(dah jadi rutin mak akan ke kebun buah di semenyih tiap hari ahad.......... kebetulan sekarang ni musim buah.....). adik ipar aku yang memang pandai buat kek tu, aku suruh buat kek untuk emak. mak suka air kepala, so aku suruh adik cari air kelapa muda. adik ipar aku yang kelantan tu aku suruh buat lauk sikit...(beruntung aku ada 3 orang adik ipar perempuan yang boleh aku arah2.... hehehe....). aku pulak pegi cari hadiah dengan adik no 2.

pukul 12 mak balik terkejut dia tengok apa yang kami buat. mungkin terharu kot, sampai tak bersuara mak. dalam penat2 mak, kami ajak mak makan sama2. meriah sungguh time makan. alhamdulillah, selesai majlis yang simple tapi memorable. lepas asar aku pun bersiap nak balik seremban. sampai rumah aku dapat call dari adik, kata emak tak sihat. pening kepala sikit. mungkin terkejut kot dengan apa yang dah kami buat. lagipun mungkin penat balik dari kebun.

aku bersyukur kerana dalam usia sebegini aku masih punya emak untuk aku bermanja. dan alhamdulillah mak pun masih sihat lagi. dan syukur sebab mak tak de pape penyakit yang bahaya. aku mendoakan semoga mak dikurniakan ALLAH kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk terus beribadat dan mencurahkan kasih sayang untuk kami adik beradik.....amin.

terima kasih mak..... aku saaayang mak........

*sori tak de gambar sebab tak teringat nak ambik gambar waktu tu..... hehehe...

Friday, August 7, 2009

Aku dan duniaku 99....... rehat....

salam untuk semua.......

hari ni aku tak ke sekolah. aku kat kampung. cuti rehat. saja ambik cuti rehat. tak pernah ambik lagi tahun ni. ada 6 hari lagi. aku tak berapa suka sangat kalau ambik cuti kalau tak perlu sangat. tapi ari ni, rasa nak rehat pulak. penat kat sekolah. lagi pun lama tak balik kampung. tu yang aku ambik cuti tu. tambah pulak ada urusan keluarga kat rumah hari ni.

dapat la aku rehat betul2 hari ni. tanpa gangguan anak buah aku yang sekolah ari ni. (tapi malam dah kena kacau la balik....... ni pun baru balik jj, kena pau dek anak buah.........). sesekali kena gunakan jugak hak yang ada tu. setahun ada 7 hari cuti rehat, anggaran sebulan sekali boleh la ambik. kalau tak rugi. bukan boleh bring forward utk tahun depun macam orang kerja swasta...........so lepas ni bila rasa nak cuti, boleh la ambik. tak yah pikir 2, 3 kali lagi.

alhamduillah, cuti aku hari ni berbaloi. macam2 aku boleh buat. yang penting, aku dapat rehat betul2 (......tidur beberapa round..... hehehe...)

Tuesday, August 4, 2009

Aku dan duniaku 98 ......... terima kasih mak.....

salam untuk semua...........

baru sekejap tadi aku dikejutkan dengan kedatangan mak dan adik aku. tak sangka pulak mak aku datang malam ni. dari cerita adik aku, mak risau bila aku telefon bagi tau aku tak sihat ari ahad ari tu. so, tadi balik je adik aku dari kerja, mak ajak pergi tengok aku. mak siap bawak rendang ayam kegemaran aku lagi. terharu aku........ dah tua camni pun mak ambik berat kat aku. ye la....... anak kan. umur berapa pun, tetap anak (perasaan ini la yang aku tak berpeluang nak rasa.................sampai bila2.....)
aku sebenarnya terkena jugak tempias musim demam ni. tapi deman biasa je la. dan alhamdulillah sekarang dah baik dah. cuma batuk je la sikit.......... bila pikir balik, aku ni jenis yang payah nak sakit. ingat lagi 5 tahun kat jepun, sekali pun aku tak pernah demam. selsema tu biasa la, terutama bila pertukaran musim. tapi bila dah balik malaysia, selalu pulak demam. pas tu bila pikir balik, agaknya faktor umur kot. makin berumur, makin kurang pertahanan dalam badan. so, kena la jaga kesihatan lebih sikit lepas ni...............

kedatangan mak malam ni buat aku jadi sihat. terima kasih mak......... susah2 je datang malam2 (tapi aku perlukan kehadiran mak di sisi sebenarnya.......... tambahan lagi dalam keadaan sekarang...............) AKU SAAAAYANG MAK....!!!!

Aku dan duniaku 97 ..... bimbang, risau, takut.....

salam untuk semua..............

dua hari yang agak kecoh di sekolah. sume warga sekolah berada di tahap kerisauan yang tinggi. rasa berbelah bagi. antara tanggungjawab dan keselamatan diri. ada yang dah kalah dengan virus yang melanda sekarang. hari ni je 8 orang guru cuti sakit. pada dasarnya demam la. tu belum budak2 lagi. pada ibu bapa yang bimbang, ada yang dah ambik anak masing2 bawak balik rumah. dan yang tinggal (termasuk la guru yang masih bertahan.........harap2 tak de la lagi yang sakit............) terpaksa la meneruskan kehidupan di sini dalam suasana yang agak kurang selesa.
pada aku la, apa yang berlaku sekarang adalah peringatan yang ALLAH nak tunjukkan pada manusia yang telah semakin lupa. semoga ada kesedaran drp apa yang berlaku ini. lihat la musibah ini sebagai cara untuk kita menilai dan mengubah diri sendiri. kepada yang rasa diri tu kuat, antibodi kuat dapat menahan penyakit, sedar la diri. bila-bila masa perkara sebaliknya akan berlaku. orang yang tak sakit ape2 sebelum ni pun tetiba je boleh 'pergi'.
kebimbangan dan kerisauan itu memang perlu, tapi biar la berpada2. jangan la benda yang tak de, di ada2 kan. jangan la melampau2. kita perlu dengar dari pihak yang arif (dalam kes ni doktor la.......). jangan memandai2. sudah nye menyusahkan orang. sedar la yang kat sini bukan kita sorang je yang nak hidup sihat........
harap masalah ini akan berakhir. tapi............ bila????
ya ALLAH, KAU sembuhkan dan jauhkan la kami di sini dari sebarang musibah dan penyakit bahaya. hanya KAU lah tempat mengadu dan meminta pertolongan. amin

Sunday, August 2, 2009

Aku dan duniaku 96 ..... selamat pengantin baru..

salam untuk semua.............

semalam aku ke majlis perkahwinan 'adik' aku kat muar, johor. lebih kurang 2 jam perjalanan sampai la kat rumah pengantin. sampai2 je, just nice pengantin tengah berarak. so, jadi orang sebelah la kami. meriah jugak majlis tu.
penjaga 'tol' sedang scan envelop yang diberi

seronok aku tengok pengantin lelaki kena tahan tak boleh masuk rumah (adat orang muar memang cam ni kot.....) lepas bayar 'tol' beberapa kali (entah berapa la isi envelop tu agak nye.......)dan berbalas pantun, baru la pengantin boleh masuk (lega pengantin lelaki......). lepas tu majlis bersanding kat dalam rumah. tapi kat dalam lagi best. ada acara baling gula2 dan duit syiling lagi.... berebut la yang ada kat dalam tu kutip gula2 dan duit. yang seronoknye bukan budak2 je, yang mak budak pun sama berebut kutip duit. tu yang aku kata meriah tu.......


acara baling gula2 dan syiling

pape pun buat 'adik' aku JIMI, 'selamat pengantin baru' dan 'semoga bahagia'


lebar senyum pangantin......

Saturday, August 1, 2009

Aku dan duniaku 95 ....... perpisahan.....

salam untuk semua..............




perpisahan..............
menjadikan kita rindu
setelah menyedari yang pergi itu amat disayangi .......
sedangkan tika bersama tak disedari adanya rasa sayang itu...........


perpisahan...............
menjadikan kita kehilangan
setelah menyedari yang hilang itu amat berharga .....
sedangkan tika ada tak dipeduli walaupun ada di sisi.....


mengapa dengan perpisahan............
baru kita sedar yang kita menyayangi
baru kita sedar yang kita menghargai..........


justeru itu....
lafazkan la kata sayang..........
sebelum dia pergi
hargai lah apa yang ada....
sebelum ia hilang