Tuesday, July 28, 2009

Aku dan duniaku 94 ..... lambaian Baitullah...

salam untuk semua.......



melihat pelajar2 f5 berpeluang melakukan praktikal haji membuat aku tertanya dalam diri "budak2 ni tau tak betapa bertuahnye mereka dapat buat praktikal haji ni ." siap pakai ihram lagi. buat tawaf, sa'i, melontar jamrah. kiranya kalau ke mekah buat haji lepas ni, diaorang sure tak de masalah la. niat dan bacaan pun dah tau...... lengkap dah. buat pulak kat tengah panas, dah macam cuaca kat mekah dah........ tu yang aku kata diorang bertuah. (kalau lepas ni kuar soalan spm tentang haji, kalau x dapat jawab, tak tau la........)

seingat aku zaman sekolah aku dulu mana ade buat camni. sumanye harapkan buku je. ustazah suruh hafal niat dan bacaan2 supaya dapat jawab masa periksa nanti. camne nak lekat kat otak. sume benda nak hafal. sume subjek nak kena ingat. tapi ni dengan praktikal, sure ingat punye la .....

bila tengok diaorang tawaf tadi, dengar selawat dan zikir, berkata jugak dalam hati ni, "bila la agaknye aku akan berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci Baitullah itu ?" replika kaabah yang berbuai2 ditiup angin tadi, seolah melambai2 aku mengajak menunaikan rukun islam ke 5 itu. insyaALLAH....... akan ku sambut lambaian itu satu hari nanti...............

kesimpulannya......... bersyukur dengan peluang yg kita dapat kerana tak semua orang dapat
peluang yang sama...........

Sunday, July 26, 2009

Aku dan duniaku 93 ..... daiso...!!!

salam untuk semua......

di tempat yang aku suka, aku ketemu sesuatu yang menjadikan aku semakin suka untuk ke sini.....ke bandaraya warisan dunia....... aku dipertemukan dengan daiso. syurga membeli belah aku masa kat jepun dulu. dan kini daiso ada di tempat yang aku suka......(menjadikan satu lagi alasan untk aku selalu ke sini...). teruja betul aku............


daiso adalah kedai 100 yen kalau di jepun. macam2 peralatan rumah dan barang kelengkapan harian dijual dengan harga 100 yen. (sayur dan ikan tak de la jual kat sini.......) tetapi di sini semua barang dijual dengan harga rm5 (memang berpatutan.....untuk barang2 tertentu aku rasa murah lagi kot) masa kat jepun, di daiso la aku selalu membeli belah keprluan harian. situ je tempat yang mampu dan menjimatkan. kualiti barangan nya pun boleh tahan.

so, tak susah la lepas ni nak beli omiyage (cenderamata) jepun sebab boleh beli kat daiso melaka. lepas ni pada sesiapa yang pergi ke melaka, singgah la ke daiso (di tingkat 2 bangunan carefour kat dataran pahlawan........). aku jamin, bila masuk, mesti keluar dengan sekurang2nye satu benda............ nampaknya semakin kerap la aku ke melaka.........tapi tak pe sebab aku suka ke sini....

Aku dan duniaku 92..... aku suka ke sini....

salam untuk semua..........

aku tak tau kenapa dalam banyak2 tempat kat malaysia ni aku cukup suka ke sini....
agaknya kerana keunikannya yang menjadi tarikan semua..........
sejarah bertemu kemodenan.......

banyak yang indah ku temukan di sini.....
warganya dan tetamunya.....
makanannya dan kraftangannya......
dan semestinya...... sejarahnya
(dan tak lupa...... tempat shoppingnya..... hehehe...)
aku cukup suka ke sini.....
mungkin kerana aku bangga berada di 'bandaraya warisan dunia'....
yang ada di tanahairku.....


Aku dan duniaku 91 ...... alangkah damainya....

salam untuk semua ............



alangkah damainya jiwaku......
tika tanganku disambut belaian lembut bayu berhembus....
tika telingaku dialun nyanyian ombak yang berbisik.....
tika kakiku dialas hamparan pasir pantai yang gebu mengoles......

alangkah damainya hatiku......
tika tidurku malam nanti di kamar terhias santai......




alangkah damainya mimpiku......
tika lagu malamku bakal didendang suara alam yang merdu.....



dan....



alangkah damainya perutku......
tika yang terhidang nanti yang telah di 'bbq'.....
dan akan ku kunyah tertib satu-satu ...... untuk kunikmati keenakan itu....


alangkah damainya aku di.....

damai suria resort.........

Friday, July 24, 2009

Aku dan duniaku 90.... a reminder for me...

wishes to all...... (alamak!.... nak speaking pulak..... boleh ke ni..???!!)

'the future belongs to leaders now being taught by teachers.....'

..... teachers who are willing to give.....

as a teacher, you not only give lessons to your students; you give your very life (hrmm....... i wonder if this is true....... ). every day, in little pieces of time, energy or emotion, you give a part of yourself. you also give them the best part of your day, the best days of your week and the best years of your life.

but is it really a gift??? isn't it rather one of the wisest investment you will ever make?? you exchange your skill for their understanding. and most often, the understanding will be used for the betterment of society. you exchange your devotion for their admiration. and most often, that admiration will be used as a model for building personal character...... (hope this is true .........)

often, teaching seems to be so unidirectional. in actuality, it is an exciting cycle of investment and rewards. what you give now will be realized in some reciprocal action. you may not be around when it happens, but eventually your investment will pay off.

remember, you're not just a teacher. you are an investor-bartering your time and effort for the wealth that cannot be counted.

conclusion....... being a teacher need you to sacrifice ....... a lot...!!! invest you life in the student (hope they realise this.......)but also remember, 'small deeds done are better than great deeds planned'

Thursday, July 23, 2009

Aku dan duniaku 89..... suratan atau kebetulan.???

salam untuk semua...........


peristiwa hari ni mengingatkan aku kepada lagu ini...........

sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
inikah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan......

ari ni bos aku bercakap sikit pasal kebetulan yang 'menyelamatkan' keadaan. kebetulan bos aku ada kat sekolah ari ni.....(memang biasanya susah nak tengok dia kat sekolah tengah2 minggu ni.......) kebetulan pelajar mengemas asrama malam tadi dan pagi ni asrama bersih dan teratur.....(macam tau2 je ada pelawat 'besar' nak datang ari ni............) kebetulan kelas tak ditinggalkan tanpa guru............... 'kebetulan' ini semua telah menjadi penyelamat.

sebenarnya sekolah aku telah menerima kunjungan mengejut daripada timbalan menteri pelajaran pagi tadi. habis asrama, kantin dan kelas dilawatinya........... tapi alhamdulillah 'kebetulan2' tadi telah menyelamatkan keadaan.

tapi,...... bagi aku la, sume tu tak sepatutnya jadi 'kebetulan'. sume tu adalah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. bos memang mesti ada kat sekolah, budake memang kena kemas dorm dan asrama dan cikgu2 memang kena masuk kelas mengajar...... so knapa mesti jadi kebetulan pulak??? tak kira la timbalan menteri ke, menteri ke, sultan ke, sape2 je la yang datang, kalau sume jalankan tugas dan tanggungjawab, kenapa perlu 'kebetulan' menjadi penyelamat????? hrmmm............ tanya la diri....

kesimpulannya, buat kerja yang memang dah tugas kita. jangan campur kerja orang lain, sudahnya kerja sendiri tak kesudahan....................

Wednesday, July 22, 2009

Aku dan duniaku 88 ........bercuti .... yeah!!

salam untuk semua.............

aku 'cuti' seminggu ni. dapat la rehatkan otak dan badan ni sikit. peluang 'cuti' camni bukan senang dan bukan selalu boleh dapat..... tambahan pulak duduk kat hotel......fuuhhh.... puas jugak la. so kena la manfaatkan betul2 'cuti' ni.

cuti apa!!???

hehehe......... sebenarnya aku tengah bermesyuarat/berbengkel kat hotel radius international kuala lumpur ni. sejak hari isnin ari tu. so tak pergi sekolah la. tu yang aku kata 'cuti' tu. memang bila ada peluang bermesyuarat, berbengkel, berkursus aku rasa macam cuti je. tak payah pegi sekolah dan tak perlu pikir kerja2 kat sekolah (walaupun sebenarnya banyak benda yang perlu dipikirkan................) . tambahan pulak duduk kat hotel...... lagi la releks.... makan 6 kali sehari, petang boleh jalan bukit bintang......... (sebenarnye banyak kerja nak dibuat dan disiapkan sebelum bengkel ini berakhir). yang penting tak de tekanan..............cuti, cuti jugak, tapi kerja tetap siap......... (semua cg jepun memang komited dengan kerja2 yang diberikan............... budaya kerja orang jepun yang masih kami praktikkan.........sebab itu cg jepun ni banyak kerja kat sekolah................sebab kami ni memang orang yang buat kerja.............chewah!! puji diri sendiri pulak..............tapi, memang betul pun.......kan??..... hehehe.....)

aku nak gunakan 'cuti' berharga yang aku dapat ni. kena pandai ambik kesempatan. entah bila pulak lagi nak berkursus atau bermesyuarat camni. hrmmm......................

Sunday, July 19, 2009

Aku dan duniaku 87 ...... bon odori....

salam untuk semua..................

sabtu ari tu, aku berpeluang pergi ke pesta bon odori di shah alam. dah dua tahun tak berjaya bawak budak, tahun ni, alhamdulillah dapat jugak bawak pergi join festival ni. tiap2 tahun bon odori ni adalah di antara festival yang ditunggu2 oleh peminat2 budaya jepun dan pelajar2 bahasa jepun kat malaysia. tahun ni aku tengok sambutannya sungguh meriah dengan kehadiran lebih daripada 30,000 orang (agaknye la.............masa kat jepun pun aku tak dapat tengok bon odori yang seramai ini.......boleh masuk malaysia book of records rasanye.......)macam2 gaya dan rupa manusia boleh dilihat kat festival ni. yang jepun tu, memang la dengan gaya dan pakaian yukata dia. yang seronok aku tengok ialah yang tak jepun pun semangat nak jadi jepun untuk semalam. yang terlebih jepun pun ramai.........tapi tak kisah la tu. aku seronok tengok pelbagai bangsa datang ke festival ni. bila tengok tu la aku rasa, ramai jugak peminat jepun kat malaysia ni (tak kisah la minat kat lagu ke, mangga ke, penyanyi ke, drama ke ...............). itu baru yang area lembah klang ni, belum lagi seluruh malaysia. kalah agaknya penonton kat stadium bukit jalil tengok m.u. lwn malaysia............hehehe.....



lautan manusia di kompleks sukan panasonic shah alam





sempat bergambar dengan minah jepun lagi........


sportingnye....... join menari sekali.....


persembahan oleh penari2 jepun di stage utama

3 gadis jepun yang 'original'........... kawaii ne..!!!


remaja malaysia yang jadi minah jepun sekejap.......


jepun ke malaysia...........??????


comel nye...............!!!


shot pertama masa masuk stadium......... bikkurishita yo....!!!


Friday, July 17, 2009

Aku dan duniaku 86 ...... bom!!??

salam untuk semua.........

hari ni aku mengalami satu peristiwa yang cukup mendebarkan. masa ke jaya jusco (jj) seremban petang tadi aku terperangkap dalam kejadian ancaman bom. baru 10 minit menjejakkan kaki di jj, aku terdengar siren yang cukup kuat. kemudian semua yang ada di dalam diarahkan keluar dan menjauhi bangunan. mula2 aku ingatkan ada fire drill. tapi setelah mendapat maklumat drp salah seorang pegawai keselamatan di situ baru la aku tau situasi sebenar. baru la debaran dan rasa takut itu datang. alamak...!! kereta parking kat atas!! ah..! biar la. yang penting nyawa.

kemudian datang la satu2 kereta polis (adalah dalam 10 buah kot....) 3 buah kereta bomba, sebuah ambulan, sebuah pacuan empat roda yang membawa anjing pengesan dan sebuah kereta bomb squad. cepat dan cekap betul pasukan keselamatn bertindak. x sampai setengah jam , semua tu dah sampai. aku bersama staf dan pengunjung yang ramai menanti lebih kurang 3 jam baru la bangunan itu diisytiharkan selamat. dan seolah tiada apa yang berlaku, suasana di jj kembali seperti biasa.

aku teringat semula kenangan setiap kali berlaku gegaran gempa di jepun. kalau yang kecik2 tu memang dah biasa la. tapi bila yang besar sikit pastinya siren akan dibunyikan dan keluar la beramai2 ke kawasan lapang yang berhampiran. aku tak sangka akan mengalami peristiwa yang sama di negara sendiri (yang x de gempa ni.........)


keadaan orang ramai di hadapan jj

do not cross this line....!!!!!



wajah2 cemas


dua buah kereta bomba yang bersedia....

kereta unit k-9 (kanan) dan kereta bomb squad (kiri)

anggota unit k-9

kereta anggota unit k-9


orang ramai menunggu kebenaran untuk masuk
jj yang mencemaskan............
satu peristiwa yang menarik dan mendebarkan.............

Aku dan duniaku 85 .... rasa bersalah...

salam untuk semua.........


aku rasa bersalah sangat 2 hari ni. bersalah sebab aku tidak menjenguk kawan yang memerlukan teman di hospital sekarang. bersalah kerana tidak dapat menemankan teman yang keseorangan dalam kesakitan sekarang. bersalah sebab tak dapat melepaskan diriku dari kesibukan kerja. bersalah kerana aku tak mampu menunaikan janji pada kawan yang mengharap

esok aku bertekad untuk menjadi teman buat kawan di hospital. esok aku berazam untuk bersama kawan merasai kesakitanya (walaupun sebenarnya tak boleh pun.............). esok aku akan melupakan sekejap kerja2 yang ada.............. dan esok aku akan menunaikan janji yang belum tertunai terhadap kawan...........

esok aku akan cuba membuat kawan tertawa, biar dapat melupakan sebentar kesakitan. (walaupun aku tahun dia pastinya akan kesakitan............) esok aku akan cuba menggembirakan kawan.......... dengan kehadiranku menemaninya.............

Aku dan duniaku 84 ..... hipokrit...

salam untuk semua........

"kadang2 kita perlu jadi hipokrit la sensei, untuk survive dalam dunia sekarang ni," jawab seito (pelajar) aku siang tadi. terkedu jugak aku sekejap dengan jawapan tu. kemudian aku jawab, "betul, tapi bukan waktu sekarang. bukan waktu kamu masih seorang pelajar. bukan waktu di sekolah ni", balas ku.

betul ke kita perlu jadi hipokrit untuk survive? bukan ke hipokrit tu sifat berpura2? kenapa perlu berpura2? kenapa tak boleh bersikap jujur? siri soalan yang aku ajukan pada seito aku.

kalau tak berpura2 susah nak hadapi hidup dalam masyarakat yang memang sentiasa berpura2 sekarang ni. kalau tak berpura2 susah nak berjaya ,x kira lah dalam bidang apa pun. orang yang terlalu jujur selalunya jadi mangsa. dan itu la pulak siri jawapan yang diutarakan oleh seito aku yang pandai2 belaka ni.

hrmmm......... bila pikir balik, betul jugak. tak de orang yang tak hipokrit dalam dunia ni. macam2 jenis hipokrit ni sebenarnya.....(penilaiannya bergantung pada individu sendiri.......)baik dalam percakapan, tingkah laku, pemikiran mau pun cara hidup. dan aku sendiri la, rasanya ada jugak bersikap camtu. atas keperluan...........

guests camne??

kesimpulannya.......... kadang kala kita perlu juga bersikap hipokrit mengikut keperluan dan keadaan. tapi jangan sampai sikap ini mengaburi kejujuran dan kebenaran.

Wednesday, July 15, 2009

Aku dan duniaku 83 ..... simpati buat kawan...

salam untuk semua.........

hari ni aku tak de mood nak menulis sebenarnye. siang tadi aku membantu seorang rakan yang memerlukan....... sakit pun sorang2. terusik hati aku. dia dan aku sama2 hidup berseorangan di negeri beradat ini. bila dah sakit, dalam usia macam ni pastinya tak nak menyusahkan emak dan ayah. so, aku dengan rela hati membantu urusan ke hospital sehingga la dia selamat duduk dalam wad hospital (hari ni hari dia, esok lusa mungkin tiba giliran aku pulak.....) kami yang masih single ni perlu la saling membantu. tambahan lagi emak dan ayah dia nun jauh di utara. ........malam ni pastinye dia keseorangan............

maafkan aku kawan kerana hanya mampu menitip simpati................

Sunday, July 12, 2009

Aku dan duniaku 82 ..... ice age....

salam untuk semua.........

hari ini aku bawak anak2 buah aku tengok wayang. ingat nak tengok 'transformers' tapi sebab full house, tak jadi. so, tengok citer lain. bila dah bincang dengan anak2 buah aku, sume setuju nak tengok 'ice age 2'.

memang seronok citer ni. sesuai untuk anak2 buah aku, sesuai untuk aku jugak. aku memang suka tengok kartun. citer 'ice age 2' buat aku ketawa dari mula sampai habis...... (terlupa kejap diri yang semakin pokai.......... hehehe....) anak buah aku yang tak paham tu pun, kih kih..... ketawa. sampai tersedak2 makan popcorn.........

dalam kiraan bintang, dengan 5 paling tinggi, aku bagi 4 bintang............ kira ok la tu kan..... dan aku cadangkan pada yang tension2 tu cuba la tengok 'ice age 2'. sure release la tension tu...........

Saturday, July 11, 2009

Aku dan duniaku 81 ... pokai aku...!!!

salam untuk semua....

ari ni aku balik rumah mak. alhamdulillah, senang hati aku tengok mak sihat walafiat. lagi satu yang buat aku senang hati ialah tengok muka ceria anak2 buah aku..... tapi rupa2 nya muka ceria diaorang ada maksud.......

naik je aku tngga rumah, anak buah aku yang paling kecik (3 tahun...........) pegang tangan aku dan sengih2 "mak yong, nak beli basikal....", selamba je dia. terkejut badak aku......... kenapa tetiba je tuntut basikal kat aku ni......???? tapi aku ni memang 'cair' dengan anak buah....... so, belek la dompet..... kira2 ...hmmm..... ada bajet.
"jom....", aku ajak. melonjak gembira dia...... tapi tetiba....."akak pun nak jugak....", suara iman (si kakak....) dari dalam bilik....... aduuusss..........!! pening aku. 'akak punya lain kali la......", aku pujuk. respon iman, menangis dan sembamkan muka kebantal, keras kan badan....(camtu la si kakak kalau tak dapat apa yang dia nak.........) sudah nya tak sampai hati tengok, aku ajak la dua2 pegi. lebar balik senyum sikakak...........

dua buah basikal yang 'menyusutkan' kandungan poket aku...........

sampai kedai basikal, bukan main pandai lagi diaorang dua beradik memilih. sikakak nak warna pink, adik nak yang sport..... melekat tangan masing2 kat handle basikal tu.... lepas bincang2 harga dengan brother kat situ, akhirnya bertukar tangan la 2 buah basikal tu........... maka bertukar tangan jugak la belanja dapur aku sebulan ni......... hrmmm....(lepas ni sekali lagi la makan maggi seminggu............... hehehe...) tapi tak pe la. aku puas tengok kegembiraan dan tawa lebar 2 orang anak buah aku.............

si kakak dan adik dengan basikal baru masing2......... (sampai bawak naik atas rumah....)

baru 12 hb , tapi aku dah hampir pokai......... lepas ni kena catu makan..... hehehe....... tapi nak buat camne, aku sayang anak2 buah aku..........

Friday, July 10, 2009

Aku dan duniaku 80..... rindu ibu...

salam untuk semua....

lepas maghrib tadi aku dpt call drp adik aku.
"mak tanya, akak balik tak?"
"esok pagi ada kelas. petang akak balik," jawab aku.

mlm ni duduk2 tgk tv, aku teringat balik perbualan pendek aku dengan adik tadi.
memang aku perasan dan 3 minggu aku tak balik jenguk emak kat kampung. bukan jauh pun. setengah jam perjalanan dari sekolah aku ni. tapi, sebab banyak sangat aktiviti kat sekolah yang memerlukan aku ada sama, menghalang aku untuk balik jenguk emak. tapi esok aku akan balik lepas kelas. (mak tak kan call bila tanya aku balik ke tak. mak akan suruh adik atau anak buah aku yang tanya................)

aku yang dah tua ni pun emak selalu ingat kat aku. tertanya2 jugak bila aku nak balik. ye la, berapa pun umur anak tu, emak mesti ingat..... kan? dah berkeluarga pun mak ingat jugak. pengalaman berada lama di negara orang menjadikan aku rapat dengan mak lepas habis belajar. tambahan pulak aku sorang anak perempuan, so aku la jadi teman rapat mak. bila dapat posting kat seremban, aku tak risau, sebab boleh balik tiap minggu jenguk emak. tapi, biasa la. beban kerja kadang2 buat kita lupa. tapi bila dah ingat balik, cepat2 aku hubungi mak. at least, mak tahu aku sihat dan aku jgk tahu mak sihat. so, bila ada peluang jumpa mak, aku akan balik jugak. x kira la sekejap ke lama.

kesimpulannya.... walaupun sibuk dengan kerja dan tak dapat balik jenguk mak (mungkin sibuk dan tempat jauh....)hubungi la dengan telefon.. kalau call boyfriend dan girlfriend boleh berjam2, tak kan nak call mak sekejap pun tak boleh.... sejuk hati mak dengar suara anak dia. yang boleh balik tu lagi bagus kalau dapat balik. ceria wajah mak tengok anak dia balik. terubat rindu mak.....

Thursday, July 9, 2009

Aku dan duniaku 79.... terlebih rajin...hahaha..

salam untuk semua.....

semalam masa mesy kurikulum, pk edarkan jadual pengawasan prep malam dn kelas klinikal. aku cari nama aku, hari bila, pukul berapa dan kat mana aku duti. hari khamis. ok la, sebab khamis budak prep lewat sikit sebab ada bacaan Yasin. so, letak la dalam planner hari bertugas tu.

habis sekolah petang tadi, aku terus balik. nak releks kejap sebab malam nanti kena keluar duti. so, lepas isyak ak pun siap la nak pegi sekolah. sampai dalam pukul 9:10 mlm..... budak pun dan masuk kelas masing2. sementara tunggu nak ronda aku masuk bilik guru bawah. kat dalam dah ada cg sharida (kami panggil eri je.....).
dia tanya "akak ada kelas ke?"
"tak la. kena jaga prep malam ni," aku jawab.
"eh, bukan mula minggu depan ke?"tambah eri lagi.
aku terpampan. "eh, ye ke? eri ada jadual tak?".
Eri menunjukkan jadual yang kebetulan ada terselit kat buku rekod dia.
"minggu depan la kak. 13 julai, semangatnye akak...."eri senyum kat aku.
"hahahaha......," pecah gelak aku tanpa sebarang komen..... (nak cover malu pun ye jugak......)
"rajinnye akak....," tambah eri lagi.
sudahnye kami sama2 gelak besar.

semangat ke?? hrmmm...... mungkin jugak kot. sebab dah lama tak kuar pegi ronda kelas waktu malam (sejak lepas kan jawatan waden 3 tahun dulu........) kalau tak duti camni, aku memang tak kuar pun. malam adalah waktu rehat aku.........kecuali ada keperluan.....

rajin ke??? hrmmm..... ada la sikit kot...(hehehe..... hanya aku yang kenal diri aku.....) tapi dalam kes ni bukan sebab rajin. tapi sebab 'stupid' tak tengok jadual betul2 (hahaha...... mengaku diri sendiri stupid...... biar ngaku dulu sebelum orang lain cakap..... kan.??..... hehehe...)

aku ni 'saya yang menurut perintah'. so, tak kira la semangat ke, rajin ke, stupid ke.......... kalau dah terima arahan untuk buat sesuatu tu, suka ke tak, kena la buat........ no excuses....

kesimpulannya..... tengok dan teliti betul2 apa jugak edaran atau surat yang diterima. pastikan apa keperluannya. contoh tarikh, hari, di mana, pukul berapa dan buat apa. lepas tu siapkan diri untuk jalankan tugas tu. jangan terlebih rajin sebab adakalanya akan menyusahkan diri sendiri.............

Wednesday, July 8, 2009

Aku dan duniaku 78 ..... semenjak dua menjak ni..???

salam untuk semua.....

aku nak citer sikit la.......

semenjak dua menjak ni..... ada orang tu nampak lain sikit
semenjak dua menjak ni..... ada orang tu selalu nampak muka
semenjak dua menjak ni..... ada orang tu dah rajin pulak
semenjak dua menjak ni..... ada orang tu dah digeruni

dulu, tengok muka je, dah tau mood dia camne..... nak jumpa kena pikir banyak kali....
dulu, nak tengok seminggu penuh kat tempat kerja, bukan main susah....
dulu, nak tengok ronda tempat tinggal budak, dalam setahun boleh dikira....
dulu, apa yang dia cakap, budak tak ambik serius sangat.....

sekarang, dah nampak la sikit nak dekat dengan pekerja dia...
sekarang, dah nampak la sikit nak tau hal tempat kerja dia....
sekarang, dah nampak la sikit dia jenguk tempat tinggal budak2....
sekarang, dah nampak la sikit budak mula lari bila lambat assembly......

musykil la jugak, kenapa semenjak dua menjak ni nampak berubah???
tapi bagus jugak, kalau perubahan ini boleh bawak kebaikan............

hmmm...... tengok la nanti camne.......
mampu berterusan ke...... atau hanya mengikut 'musim' yang datang........

pape pun, terima kasih .............
(manusia boleh berubah sebenarnya....... yang penting hati......)

Aku dan duniaku 77 ...... sedar ke tak ni???

salam untuk semua.........

mesy kurikulum tadi buat post mortem pasal result f3 & f5 pertengahan tahun. aku tengok sume cg2 subjek muka risau je terutama cg2 f5..... (ye la, mana tak risau, markah budak bukan main teruk lagi..... bm pun ada dapat c...... itu belum subjek elektif lagi.......) kesian jugak aku tengok cg2 td. aku tak boleh nak buat ape la, sebab aku tak mengajar exam subjek, so aku tak la rasa kecewa sangat macam dioarang rasa........ (tapi bengang jugak bila budak f4 jawab dengan 'open book' pun hampeh jugak resultnye........... tu nak salah kan sape???.....hmmm... sama2 pikir la k... salah aku pun mungkin ade jgk.....kot???..........)

budak2 ni sedar tak yang pmr tinggal 90 hari je lagi dan spm 140 hari lagi.....???!!! tak lama lagi tu..... cuba tolak2 masa tidur, makan, main dan aktiviti lain, rasanye masa tu beberapa hari je ...... aku tengok diaorang ni releks je..... buat kelas tambahan, tak datang. masa kelas anjal, masuk lambat. buat kelas hikmah, escape...... macam mana nak dapat ilmu kalau x masuk kelas...........

aku rasa la kalau orang yg sedar tu, dah bulan 7 ni, diaorang sure dah studi dan latih tubi sendiri. sure dah melambak nota kecik yang diorang buat. sure dah banyak buku latihan dan latih tubi yang dibeli......... kalau camni tak pe la. kita tengok pun tak risau.

ni yang tak sedar2 lagi ni.....(kadang2 tu tak boleh nak marah jugak kalau orang cakap, 'sdar tu bila nak sedar2 ??'......... menyampah dengar, tapi bila pikir balik ada jugak betul nye........) camne nak buat?? cg dah penat dah. buat kelas untuk diaorang, bdk2 pandai yang datang. yang bengap2 tu (sori...... kasar sikit...) membungkang kat dorm tido. cg yang prihatin ni, pergi la cari........ kalau jumpa ok la... kalau tak, menyusah dan membuang masa je........

zaman sekarang ni, bukan lagi murid mencari cikgu, tapi cikgu yang cari murid. sapa yang nak belajar ni woooiiiii!!!????.......... dah la tu. bangun dan mula la jadikan buku sebagai teman. dan jangan lupa mintak petunjuk dari Allah swt....... insyaAllah

kesimpulannye......wahai anak2 pelajar ku, sedar la bahawa masa depan terletak ditangan kalian. zaman persekolahan dan keputusan peperiksaan akan menentu dan mencorakkan kehidupan kalian nanti. jangan la tunggu 'last minute' baru nak studi. nanti kelam kabut.... tension....dan sudahnye dalam dewan exam 'blank'..... nak ke camtu? so, mula la sekarang. masih belum terlambat lagi...... gud luck n gambatte kudasai......

Monday, July 6, 2009

Aku dan duniaku 76 .... bertanggungjawab...

salam untuk semua.......

kadang2 kita perlu percaya kat orang. tmbah lagi bila bagi tugas. jangan underestimate orang sebelum kerja itu dia buat. semalam, aku belajar tentang ni. aku belajar untuk mempercayai orang. belajar untuk menyerahkan tanggungjawab pada pelajar aku.........

pss yang aku jaga bukak cinema masa open block ari tu. 2 tempat lagi..... kat bilik kuliah dan bilik rehat blok laksamana. aku beri tanggungjawab untuk uruskan cinema ini pada ajk f4 yang 5 orng tu. aku ingatkan berulang kali pasal penjagaan tempat dan peralatan yang digunakan. jaga baik2 sebab tu sume brang pinjam. sepanjang masa risau jgk pikirkan boleh ke diorang jaga tempat dan barang2 tu. tapi aku simpan je kerisauan tu dalam hati ni........

malam tadi aku pegi check l tempat tayangan tu...... masuk je bilik kuliah tu.........masyaALLAH terkejut aku....!!!! tak sangka camtu sekali keadaannya!!! bilik kuliah tu dah tak macam masa aku mula2 masuk nak check tempat tu. aku tak sangka budak2 aku tu (..........f4 yg diketuai oleh norzul....) cukup bertanggungjawab. bersih dan teratur bilik kuliah tu!!!!.......... sampah yang sebelum ni melambak2, satu pun tak de..... kerusi yang sebelum ni bersepah2, dah tersusun rapi........... terharu aku. rasa malu dan bersalah pulak bila sebelum ni meragui kemampuan norzul... dan rakan2.

terima kasih norzul... kamu telah membuktikan kepada sensei kamu seorang yang boleh dipertanggungjawabkan..... (walaupun kamu sempoi je.........hehehe) teruskan sikap macamtu. jangan betray kepercayaan sensei ni tau....!!!

tahniah, berjaya membuat kutipan yang memberangsangkan masa tayangan tu. terima kasih sebab bagi kerjasama dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan..........

kesimpulannya??? percaya pada orang lain. jangan cepat judge orang sebelum tengok kemampuan dia. berani menyerahkan tugas untuk dilakukan oleh orang lain............ (tapi kerisauan tu perlu ada la.......... sikit......... hehehe....)

Aku dan duniaku 75 .... kenapa mesti berubah???

salam untuk semua....


aku tak paham betul la...

kenapa orang bila dah duduk tinggi sikit jarang memandang ke bawah??
kenapa bila dah berubah tempat mesti melupakan tempat yang lama??
kenapa bila dah ada kawan baru mesti melupakan kawan lama??
kenapa bila dah berkuasa sikit tak mahu dengar suara orang2 biasa??
kenapa bila dah jadi 'seseorang' mesti berubah sikap??

tak boleh ke bila dah duduk tinggi sikit, sesekali turun ke bawah??
tak boleh ke bila dah beralih tempat, sesekali menjenguk tempat yang lama??
tak boleh ke bila dah dapat kawan baru, kawan lama tetap dijaga??
tak boleh ke bila dah berkuasa sikit, dengar2 kan suara orang2 biasa??
tak boleh ke walaupun dah jadi 'seseorang', tapi masih bersikap seperti dulu??

aku nak tanya la....

akan kekal ke duduk tempat tinggi tu lama2??
akan kekal ke kat tempat baru tu tanpa pindah ke mana2?
akan setia ke kawan baru yang ada bersama??
akan kekal ke kuasa sedikit yang ada??
akan kekal ke gelaran 'seseorang' yang dibangga2?

tak takut ke nanti......

tiba2 terpaksa turun semula bersama mereka yang di bawah??
tiba2 pulang semula ke tempat lama??
tiba2 mencari semula kawan2 lama yang masih setia??
tiba2 ditarik balik kuasa yang sedikit yang ada??
tiba2 hilang gelaran 'seseorang' yang dibangga2??

hrmmm...............
ingat la, hidup ini ibarat roda........

renung2 kan la ..............
kerana setiap antara kita akan, sedang dan telah mengalami ini semua..........


kesimpulannya??? sedarlah bahawa kuasa dan pangkat yang kita ada tak kan kekal selamanya. bila dah berkuasa tu, pikir2kan la kebajikan orang2 dibawah yang dulu sama2 berkongsi gelak tawa, tangis derita. dengar la suara2 mereka. jangan la kerana kuasa dan pangkat kita dibenci. janganla kerana kuasa dan pangkat terlerai dan longgar ikatan persahabatan. jangan la kerana kuasa dan pangkat kita lupa diri dan asal kita..............(hanya ingatan buat diri sendiri dan juga sesiapa yang sedar diri...............)

Sunday, July 5, 2009

Aku dan duniaku 74......mini reunion??

salam untuk semua..........

hari terbuka asrama kat sekolah aku dah selesai. meriah jugak la. ramai yang datang. sambutan daripada ibubapa pun mengalakkan. tapi yang aku seronok ialah bila tengok ramai bekas pelajar batch sg gadut yang hadir. (batch sikamat pun mungkin ada jugak, tapi aku mintak maaf sebab tak kenal...........papepun terima kasih sebab hadir bagi sokongan...........) terima kasih kerana masih ingat pada sekolah dan masih mahu turut sama dalam aktiviti sekolah............. kehadiran kalian menyemarakkan lagi semangat juniors ...........

aku rasa la, dengan ada adanya aktiviti camni dapat 'menarik balik' ramai bekas pelajar batch sg gadut untuk datang semula ke sekolah. sebab waktu camni mereka akan hubungi member satu batch ramai2 dan datang kesekolah. sama2 datang dan mungkin pastu pergi mana2 ke, enjoy sekejap. bukan selalu dapat jumpa ramai2 kan?....... waktu2 camni la. nak jumpa saje2 je mungkin susah sikit sebab masing2 sibuk dengan studi kat matrik atau univ. lagi pun mungkin susah nak kumpul ramai2. betul tak??? so, open day ni macam mini reunion la untuk diaorang.

aku tengok batch graduate 07 dan 08 ramai yang datang. (itu yang aku perasan la......... pada yang lain sori, sensei tak nampak...............) ada yang konvoi 3, 4 kereta. seronok tengok diaorang datang ramai2 join aktiviti sekolah. antaranya jawa dan zul ('04, biru), syahir dan hasbi..... kalau x silap la (o6, purple), bota, faidzal, yusrin, haikal, rizal, akhbar dan member (07, merah), azim, zed, taufik, hakimi dan member (08, kuning) dan ramai lagi .....( sori yang lain tu sensei tak perasan ........ dan ada yang dah lupa nama ..... gomen ne...). thank you guys!!!

bota n company (yang 'ngacau' aku buat bahulu..... hehehe......)

kesimpulannya..... kepada bekas pelajar sdar ...khasnya batch sungai gadut, rajin2 la datang jenguk2 sekolah. jangan la tunggu bila ada aktiviti baru nak datang. anytime.... lagi baik kalau dapat bagi talk kat juniors (santai2 je la..)......... motivate sikit diorang tu. pape pun thanks guys!! keep in touch ke....
*sori guys sebab x dapat nak layan u all properly. sibuk sangat....... maklum la project manager..... hehehe.... dan 'mabuk' dengan bahulu............ next time k.....

Aku dan duniaku 73 ......... bahulu oh bahulu.....

salam untuk semua..........

fuuhhh...... baru la boleh tarik nafas sikit. seminggu ni aku rasa sesak sangat. banyak sangat benda nak buat........ macam2 dalam kepala. sume sebab open block. alhamdulllah, ari ni boleh bernafas dan lega sikit. dah 90% beres. open block pun dah berjalan dengan jayanya. 10% tu tinggal urusan kewangan je............ (mana nak cari tambahan duit lagi ni....???!!! nak bayar hutang yang dah di advance2 kan............patutnye aku tak susah pasal hal ni, budak yang kena cari duit.......... tapi biasa la, rasa tak sedap ati bila bab2 duit ni...............)


seronok betul open block kali ni. banyak benda baru. tapi yang aku enjoy betul ialah masak bahulu. dah lama aku tak masak kuih ni. sejak nenek aku meninggal, aku dan adik dah stop buat kuih ni. nenek aku memang suka kuih ni. dia tak nak yang beli. so tiap kali nak raya, aku dan adik akan buat kuih ni. so, bila dapat peluang buat kuih ni aku mememang nak offer diri.....(lupa kejap tugas sebagai projek manager.......). memang la penat dan ambik masa panjang tapi bila kuih tu siap dan cantik pulak, itu yang seronok tu. kepuasan yang tak terkata...... (ni memang betul ........... sampai selesai aku buat dengan budak.............) aku rasa budak2 aku pun seronok sebab sampai habis diaorang setia lagi mengadap api dan asap.........(budak rumah temenggung la..............semangat betul diaorang.........) yang bagusnya budak2 f5 sumenye yang buat dengan aku. adalah 3, 4 orang f4, f3 dan f1 (f1 kena pukul telur la............

walaupun buat bahulu ni bertanding, kena la jugak buat betul2. kena la buat bahulu dengan kualiti yang tinggi. aku bangga sebab rumah temenggung berjaya menghasilkan bahulu asli.... walaupun memakan masa agak lama. ini diperakui oleh ibu bapa yang hadir dan juga guru-guru....dan kak limah dan kak lijah sendiri...!!!! hm pun perakui....!! canggih gitu....!!! go temenggung!!! sebab tu kalau tengok, balang plastik bahulu temenggung susut sebab ramai yang 'merasa' dan mengambil. parents pun sampai nak beli tuuu...."sori la encik/maaf la puan. ini untuk budak2. tapi kalau nak rasa, ambil la", alasan aku beberapa kali......... (hah...!!! itu la buktinyer.......pada yang masih tak percaya.......) bukan la nak bangga diri, tapi aku dan biasa buat bahulu ni. dan bila buat kuih tradisional ni banyak peraturannya untuk dapatkan kualiti yang baik. tapi yang bagusnya masak bahulu ni ialah kualiti yang baik dan kuantiti yang banyak. (biasanya orang tengok kualiti bukan kuantiti atau sebaliknyer kan.............tapi bahulu dua2 sekali boleh dapat.............). dan satu lagi, masa buat bahulu ni pantangnye ialah air. jangan ada contact langsung dengan air. kalau tak batat la dia.......... keras boleh baling dinding...


aduuuhhh...... sori la. melalut pulak aku pasal bahulu ni (cukup2 la tu....sapa nak baca pasal bahulu woii........!!!!....). itu aku tak cakap pasal macam mana nak tau bahulu asli dan berkualiti atau tak lagi...... tapi pape pun aku seronok betul...... terutama bila dapat masak bahulu...........



kesimpulannya.... warisan tradisional ni perlu dijaga dan dibuat mengikut keasliannya. jangan sekadar nak buat je. jangan nak cepat habis je. banyak yang perlu diketahui. dengan hasil yang berkualiti dan keaslian yang sebenar, baru la tinggi nilai kepuasan tu. (penat dan lenguh badan pun tak terasa...............)

Friday, July 3, 2009

Aku dan duniaku 72 ........???? blurrr......???

salam untuk semua...........

aku tengah blurrr ni.......


kenapa bila terbit rasa sayang
perlu lahir juga rasa cemburu...???
kenapa bila terbit rasa sayang
tak boleh sayang-sayang je.....???
kenapa bila lahir rasa cemburu
jadi bertambah sayang...???
kenapa bila lahir rasa cemburu
tak boleh nak cover-cover....???
kenapa bila sayang, muka manis bicara merayu...???
kenapa bila cemburu, muka bengis bicara merapu....???
kenapa bila sayang, "i miss u..." ............???
kenapa bila cemburu, "i hate u..." ......???
kenapa sayang dan cemburu itu perlu hadir bersama...........???
kenapa tak boleh sayang-sayang dulu, kemudian baru cemburu-cemburu...???
ishhh.....!!! tak paham betul aku.......
ada sape2 boleh bantu....????

Thursday, July 2, 2009

Aku dan duniaku 71 ....... banyaknya dugaan....

salam untuk semua......

dah lama aku tak menyibukkan diri dgn pelajar, (lepas aku lepaskan tugas sebagai guru lpp dulu)tapi dlm seminggu ni, setiap hari aku perlu berinteraksi dgn pelajar yang terlibat sebagai ajk open blok sdar 2009. entah camne aku telah dilantik oleh pihak pengurusan sebagai project manager ....(cikgu sahak punya kerja la ni............ hehehe...... jgn marah ye, cg sahak.....)so, nak tak nak terpaksa la ambik tau tentang program ni.

apa kerja project manager hah...??? setahu aku jadi manager ni, arahkan anak buah buat kerja dan memantau je......... (tapi aku tak boleh la macam tu.......... aku tak suka arah2 orang ni, orang arah aku tak pe...... hehehe..... 'saya yang menurut perintah' la..............). dah lama tak berurusan dgn budak, rasa seronok pulak bila sibuk2 dengan diorang untuk open blok ni. bukan apa, selain dapat memantau, menegur, memberi idea dan berbincang sama2 dgn diaorang, banyak yang aku belajar sebenarnya. tu la kata orang kan, banayk pengajaran yang kita perolehi dalam menjalani kehidupan ni.

satu drpnya ialah cara menghadapi dan menangani dugaan dan masalah yang melanda. aktiviti open block ni memang diantara program paling besar yang sekolah buat untk budak2. program ni sebenarnya digerakkan dan direalisasikan oleh pelajar. cikgu jadi pemerhati je. tapi bayangkan la budak2 umur 16, 17 tahun yang uruskan majlis besar. tentu la banyk dugaannya. (orang tua buat majlis pun banyak cacatnya..............). duit tak cukup, sponsor tak dapat, nak buat konsert tak dapat..........(mula2 tu je, lepas tu ok. 'green light'. thanks hm......tapi dengan syarat......... hehehe.....guys!! pastikan patuhi syarat tu tau...!!!). contact old boys tak dapat, order lain, dapat lain............ dan macam2 lagi la!! kesian gak aku tengok. tapi bab nak dapat sponsor khasnya kewangan la yang aku paling kesian......... first call, "nanti saya bagi tau.....". kali kedua call, "jap lagi cal balik boleh tak?" kali ketiga call, "sapa lagi yang dah bagi?". kali keempat call, "ok nanti saya bank in kan", alhamdulillah. terima kasih..... (tapi sehingga post ini ditulis, pelajar masih kekurangan rm2000 untuk menjalankan aktiviti...........adusss....!!! aku pun dah tak de daya nak tolong dah............ mana nak cari ni???...... kesian kat budak2 tu................)


diaorang nak buat yang terbagus, so biasala kena belanja sikit. sewa p.a sistem dan kumpulan band pun dah rm7000...........(semua sebab nak hiburkan pengunjung yang datang dan adik2 junior.......). tapi diaorang tak putus asa. usaha jugak la call sana sini, walaupun akan kena marah sebab last minit........... bila tanya "so, mana nak dapat baki ni.....?", "tak pe la sensei, nanti kami cuba jugak dapatkan. kita pinjam la mana2 dulu, lepas program kami akan cari..........", jawapan yang aku terima......... terharu dan kagum aku dengan attitude tu. terharu sebab masih berfikiran positif dan tak putus asa walaupun manghadapi masalah tu. dan kagum kerana semangat dan kesungguhan yang diaorang tunjukkan tu walaupun dugaannya banyak............. (sensei tabik kat kamu sume........)

pape pun, aku percaya diaorang akan berjaya menjadikan open block kali ni lebih hebat..!! dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan, insya ALLAH akan berjaya........... gud luck guys!!! gambatte ne..!!!!