salam untuk semua.........
hari ni aku mengalami satu peristiwa yang cukup mendebarkan. masa ke jaya jusco (jj) seremban petang tadi aku terperangkap dalam kejadian ancaman bom. baru 10 minit menjejakkan kaki di jj, aku terdengar siren yang cukup kuat. kemudian semua yang ada di dalam diarahkan keluar dan menjauhi bangunan. mula2 aku ingatkan ada fire drill. tapi setelah mendapat maklumat drp salah seorang pegawai keselamatan di situ baru la aku tau situasi sebenar. baru la debaran dan rasa takut itu datang. alamak...!! kereta parking kat atas!! ah..! biar la. yang penting nyawa.
kemudian datang la satu2 kereta polis (adalah dalam 10 buah kot....) 3 buah kereta bomba, sebuah ambulan, sebuah pacuan empat roda yang membawa anjing pengesan dan sebuah kereta bomb squad. cepat dan cekap betul pasukan keselamatn bertindak. x sampai setengah jam , semua tu dah sampai. aku bersama staf dan pengunjung yang ramai menanti lebih kurang 3 jam baru la bangunan itu diisytiharkan selamat. dan seolah tiada apa yang berlaku, suasana di jj kembali seperti biasa.
aku teringat semula kenangan setiap kali berlaku gegaran gempa di jepun. kalau yang kecik2 tu memang dah biasa la. tapi bila yang besar sikit pastinya siren akan dibunyikan dan keluar la beramai2 ke kawasan lapang yang berhampiran. aku tak sangka akan mengalami peristiwa yang sama di negara sendiri (yang x de gempa ni.........)
keadaan orang ramai di hadapan jj
do not cross this line....!!!!!
wajah2 cemas
dua buah kereta bomba yang bersedia....
kereta unit k-9 (kanan) dan kereta bomb squad (kiri)
anggota unit k-9
kereta anggota unit k-9
orang ramai menunggu kebenaran untuk masuk
jj yang mencemaskan............
satu peristiwa yang menarik dan mendebarkan.............
tahniah.... suatu yg cukup bagus kerana kamera sentiasa disisi.....teknik fotography bagus juga...perlu lagi ada tambahbaikkan dari segi komposisinya dan mesej yg ada dalam gambar....wbnpun tahniah dan syabas!!!
ReplyDeletesifu, kamera sebenarnye dalam kereta. frust jugak la. so, pakai handphone je tu. sebab tu gambar tak berapa jelas....
ReplyDeletentah2 ramai2 evacuate dari jj sbb sensei masok kot... hehehehee.. gurau2 =))
ReplyDeleteSatu pengalaman yg menarik...agknya br dgr brita letupan bom di Jakarta kot...nk jd mcm Nordin Mat Top...
ReplyDeleteselamat xde pape~
ReplyDeletealhamdulillah.... tapi gabra jugak la.... hehehe... unforgetable experience...
ReplyDeletetaufik - hahaha......
iqbal - ada jugak suara2 orang ramai yang berkumpul tu yang cakap camtu .....