Friday, July 17, 2009

Aku dan duniaku 85 .... rasa bersalah...

salam untuk semua.........


aku rasa bersalah sangat 2 hari ni. bersalah sebab aku tidak menjenguk kawan yang memerlukan teman di hospital sekarang. bersalah kerana tidak dapat menemankan teman yang keseorangan dalam kesakitan sekarang. bersalah sebab tak dapat melepaskan diriku dari kesibukan kerja. bersalah kerana aku tak mampu menunaikan janji pada kawan yang mengharap

esok aku bertekad untuk menjadi teman buat kawan di hospital. esok aku berazam untuk bersama kawan merasai kesakitanya (walaupun sebenarnya tak boleh pun.............). esok aku akan melupakan sekejap kerja2 yang ada.............. dan esok aku akan menunaikan janji yang belum tertunai terhadap kawan...........

esok aku akan cuba membuat kawan tertawa, biar dapat melupakan sebentar kesakitan. (walaupun aku tahun dia pastinya akan kesakitan............) esok aku akan cuba menggembirakan kawan.......... dengan kehadiranku menemaninya.............

No comments:

Post a Comment