Monday, July 6, 2009

Aku dan duniaku 75 .... kenapa mesti berubah???

salam untuk semua....


aku tak paham betul la...

kenapa orang bila dah duduk tinggi sikit jarang memandang ke bawah??
kenapa bila dah berubah tempat mesti melupakan tempat yang lama??
kenapa bila dah ada kawan baru mesti melupakan kawan lama??
kenapa bila dah berkuasa sikit tak mahu dengar suara orang2 biasa??
kenapa bila dah jadi 'seseorang' mesti berubah sikap??

tak boleh ke bila dah duduk tinggi sikit, sesekali turun ke bawah??
tak boleh ke bila dah beralih tempat, sesekali menjenguk tempat yang lama??
tak boleh ke bila dah dapat kawan baru, kawan lama tetap dijaga??
tak boleh ke bila dah berkuasa sikit, dengar2 kan suara orang2 biasa??
tak boleh ke walaupun dah jadi 'seseorang', tapi masih bersikap seperti dulu??

aku nak tanya la....

akan kekal ke duduk tempat tinggi tu lama2??
akan kekal ke kat tempat baru tu tanpa pindah ke mana2?
akan setia ke kawan baru yang ada bersama??
akan kekal ke kuasa sedikit yang ada??
akan kekal ke gelaran 'seseorang' yang dibangga2?

tak takut ke nanti......

tiba2 terpaksa turun semula bersama mereka yang di bawah??
tiba2 pulang semula ke tempat lama??
tiba2 mencari semula kawan2 lama yang masih setia??
tiba2 ditarik balik kuasa yang sedikit yang ada??
tiba2 hilang gelaran 'seseorang' yang dibangga2??

hrmmm...............
ingat la, hidup ini ibarat roda........

renung2 kan la ..............
kerana setiap antara kita akan, sedang dan telah mengalami ini semua..........


kesimpulannya??? sedarlah bahawa kuasa dan pangkat yang kita ada tak kan kekal selamanya. bila dah berkuasa tu, pikir2kan la kebajikan orang2 dibawah yang dulu sama2 berkongsi gelak tawa, tangis derita. dengar la suara2 mereka. jangan la kerana kuasa dan pangkat kita dibenci. janganla kerana kuasa dan pangkat terlerai dan longgar ikatan persahabatan. jangan la kerana kuasa dan pangkat kita lupa diri dan asal kita..............(hanya ingatan buat diri sendiri dan juga sesiapa yang sedar diri...............)

No comments:

Post a Comment