salam untuk semua......
dah lama aku tak menyibukkan diri dgn pelajar, (lepas aku lepaskan tugas sebagai guru lpp dulu)tapi dlm seminggu ni, setiap hari aku perlu berinteraksi dgn pelajar yang terlibat sebagai ajk open blok sdar 2009. entah camne aku telah dilantik oleh pihak pengurusan sebagai project manager ....(cikgu sahak punya kerja la ni............ hehehe...... jgn marah ye, cg sahak.....)so, nak tak nak terpaksa la ambik tau tentang program ni.
apa kerja project manager hah...??? setahu aku jadi manager ni, arahkan anak buah buat kerja dan memantau je......... (tapi aku tak boleh la macam tu.......... aku tak suka arah2 orang ni, orang arah aku tak pe...... hehehe..... 'saya yang menurut perintah' la..............). dah lama tak berurusan dgn budak, rasa seronok pulak bila sibuk2 dengan diorang untuk open blok ni. bukan apa, selain dapat memantau, menegur, memberi idea dan berbincang sama2 dgn diaorang, banyak yang aku belajar sebenarnya. tu la kata orang kan, banayk pengajaran yang kita perolehi dalam menjalani kehidupan ni.
satu drpnya ialah cara menghadapi dan menangani dugaan dan masalah yang melanda. aktiviti open block ni memang diantara program paling besar yang sekolah buat untk budak2. program ni sebenarnya digerakkan dan direalisasikan oleh pelajar. cikgu jadi pemerhati je. tapi bayangkan la budak2 umur 16, 17 tahun yang uruskan majlis besar. tentu la banyk dugaannya. (orang tua buat majlis pun banyak cacatnya..............). duit tak cukup, sponsor tak dapat, nak buat konsert tak dapat..........(mula2 tu je, lepas tu ok. 'green light'. thanks hm......tapi dengan syarat......... hehehe.....guys!! pastikan patuhi syarat tu tau...!!!). contact old boys tak dapat, order lain, dapat lain............ dan macam2 lagi la!! kesian gak aku tengok. tapi bab nak dapat sponsor khasnya kewangan la yang aku paling kesian......... first call, "nanti saya bagi tau.....". kali kedua call, "jap lagi cal balik boleh tak?" kali ketiga call, "sapa lagi yang dah bagi?". kali keempat call, "ok nanti saya bank in kan", alhamdulillah. terima kasih..... (tapi sehingga post ini ditulis, pelajar masih kekurangan rm2000 untuk menjalankan aktiviti...........adusss....!!! aku pun dah tak de daya nak tolong dah............ mana nak cari ni???...... kesian kat budak2 tu................)
diaorang nak buat yang terbagus, so biasala kena belanja sikit. sewa p.a sistem dan kumpulan band pun dah rm7000...........(semua sebab nak hiburkan pengunjung yang datang dan adik2 junior.......). tapi diaorang tak putus asa. usaha jugak la call sana sini, walaupun akan kena marah sebab last minit........... bila tanya "so, mana nak dapat baki ni.....?", "tak pe la sensei, nanti kami cuba jugak dapatkan. kita pinjam la mana2 dulu, lepas program kami akan cari..........", jawapan yang aku terima......... terharu dan kagum aku dengan attitude tu. terharu sebab masih berfikiran positif dan tak putus asa walaupun manghadapi masalah tu. dan kagum kerana semangat dan kesungguhan yang diaorang tunjukkan tu walaupun dugaannya banyak............. (sensei tabik kat kamu sume........)
pape pun, aku percaya diaorang akan berjaya menjadikan open block kali ni lebih hebat..!! dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan, insya ALLAH akan berjaya........... gud luck guys!!! gambatte ne..!!!!
No comments:
Post a Comment