salam untuk semua.......
2, 3 hari ni aku sibuk sikit. kelas macam biasa la. kerja2 kat pss tu pun ada jugak yang menunggu. skarang ni tambah lagi kerja2 untuk hari terbuka asrama. tapi nak ikutkan tak la banyak mana pun, cuma bantu ajk pelajar uruskan sponsor je.
aku tabik kat ajk hari terbuka ni sebab hampir 90% kerja diaorang yang buat. daripada perancangan sampai la cari sponsor. ke hulu ke hilir pinjam hp cikgu buat panggilan. aku punye pun jadi mangsa jugak la. keluar masuk bilik kaunseling dan pss taip surat. semua ajk f5, so diaorang nak kan hari terbuka kali ni jadi sesuatu yang akan meninggalkan kenangan pada semua warga sekolah khasnya batch diorang la. all out betul diaorang untuk hari terbuka ni. sampai ada cikgu yang risau tengok sebab ambitious sangat. banyak sangat yang nak dibuat.
kita tengok la hasil nya nanti.
satu lagi aku perhatikan, diaorang ni kalau dah bagi kerja untuk buat sesuatu, diaorang akn buat sungguh2. tambahan pulak program cam ni. satu cara untuk release tension belajar 24 jam kat sekolah kot. sesekali perah otak untuk kerja yang berbeza. yang menyeronokkan. aku pun tengok seronok. tak sangka sipolan tu boleh buat cam ni. tak sangka simamat tu bagus pr nya dalam telefon. sangka dia ni banyak idea dan kreatif orangnya...... dan banyak lagi la bakat terpendam yang timbul bila buat aktiviti camni.
aku rasa bagus jugak bagi diaorang peluang uruskan program camni. biar diaorang tau camne nak rancang, urus dan kendalikan perkara yang berkaitan. macam cari sponsor, buat surat rasmi, buat program dan lain2 la..... nanti bila dah masuk u dan dah hidup dalam masyarakat, tak le ternganga2, terkebil2 kata tak tau. kat sekolah la banyak boleh belajar. khasnya belajar berdikari. sekarang ni la masa untuk diaorang berdikari.
tapi cikgu masih kena memantau. takut terlampau excited sangat, diorang tersasar pulak. dah bersemangat tu, kadang2 tak perasan tindakan tu tak sesuai ke, tak patut ke...... so, tak boleh lepas tangan sepenuhnya. lagipun ini masih program sekolah.
gud luck hafizuddin, syukran, amiruddin dan kawan2. semoga hari terbuka kali ni menjadi yang terbaik dan akan jadi bench marking untuk jangka masa yang lama....(macam sambutan hari guru ari tu.......) halangan2 yang ada, ambil secara positif dan cuba baiki...... (dah terbukti tadi kan....... yang tak boleh, dah jadi boleh!!!!! yeah!!!!..........hehehe....)
kesimpulannya, buat sesuatu tu sehabis baik. jangan putus asa dan buktikan kerja yang bersungguh2 akan menghasilkan kepuasan.........
Kak... hari terbuka asrama nie... saya nak ucap good luck for u. Mintak - mintak semuanya berjalan lancar... dan meriah.
ReplyDeletewish pada budak2 la zid. akak mantau je.... tapi risau jugak sebab diaorang ambitious sangat.... tapi, tengok la nanti.... pape pun thanks 4 the support
ReplyDelete