salam untuk semua..............
hari ni bila pikir tak de nak buat ape kat rumah, aku pun keluar la. window shopping kat jusco. memang tak beli apa pun tadi walaupun jusco tgh sale............ (dapat control tu...........) tgh2 seronok window shopping, tetiba je kaki aku ni terarah ke mph (aaa.............. sudah..... ni tak boleh jadi ni. masuk kang, sure beli punye............... ) tapi cakap la camne pun kat hati ni, last2 aku dah terpacak kat section novel dalam mph tu. belek2 la beberapa buah buku. nak beli tak beli, nak beli tak beli, hati aku berkira2. tengah aku mamai nak buat pilihan tu, masuk la satu keluarga ni. mak, ayah dan dua orang anak gadis.........mmmm.... mungkin ting. 3 atau 4 atau lima kot. tetiba aku dgr mak dia cakap "along, angah, pilih lah apa buku yang nak". anak dia balas, (aku rasa along kot.............) "mi, berapa banyak sorang?" "tak kisah la, janji baca" jawab mak dia. ayah dia dah hilang kat bahagian majalah.......... aduuuussss!!! bestnya mak dia!! sporting betul!! tak kisah berapa banyak, janji baca........!!! kalau aku la jadi anak dia, mau aku kutip sume buku yang tak de lagi dalam koleksi aku........... hehehe.
lepas tu aku perhatikan gelagat dua anak gadis ni memilih buku. dgn bakul kat tangan masing2, aku tengok dia orang ambik buku, baca sinopsis kat belakang, letak balik. ambik satu buku, baca lagi sinopsis kat belakag, masuk dalam bakul. hampir 45 minit aku duduk kat bangku dalam mph tu memerhati gelagat diaorang sambil baca satu novel ( ntah ape tajuk nye pun aku tak tahu............ nak cover line je sebenarnye........hehehe) aku tengok mak diaorang sibuk kat bahagian buku2 masakan. sesekali kedua2 gadis ni berlari ke arah emak mereka dan menunjukkan buku. mak mengangguk dan buku tu masuk dalam bakul. sampai la aku dengar, "along, angah, dah ke? nak pegi makan pulak lepas ni", suara mak dia dah berdiri di kaunter. aku perhatikan kedua2 gadis ni bergegas ke kaunter dengan bakul masing2 yang separuh penuh menuju ke arah mak mereka. aku cuba nak intai berapa jumlah semua buku yang dibeli tapi tak nampak. lepas tu selamba je ayah dia keluarkan duit dan bayar. kedua gadis itu masing2 menjinjing plastik berisi buku yang dipilih. mak dan ayah juga menjinjing plastik walaupun tak sebesar dan seberat plastik2 anak2 mereka.
memerhati keluarga ini menghabiskan masa dan duit di kedai buku, buat aku sikit jeles dan gembira. jeles, sebab hari ni aku tak dapat nak beli buku macam mereka beli (........ budget bulan ni kena control........... nak bawak anak buah bercuti............) gembira kerana mak dan ayah itu tidak berkira bila beli bahan bacaan dan buku2 yang pastinya mengandungi ilmu (macam aku la ............. hehehe) gembira bila masih ada keluarga melayu yang minat membaca. gembira bila ada keluarga melayu menjadikan kedai buku sebagai salah satu destinasi percutian anak2 mereka. gembira bila masih ada keluarga melayu yang sedar kepentingan ilmu.
lepas habis 3 muka surat, novel yang ntah ape yang aku baca, aku pun melangkah keluar dari mph. keluar dengan kepuasan. puas melihat bangsa melayu masih ada yang rajin membaca. (walaupun sebenarnye aku jeles sebab tak beli buku ari ni.................)
kesimpulannya, kenapa tak bawak anak2 'bercuti' ke kedai buku...........????
No comments:
Post a Comment