salam untuk semua.............
fuuuhhh...!!! penat sungguh hari ni. pukul 8 pagi kuar rumah pkl 6:30 petang baru balik. aku pergi jalan jauh ari ni. ke ipoh. pergi kenduri kahwin rumah bekas pengetua sekolah aku. dia terima menantu. perjalanan pergi 4 jam dan balik 4 jam. aku pergi dengan bas sama2 beberapa orang staf sekolah dan keluarga mereka.
perancangan nak pergi ni aku dah buat dua minggu awal. apa pun aku nak jugak pergi kenduri ni. bukan apa, dah kebetulan cuti dan x payah nak drive sendiri. lagipun nak jumpa bekas pengetua aku dulu (aku namakan en r saje ye...........). nak bertanya khabar. kira sambil menyelam minum air la ni. berjalan ye jugak, makan kenduri ye jugak, jumpa sesorang yang lama tak jumpa pun ye jugak..............
sampai je kami, en r sendiri menyambut kedatangan kami. lebar senyum dia melihat kami yang ramai yang datang dari jauh. satu persatu staf lelaki disalam oleh en r. waktu aku menyerahkan hadiah yang aku bawak dan mengucapkan tahniah, en r berkata
"terima kasih la datang. terharu saya, sebab datang dari jauh," berkaca matanya sambil tersenyum. (aku rasa senyum tu nak cover...............)
"yang lain berkirim salam kat hm. diaorang tak dapat datang sebab kat sana pun banyak kenduri. so, saya ni wakil la........." aku sampaikan salam rakan2.
"takpe, takpe, saya tahu. yang dapat datng ni pun cukup saya hargai. terima kasih. jom, makan" sambil mengiringi kami ke khemah makan.
apa yang aku kagum dgn en r ialah dia duduk sama di meja makan staf lelaki. sesekali dia akan bangun mengalukan dan bersalaman dengan tetamu yang datang, tetapi kemudian duduk balik berbual dengan staf. dia melayan bekas stafnya seperti tetamu lain. memang camtu sikap en r. (sebab tu staf sanggup bawak anak isteri jauh2 hanya nak makan kenduri. aku rasa lebih nye nak jumpa en r. makan kenduri tu lain hal.) aku hanya melihat dari jauh. aku tengok banyak yang dibualkan. sesekali terdengar gelak en r yang cukup aku kenal. "natsukashii naaaa.........." fikir ku. 'natsukashii' pada en r kerana dapat bertemu bekas staf dia dulu. 'natsukashii' bagi aku sebab dapat mendengar galak tawa dan bertemu dengan en r. aku rasa bekas staf en r pun 'natsukashii' jugak dapat berbual dengn en r.
selepas makan aku ambil kesempatan untuk berbual dengan en r. walaupun sesekali diganggu dengan kehadiran tetamu, en r kembali semula berbual dengan aku.
"hm, nampak berisi la. senang hati ye?" tanya aku mengusik.
"tak la, susah hati," jawab en r tergelak.
"aik?! masih macam tu jugak ye hm? ingatkan kat mc ni dah terbalik?" usik aku lagi. (en r akan berisi bila susah hati. so, kalau tengok dia kurus sikit tu tanda dia senang hati la tu............ )
"kat sini la lagi berisi, sebab lagi susah hati....hehehe," balas en r sambil melepaskan ketawa kecil
"tapi seronok kan?" aku tanya lagi.
"seronok lagi kat sdar," jawab en r selamba.
aku tahu en r sukar untuk melupakan sekolah lama walaupun hanya 2 tahun kat situ. setiap kali bertemu sesiapa dari sekolah lama pasti itu yang dikatakannya.
sebelum kami beredar, kami ucapkan terima kasih sekali lagi pada en r.
"terima kasih la datang dari jauh. terharu saya. terima kasih ye........" sekali lagi ungkapan itu keluar dari mulut en r. aku tahu perasaan terharu itu memang hadir di hati en r, bukan sekadar ungkapan di mulut sahaja. seri wajahnya, lirik senyumnya, lenggok suaranya ketika mengungkapkan perkataan itu menggambarkan keikhlasannya.
terima kasih en r................ kerana kepenatan kami dalam perjalanan jauh hilang dengan ungkapan itu.......... terharu.......... (kuasa satu perkataan...........)
huhu...dah bermenantu encik r???
ReplyDeletehaha, saya rindu gak ngan dia...teringat masa buat kerja PA kat dewan n dia mesti ada..teringat masa dia bawak keluar budak2 PA belanja makan KFC tahun 2003...teringat masa dia cakap 'apa target2??' (dengan nada unik beliau masa perhimpunan)..teringat masa dia kantoikan saya translate essay english jadi karangan bahasa melayu masa prep malam...teringat masa masuk masjid smayang subuh, dia mesti dah duduk dengan tegak kat tengah2 masjid tgk budak2 masuk masjid...teringat masa dia jemput saya kat C14 suruh carikan channel tv kat rumah dia (igt saya technician ke?? huhu)...teringat masa dia belanja nasi goreng warden lepas buat kerja PA..adoi, banyaknya kenangan ngan dia...
terlalu banyak kan shukur.... mana2 pegi, buat apa2 pun dia mesti ada kan.... dia masih macam dulu (nada unik dia tu pun masih camtu....) yang jelas, dia memang sayangkan sdar,.... masih sayang kan sdar.......
ReplyDeletenak die kembali ke sdar!!!!!!!!!!!! en R...
ReplyDeleteacap, rasanya dia pun nak balik ke sdar jugak. tapi nak buat camne....... dia pun 'saya yang menurut perintah'
ReplyDeleteowh, sy knal sgt encik r itu~ harap2 encik a x bace post ni :P... penah jumpe die mase makan kat seri iskandar (dkat2 ngan UTP), nk ngeteh afta attend 1 event silat kat UiTM ctu~ yg terharunye die xpnah lupe student die, die yg tego sy dlu~ malu giler tp nk wat camne time tu tgh syok makan~ tu yg terharu gile~ kenangan kat skola tu xyah cite la~ die mmg close ngan budak2~ kegiatan2 'haram' dak redax time tu pon die tau kot tp die pcaye kat bdak2 die, kitorg bkan wat mende extreme pon~ huhuhu~
ReplyDeletememang pun. dia tak lupa kat student.
ReplyDeleteha..??? bdk2 redax ada kegiatan haram ke waktu tu? kenapa sensei tak tau? bukan sensei ke cg redax waktu tu??? hehehe.........