Friday, June 26, 2009

Aku dan duniaku 66 ..... kenangan zaman remaja...

salam untuk semua.........

pagi tadi pergi sekolah, sume bising pasal micheal jackson (mj) meninggal dunia. jadi topik utama jugak masa minum pagi kat kantin tadi. aku dengar je la citer2 kawan2 aku pasal pengaruh mj ni. pada yang minat tu memang ada jugak la rasa sedih. berita kematian mj ni berterusan sampai malam kat tv. dan akan berterusan jugak la untuk beberapa hari nanti..... ntah2 berminggu.... banyak la tribute untuk mj nanti......

aku pun sebenarnya membesar dengan tempias mj boom. zaman sekolah dulu, dengan member2 memang aku ikut jugak perkembangan mj ni. sampai ada jugak album mj yang aku beli.( tak silap aku, album thriller dan dangerous, pastu album compilation....) lagu2 macam 'beat it' 'remember the time', 'i'll be there', 'thriller', 'smooth criminal', 'billie jean', 'black or white', 'heal the world' dan banyak lagi menjadi lagu2 yang selalu aku dengar masa studi malam2. dan sume lagu tu meninggalkan kenangan masa remaja aku dengan member2 kamcing.

tapi aku tak la diehard fan mj ni. cuma suka kat lagu dia je. suka kat lirik2 lagu yang dia cipta. kalau dengar betul2 banyak lagu mj yang menyentuh tentang kemanusiaan dan kecintaan terhadap alam semula jadi. contoh 'black or white' dan 'heal the world'. aku ikuti jugak la perkembangan mj. tapi lepas ni, dia dah tak de, tak de la seronoknya dunia hiburan hollywood. tak de la lagi citer tentang perkara2 pelik yang mj lakukan. tak de la ikon pop yang mampu jual berbilion2 album seluruh dunia. tak de la lagi penyanyi yang akan menang 10 grammy awards untuk satu album. tak de la lagi penyanyi yang akan invent 'walk' macam mj punya 'moonwalk'. tak de lagi 'king of pop'. siapa la agaknya yang akan dapat mengambil alih gelaran 'king of pop' tu. hmmm......tak kan ade kot..............


album compilation micheal jackson, 'history' dan sekarang mj dah jadi 'history' (suratan dan kebetulan...???)

kesimpulannya??? (ada kesimpulan jugak ke ni......?? hrmm.........) kaya macammana pun manusia ni, bila dah mati tak kan ada gunanya harta melimpah tu. 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". tetapi nama yang macammana yang ditinggalkan tu bergantung kepada apa yang dilakukan semasa hidup............

No comments:

Post a Comment