salam untuk semua..............
sekarang ni perasaan aku bercampur baur. antara puas, bangga, simpati dan duka. menyaksikan perlawanan akhir basketball siang tadi menerbitkan semua perasaan ini. kuasa sebiji bola dan 10 orang pemain di gelanggang. kuasa suara jurulatih dan sorakan supporters. kuasa satu perlawanan basketball................
puas .......... kerana aku dapat menyaksikan satu perlawanan yang cukup ada class. walaupun budak2 sekolah yang umur 15 hingga 17 tahun. puas kerana aku dapat turut sama bersorak dan menyokong pasukan yang aku suka......(.....mestilah REDWINGS...). puas kerana dah lama tak tengok perlawanan di tepi gelanggang.........puas kerana tak miss perlawanan REDWINGS ............puas kerana dapat menjerit......
bangga .................. kerana dapat melihat potensi dan bakat budak2 yang masih sekolah setanding dengan pemain dewasa.........(pada pandangan aku la............). bangga kerana diberi peluang untuk bersama2 dalam perlawanan ini (walaupun orang tak jemput pun............muka tak malu je datang............nak support REDWINGS ...........). bangga kerana dapat menjadi saksi perlawanan2 yang hebat. bangga kerana pemain2 ini menunjukkan disiplin diri yang tinggi............ bangga kerana pemain2 ini pelajar2 aku...............
simpati ............ melihat pemain bersedih menerima kekalahan. simpati melihat segala usaha mereka berlatih dan berkorban gagal membuahkan kejayaan. simpati melihat supporters turut menitiskan airmata. simpati kepada jurulatih yang masih mampu tersenyum.........(walaupun hati turut kecewa......)
duka............ melihat airmata pemain tingkatan 5 kerana aku tahu betapa tingginya harapan mereka untuk menjulang kejayaan ditahun akhir mereka di alam persekolahan (nazrin, ghazali, dhiyyaz, razzan, hanif, arif, iqmal .............. you guys are amazing......!!!!). duka kerana niat mereka untuk mengembalikan kejuaraan selepas 17 tahun kecundang............. duka kerana aku tidak mampu melakukan apa2 untuk mereka..........
'spread your wings, REDWINGS!!!'
No comments:
Post a Comment