salam untuk semua..............
cuti sekolah dah hampir berakhir. dah dapat dipenuhi ke semuanya janji pada anak2 sempena cuti ni. aku?? hanya mampu penuhi 2 permintaan saja. ke strawberry park dan ke genting belum lgi dapat aku penuhi. tapi aku berjanji dengan anak2 buah aku, insyaALLAH aku akan bawak diaorang lain kali. itu janji aku...............
aku bersyukur sebab cuti kali ni banyak yang aku nak buat untuk diri sendiri dah dapat aku penuhi. salah satunya, nak berehat betul2 kat rumah emak. minggu pertama aku khaskan untuk aku rehat dan releks kat kampung. minggu ke dua baru aku penuhi permintaan anak2 buah aku dan buat kerja yang terbengkalai ......(marking exam paper la....... alhamdulillah dah beres.........)
bukak sekolah ni boleh fresh dengan semangat baru........... hehehe....
tapi aku cukup hargai sekelompok manusia yang terpaksa mengorbankan cuti sekolah demi nama sekolah. contohnya, beberapa orang pemanah sekolah menghabiskan minggu pertama cuti mereka menyertai kejohanan memanah mssm di labuan. pasukan ragbi menghabiskan minggu ke dua menyertai latihan dan kejohanan sbp 10 di johor (malangnya sdarlions kecundang ditangan semashur dalam perlawanan akhir.........). ahli wind orchestra menghabiskan minggu kedua cuti mereka dengan latihan intensif di sekolah. semua ini demi ingin menjulang nama sekolah merangkul kemenangan dalam aktiviti yang disertai. apa ertinya cuti pada mereka ini? seolah tiada maknanya cuti kerana mereka perlu hadir ke sekolah. mereka sanggup berkorban demi menjulang nama sekolah.
tapi, adakah pihak yang sedar akan pengorbanan mereka ini?? adakah pihak yang bertanya kebajikan mereka ini (dewan makan dan kantin ditutup....................) adakah pihak yang tampil membantu mereka ini?? adakah pihak yang bertanya khabar mereka ini? adakah pihak yang ambil perhatian terhadap kesungguhan dan pengorbanan mereka ini?
andainya kejayaan dirangkul, bukan nama mereka secara individu yang diingati. nama sekolah yang akan diumumkan. nama sekolah yang akan disebut. nama pentadbir yang akan diingati. jadi, mereka berkorban untuk siapa? jelasnya bukan untuk diri sendiri............(mungkin ada yang kata untuk kepuasan diri sendiri.........memang betul. tapi mereka tak akan war2 kan kemenangan itu untuk diri sendiri. mereka akan nyatakan kemenangan itu untuk sekolah..........)
bagaimana kalau mereka kalah nanti? apa kata2 yang akan mereka terima? "sia-sia je dtang berlatih masa cuti, menang nye tidak". "tak berbaloi cuti kali ni". "membazir je..." mungkin kah suara2 camni yang akan kedengaran?? pastinya terluka hati mereka. pastinya terguris perasaan mereka. pastinya tercalar jiwa mereka. pastinya hilang semangat mereka. kan manis kalau meraka mendengar "tak pe la. kami bangga dengan kamu semua". "kamu semua dan kerja kuat, nasib je tak menyebelahi kita". "adat pertandingan, ada kalah dan menang". "jangan putus asa. cuba lagi tahun depan. insyaALLAH ada rezeki kita nanti"."kami tetap menyokong". "terima kasih dan tahniah atas usaha dan komitmen yang diberikan." pastinya terubat kekecewaan mereka mendengar ungkapan2 ini. (bukannya susah sangat nak ucapkan tu kan.................) setidak2nya mereka tahu ada insan yang menghargai usaha dan pengorbanan mereka.
kesimpulannya, tanya lah diri sejauh mana kita sedia berkorban (tak kira la apa saje yang termampu ............. ) untk kepentingan orang atau pihak lain. yang penting bukan penghargaan atau pujian tetapi kepuasan diri dan keikhlasan melakukan pengorbanan itu...............
buat symphonic crew.......... good luck, all the best dan gambatte kudasai........ (awal sangat ke???.......... harap x de jinx wish awal2 ni.............kalau ada, gomen nasai !!......... hehehe.......)
hanya kau yang mampu....sdarians hebat la sensei...ni bukan pasal letih penat or kecewa..
ReplyDeleteni la memori yang akan buat diorang lebih tabah menempuhi hari2 yang mencabar kat sdar nnt..
btw...da abes skola nnt mesti jadi bahan gelak...
bende2 macam ni mmg best pon..tapi kene ingat jugak...ni ikot hati...real sdarians je yang enjoy wat bende2 cam ni...huhuhu..proud to be!!! sdarians!!
really hope u could prepare those words later...
ReplyDeletehowever, maybe u also could prepare if they win =)
kalau menang tak de masalah sebab gembira. cakap ape pun x pe bcoz they are in cloud 9. tapi bila kalah tu yang u need to prepare urself. cuma kadang2 tak sampai hati nak cakapkan. but actually they need a shoulder to cry on.... kan??
ReplyDeleteso camne??