salam untuk semua ...................
kali ni aku nak citer pasal kerenah pemandu kat jalan raya. kalau guests berpeluang untuk perhatikan, sebenarnya banyak citer boleh ditulis pasal pemandu2 jalanraya kita. aku dapat tengok macam2 hal sepanjang perjalanan aku dari kuala lumpur sampai seremban, perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam tu. dalam 1 jam tu macam2 benda aku boleh citer.
mula2 kuar je dari rumah (kat kajang nak ke kl,.......) masa kat tol batu 10, aku tengok kat lorong touch n go punye la panjang kereta. aik? tak kan kat sini pun jem jugak. aku biar je la sebab aku tak masuk lorong tu. kemudian aku tngok sume kereta kat lorong tu, menyalakan lampu undur. aik?! ape hal pulak ni?? bayangkan la lebih kurang 8 ~ 10 kereta yang nak undur. camne pulak ni?? rupanye ada kereta mamat ni salah masuk lorong. dia ingat sume lorong boleh masuk. sudahnya kene sumpah dek pemandu lain. yang aku heran, dia tak baca ke 'lorong touch n go' yang terpampang besar kat situ? tak sekolah ke?? menyusahkan orang je. pastu yang syok aku tengok, waktu kereta lain lalu, dia angkat tangan dan senyum!!! mintak maaf la tu.......... (at least tau jugak mintak maaf........... ) habis satu citer............
kemudian waktu aku nak masuk parking kat klcc, kat depan ada satu teksi ni bagi isyarat nak masuk ke kiri. aku yang tau kerenah pemandu teksi ni tau yang dia bukannya nak masuk kawasan parking tu. dia nak berhenti je kat tepi tu dan mungkin nak tunggu penumpang je kat situ. so, aku pun bagi la isyarat kanan nak potong. tetiba datng kereta nak masuk dari depan hon kat aku. dia pun nak masuk kawasan parking tu jugak. dia ingat aku potong teksi tu sebab nak potong Q. so aku pun tunjuk la aku nak masuk parking dan tunjuk kat pemandu teksi tu. tetiba kereta kat depan aku tu hon lagi. pemandu teksi tadi pun kuar dan pegi kat kereta tu. aku rasa dia bagitau kot yang aku bukan potong line. kemudian pemandu teksi tu bagi isyarat suruh aku masuk dan aku pun angkat tangan kat dia. mamat dalam kereta kat depan tu pun angkat tangan kat aku......... (dia perasan salah la tu......... pada hal aku tak angkat tangan kat dia pun..........) kalau nak ikut kan dia yang nak masuk tu yang kira potong Q sebab belakang aku banyak kereta lain yang nak masuk...... tapi orang belakang aku tak marah pun........... (kena berhemah dan bertolak ansur bila memandu ni.......... kalau tak boleh jadi gaduh...... pasal parking pun boleh gaduh kan............)
waktu nak balik, kat tol sungai besi, kat sume lorong tunai bukan main panjang kereta. aku berbaris di lorong tambah nilai touch n go. kemudian aku dengar hon panjang kat lorong tunai sebelah kiri aku. aku tengok ada satu kereta kancil ni nak masuh mencelah , nak potong Q. apa lagi, marah la brother kat lorong tu. orang punya setia berbaris, dia nak potong Q pulak. yang aku suka tengok ialah insiden himpit menghimpit antara dua kereta tu. bila mamat ni nak potong masuk je, brother ni himpit ke depan. tiga kali cuba tak dapat jugak, mamat ni pun pecut ke depan sikit dan himpit kereta lain. akhirnya dia dapat masuk. aku geleng kepala je. mesti geram brother kat belakang tadi. betul la kata member aku, orang malaysia ni nak tau brutal ke tak, tengok waktu dia memandu............. (aku tak tergolong dalm kumpulan ini tau........... hehehe....)
kemudian kerenah pemandu kat lebuh raya. dah penat agaknya iklan kat radio tu cakap, 'kalau tengok lampu dikelip2 oleh kereta di belakang anda, kalau tengok kenderaan di sebelah kiri lebih laju dari anda, maka anda perlu menukar ke lorong sebelah kiri..... bla....bla.....bla....'. tapi ada jugak yang tak reti dan buat tak paham. yang sakit ati tu bukan kat lorong tengah dia jalan, tapi kat lorong kanan!! tak geram ke??!! aku rasa dia bawak 90/100kmsj sedang kan lorong kanan tu untuk 110kmsj dan lebih. untuk kereta2 besar yang laju2............ (macam kereta aku ni......... hehehe.......... perasan.....). dia ingat jalan tu dia punya ke??? (ye la ..... tau la dia pun bayar cukai........tapi orang lain pun bayar cukai jugak, akupun bayar cukai jugak...........!!!!) kalau nak bawak di lorong kanan kena la laju ........... paham tak???!!!
so, aku nak tanya la, orang2 macam ni memang tak paham ke saje buat tak paham?? nak kata tak paham, masa ambik lesen dulu kan ada belajar ini semua?? ke, lesen tu 'lesen beli'........???
pada aku la, orang yang pakai 'lesen beli' ni tak layak memandu di jalan raya. kerana dia tak tahu peraturan dan akan membahayakan pemandu dan pengguna jalanraya yang lain.
kesimpulannya, pastikan anda mendapatkan lesen memandu yang sah sebelum memandu di jalan raya.............. hehehe.......
No comments:
Post a Comment