Sunday, June 21, 2009

Aku dan dunia ku 59 ..... positive attitude...

salam untuk semua............

hehehe......... sori, tajuk je bahasa inggeris (bi). aku kalau tulis bi nanti takut guest tak paham......betul...!!! tak pun aku kena gelakkan nanti.......... hehehe... sebenarnye aku lebih confident menulis dalam bahasa melayu (bm) walaupun bahasa pasar, sebab senang nak sampaikan apa yang nak kita tulis dan dalam bahasa jepun (bj). (ini x de kena mengena dgn ppsmi tau.............. aku tak campur hal ni.......hehehe).

aku nak citer pasal positive attitude ni. lepas aku bersama2 sdar sc selama 3 hari masa finale wind orchestra ari tu, banyak yang aku tengok dan banyak yang aku belajar drp ahli sdar sc ni. salah satu drpnya ialah positive attitude ni.

perjalanan sdar sc untuk menjadi naib juara ni bukannya mudah. banyak sangat dugaan yang terpaksa ditempuh. banyak sangat pengorbanan yang terpaksa dilakukan. mungkin pengalaman2 ini mengajar mereka untuk boleh berfikir dan bertindak secara positif dalam apa yang mereka lakukan selepas itu.


berlatih pun kat padang.... dalam panas.... (sebab sekolah tempat menumpang tu tak bagi guna dewan dia...........)


citernye camni. masa rehearsal, sdar sc gagal menunjukkan persembahan yang baik. banyak kesilapan yang dilakukan. ini mereka sedari sendiri. sumenya 'down' bila habis rehearsel tu. sume gabra. sume risau. sume takut. mereka risau dan takut untuk buat persembahan di final kerana takut akan buat kesilapan. sampai malam emosi mereka terganggu.

tapi bila ketua kata "lupakan sume tadi tu. kita perlu yakin kita boleh buat. kita practice lagi malam ni", bila jurulatih kata "it's ok. mistake tu sikit je. esok pagi2 kita practice lagi. ada masa lagi kan. boleh, don't worry", bila cikgu cakap "camni la, lupa kan je apa yang dah berlaku. jangan pikir2 dah. yang penting sekarang konsentrasi kami atas stage nanti. naik je atas stage tu, lupakan sume. fokus hanya pada instrumen kamu, note lagu depan kamu dan konduktor kamu. yang lain block. feel and enjoy the music......k?", senyum terukir kembali di wajah mereka. yosh..!!! lupakan sume. fokus pada persembahan. think positive. baru boleh main bagus.........

dan akhirnya, pasukan yang buat persembahan yang teruk masa rehearsal, berjaya menjadi naib johan!!! (hah....!!.... baru tau camne semangat ahli sdar sc.........). sdar sc berjaya menjadikan nightmare kepada sweet dream....... (hehehe....... betul ke tu...??) tahniah sdar sc.......

perembahan mengkagumkan SDAR SC .............. syabas!!

kesimpulannya??? pape pun yang kita buat, mesti pikir positif dulu. jangan kata tak boleh, sebelum cuba. memangla akan ada perkara negatif yang akan berlaku, tapi itu sume dugaan. dan sanggup menghadapi dugaan itu juga adalah satu positive attitude. insya ALLAH dengan niat dan berfikiran baik, akan ada nikmat dan hikmahnya yang akan diperolehi nanti. dan SDAR SC telah membuktikannya..........!!!!

1 comment:

  1. congratz to sdar symphony crew~ byk mende nk tgk on d same day~ las2 sume xpegi, dok umah jer~ huhuhu~

    ReplyDelete