salam untuk semua.........
hari ni aku ke majlis merisik dan pertunangan (2 in 1) anak kepada sepupu aku. sebelah aku ni lelaki, so aku pun ikut jadi tukang hantar. nak meramaikan majlis ............... lepas majlis makan tengahari yang simple kat rumah sepupu aku tu, kami pun bertolak la ke setapak kuala lumpur, ke rumah belah perempuan. dengan 5 dulang ( ..... macam dulang hantaran...)tanda bertanya, kami pun konvoi 7 buah kereta....(mak aiii!!! tu baru bertunang, nak nikah esok kok bawak bas agaknya.......... hehehe). sampai sana dalam hujan lebat (lebih kurang pukul 4 ptg.......).....menyinsing kain kami berjalan menuju flat rumah perempuan. ketibaan kami terus disambut mesra oleh tuan rumah. aku tengok ada la lebih kurang 6 orang je yang ada kat situ. (yang kemudiannya aku tau, emak dan ayah dia, abang dia dan isteri, wakil masjid kat situ dan makcik dia..... merangkap caterer.... campur jurugambar jadi la 7 orang) ramai lagi rombongan yang datang. simple betul ......pikir aku.
dah ada sumenya di ruang tamu, majlis pun bermula. pihak kami yang lelaki pun memulakan bicara. pakcik aku yang jadi ketua wakilnya. macam2 la pembuka bicara dia dan bahasa2 berhias yang keluar.... hajat kami ni besar, nak bertanya adakan sekuntum bunga yang mekar kat sini, ada kumbang yang berminat, adakah bunga sudah disunting orang....... bla,.... bla....., bla....., (pakcik aku ni kira pandai jugak la bab ni.......... dah banyak majlis dia jadi ketua wakil merisik dan meminang.....) yang lawaknya, pihak perempuan yang diwakili oleh abang dia, cakap "kami setuju je. kami dah pun dimaklumkan oleh adik saya pasal perkara ini. pihak kami tak de masalah," mak aiiii!! senang nye. tak de pun bahasa2 berhias, tak de pun soal jawab dan tanya menanya. simple je. pakcik aku terkedu. ok la, settle la perkara tu. pastu makcik aku pun masuk la bilik perempuan sarungkan cincin risik dan cincin tunang. dan selesai.
pastu pakcik aku tanya plak pasal belanja hantaran dan majlis nikah. macammana permintaan pihak perempuan? abang dia pun cakap camni, "ni kita serahkan kat tuan punya badan berdua la. majlis dia. biarla dia berdua yang putuskan". eh??!! camtu pulak??? kalau nak berdua uruskan tak payah la kami datang 7 kereta bawak macam2 dan buat urusan ni! tak payah la ada majlis ni. biarla semuanya bakal pengantin yang uruskan. aku pening kepala. sepupu kau lagi la. muka tak paham dan blurr dia. pakcik aku bincang jugak la sikit2. (dia kena la jalankan tugas kan dia jadi ketua wakil pihak lelaki...................).sudahnya kami pihak lelaki pun iya kan je la. da selesai satu lagi hal. simple lagi........... (sudahnya aku tau yang pihak perempuan dah tempah dewan untuk majlis persandingan nanti............... mak aiii!!! lagi advance................)
pastu ada satu lagi yang perkara buat aku pikir mak bapak perempaun ni simple. lepas majlis tetiba mak dia suruh panggil anak kepada sepupu aku tu naik untuk ambik gambar dengan anak dia (tunang anak sepupu aku tu...........) mak aiii!!! memang sempoi betul mak dia!!! kalau dulu la, jangan harap orang lelakinya nak naik kerumah perempuan. ada dalam kawasan rumah pun tak boleh!! apatah lagi nak ambik gambar!!!......................... baru bertunang makcik oiii!!! belum lagi nikah!!! tapi tu la kan, kalau orang tua dah sempoi, anaknye apa tah lagi. lip lap, lip lap la beberapa keping gambar pasangan yang bertunang............... ok la, tak kisah la tu.
sebelum balik kami dijemput untuk menjamah mnum petang. bab ni buat aku terkejut ayam. kalau majlis tadi punye la simple tapi bab makan ni meriah la pulak. kenapa aku kata meriah sebab siap buat khemah penanggah lagi (pasang scalop lagi tu ........) meja bufet yang panjang tu pulak penuh dengan makanan. dari hujung meja sampai hujung meja!! macam2 ada. aku tengok ada laksa johor, pulut kuning, mee hun, 5 macam kuih muih (ni aku sempat kira ......hehehe) air sirap, teh tarik, air mineral, buah tembikai, honey dew dan papaya. ni minum petang ni...!? agaknye majlis kenduri nanti mau tumbang lembu ke, kerbau ke ni ................kemudian aku pikir, memang camni agaknye cara orang kat sini. kenyang la rombongan pihak lelaki makan. pape
pun terima kasih kat pihak perempuan kerana minum petang yang mewah tu.
maka selesai la majlis simple petang tadi. kepada rizal (anak kepada sepupu aku .................. kira anak buah aku la.................) dan pasangan (lupa nak tanya nama...................) tahniah dan selamat bertunang.
kesimpulannya, akan hilang la adat resam budaya warisan melayu seandainya warga muda dibiarkan bertindak dan membuat keputusan sendiri. akan hilang la indahnya warisan budaya melayu andainya tidak dipertahankan oleh warga muda. warga muda perlu mempelajari ilmu budaya ini dari pada warga tu bagi meneruskan kesinambungan dan mengekalkan warisan budaya itu. budaya melambangkan bangsa.
*ada yang boleh di'simple'kan dan ada yang perlu diperberatkan.................................
btul sensei..budaya kita..generasi muda la yg nak mempertahankannya..tp tu lah sensei..kt men lg nk blaja bende2 mcm ni..perubahan budaya sgt cepat...
ReplyDeletekena ada kursus khas la kan. wujud kan pengajian ada resam melayu kat u ke ?? lagi satu kena diri sendiri la nak belajar.... sebab tu sensei kalau boleh akan pergi majlis2 cam tu..... nak belajar. kesalnye sebab perubahan budaya tu ke arah yang negatif yang banyak............
ReplyDeleteahahah~ bende tu da jd common skang~ baru bertunang, macam da kawen~ siap amek gamba same baju lg~ xsaba2 agaknye tu~ dah 2 majlis tunang sy pegi yg mcmtu, slh sorgnye kwn saye yg dok kat Seremban selatan tu, mmg makan tahap kenduri punye~ derg ni da tlupe ke purpose meminang tu? bek kawen teros je, save budget~ hahahhaha~
ReplyDeletetu la kan? tak yah nyusahkan orang banyak2 kali. ni nanti nak kenduri besar pulak. tapi tu la, adat resam kita semakin hilang. warga muda pulak dah semakin sempoi. pada sape nak diwariskan adat resam lambang bangsa kita ni???.....
ReplyDeletedun wori sensei, kenduri kawen sy, at least 4 kali sy jempot sensei~ :P
ReplyDelete