Thursday, June 25, 2009

Aku dan duniaku 65 ..... tak perasan ke, tak tau ke..... ke tak ambil peduli??

salam untuk semua.....


ari ni aku pergi bawak budak ke satu pertandingan kuiz. Tempatnye punye la jauh. Turun naik bukit lagi (...bukit tangga.... jeram toi terkenal kat situ.....) pukul 7:45 bertolak, pukul 8:48 sampai. Lepas daftar. Urusetia suruh pegi kantin, minum pagi..... nasi lemak lagi.... kenyang...
pkl 9:30 kuiz mula... pusingan awal ni kuiz bertulis. Lepas satu jam, budak pun selesai jawab soalan. Budak pergi minum lagi (mewah dengan makan kat sini........) cikgu pulak masuk bilik mesyuarat nak semak soalan..... (lawak betul kan. Sume cikgu pengiring kena semak kertas jawapn kuiz.... sumenye adhoc. Jaga kuiz bertulis tadi pun, guru pengiring yang kena jaga......tak pernah aku jumpa cam ni....guru pengiring jadi pengawas kuiz bertulis dan tanda kertas jawapan...........)
selesai tu, sume pergi dewan..... masa aku dan cikgu2 lain masuk, kuiz spontan sedang berjalan. Yang lawaknya, sume yang jawab budak2 yang duduk kat depan je.... budak2 yang ada kat belakang, nganga je.... (nak berlari kat mic untuk jawab, orang depan dan bangun dulu............ letak la satu lagi mic kat belakang, baru lah fair..... kesian budak aku, sebab duduk kat belakang......)

pastu pusingan akhir kuiz bermula. Sekolah aku tak terpilih.....( mana tak nya, sekolah aku je hantar budak2 sains, yang lain sume budak perdagangan........... yang memang field diaorang.....). so berlangsung la pusingan akhir kuiz tu. Akhirnya pasukan yang yang dah 5 tahun berturut2 jadi juara, menang lagi.......... (dah agak dah ........)

yang aku nak citer ialah, cara pengurusan dan pengendalian kuiz ini oleh tuan rumah. Pada aku yang selalu jadi ajk dalam acara sekolah, Nampak sangat banyak kepincangannya. Yang nyata ialah persediaan untuk tetamu. Lebih kurang 2 jam vip duduk kat situ, segelas air pun tak de diletakkan atas meja. Kemudian, masa majlis tengah berlangsung, ada pulak pihak teknikal yang dah mula mengemas meja kat atas pentas........ aduh, malunya!! Kalau kat sekolah aku ni, dah nyata kena sembur dek pengetua, tak pun dek pk. Aku geleng kepala je. Kemudian waktu nak ambik sijil penyertaan sekolah, tercangak2 ajk diaorang suruh cg2 naik. Main tunjuk je. Lain kali bagi tau la awal2 cikgu kena naik. Tak pun sediakan wakil...... adusss.....!!! camni ke kendalikan program peringkat negeri??? Vip, dato’ pulak tu. Aku tertanya...........


aku perhatikan, macam la pihak sekolah tak pernah kendalikan majlis camni. Mungkin sume ni benda2 kecil, tapi benda2 kecil camni la yang mencacatkan majlis. kalau aku bandingkan la majlis ni dengan majlis kat sekolah aku, macam langit dengan bumi...!!! kat sekolah aku, majlis dalaman pun canggih lagi, ni kan plak kalau kendalikan majlis peringkat negeri. Kemudian aku ingat balik prinsip aku ‘jangan expect orang lain boleh buat kerja macam kita’...... so, aku pun terdiam....... mungkin bagi pihak penganjur, camni la cara yang paling bagus mengendalikan majlis...... cara orang tak sama....

itu belum lagi aku citerkan benda2 yang berlaku masa kuz berlangsung........ antaranya, jurukuiz boleh bangun masa kuiz berlangsung, untuk bertanya sesuatu pada urus setia.......... sume tercengang. Pengendali markah berkomputer pun terkial2 nak buat. (rasanye diaorang ni tak di’brief’kan tentang ni kot..............) tu belum hal mic lagi. Masa vip nak berucapla baru terkial2 nak naikkan rostru, dan nak setting mic...... aduh....!!! kelam kabutnye.... aku geleng kepala je.......

di mana kah silapnye?? Ada kah kerana kurangnye penerangan? Ada kah kerana tidak berpengalaman? Atau adakah kerana sikap sambil lewa, ‘asalkan buat’ ?

kesimpulannya??? Walaupun camne saiz program tu, persediaan awal perlu dirancang secara terperinci. Perkara2 kecil perlu diambil perhatian. Kita mungkin tak perasan, tetapi orang lain akan perasan. Jangan ambil remeh perkara yang melibatkan orang luar. Kerana cara kita menjalankan tugas, menggambarkan sikap kita yang sebenarnya.......


5 comments:

  1. Kak... nak cerita tentang pengalaman saya masa karnival sains di SMT Dato Lela Maharaja. Overall, macam sekolah kita meriah. Cuma lagu negaraku sahaja versi lama. Yang bestnya dapat jumpa member lama...cikgu mat ali n mr fong.

    ReplyDelete
  2. owhh.. terkenang mase zaman dlu2 mengendalikan event~ macam stiap minggu ade event tp semuanya berjalan lancar n kalo ade kekurangan pon xde la kantoi sgt mcm event nih~ time tu plak sume bdak2 yg buat, cikgu jd pemantau jer~ really develops the students' skills. n kat utp, it's gud 2 see some of SDARians involved in the big events like convofair (bekas bdak P.A, Ska 2005 handle logistic dept. for ConvoFair 2008) walaupon jd ajk kecik je~ mungkin sbab da penat sgt kot~ but they really get the job well done despite the shortcomings and lack of resources~

    ReplyDelete
  3. bagus la afiq. at least ilmu yang dapat masa kat sekolah dulu boleh gunakan masa kat u. di skolah la sebenarnya banyak yang boleh dipelajari, bukan saja ilmu drp buku, tapi setiap aspek pengurusan dalam kehidupan. keep it up, guys!

    ReplyDelete
  4. hmm......rindu gile mase skolah dulu...pegi sane pegi sini....sensei gak yang slalu jadi guru pengiring..ahaha..skang ni dah takde mase nk buat bende2 sampingan.....sumenye lain..kalau kat msia rasenye ok lagi kot...

    ReplyDelete
  5. tak pe la helmi. yang penting sekarang studi. tambah pulak bila kat tempat orang tu, kena perform dalam studi kan? usaha pun kena berkali2 ganda. sensei dah rasa. memang tak de masa pun. papepun, gud luck k. study smart n stay smart. keep in touch k....

    ReplyDelete