Sunday, June 21, 2009

Aku dan duniaku 58 ....... kepuasan???

salam untuk semua............


bila kita dah lakukan sesuatu dengan sehabis baik dan dengan sehabis bersungguh2 (.... kalau puan k tau aku guna bm camni, mau menangis di agaknye....... sori kak k... hehehe), pastinya kita rasa puas. kalau aku la, lepas aku aku buat kerja bertungkus lumus, pagi petang siang malam, tidur pun tak cukup ..... dan bila dah selesai, aku rasa puas. lega pun ya jugak. puas sebab aku rasa dan aku dah buah beratus2 peratus dan lega sebab aku dah dapat selesaikan apa yan aku buat tu. nombor dua baru aku pikir hasil dia. yang penting kepuasan diri.


tapi semalam aku rasa aku perlu mengubah pandangan aku ni. peristiwa semalam memaksa aku untuk berfikir sehingga ketahap mana sebenarnya nilai kepuasan itu. kalau guests macamnana?


petang semalam, aku lihat hasil dan kejayaan menjadi pengukur nilai dan tahap kepuasan. aku melihat kepuasan diri sendiri tidak cukup untuk membuat diri gembira. aku melihat betapa kuatnya azam dan semangat dan kerjasama dalam kumpulan sebagai salah satu aspek menilai kepuasan. aku melihat kepuasan diri 'diketepikan'.


Konduktor & Presiden SDAR SC, Syahmi & Jabbar

(hensem betul malam tu................. )

finale festival wind orchestra sbp 2009 semalam, melihat pasukan sekolah aku sdar symphonic crew( pas ni aku pakai 'sdar sc' je.....) berjaya menjadi naib johan, tewas kepada tkc (memang jadi 'musuh' budak2 aku .........). tapi aku bangga dengan sdar sc sebab mereka main cukup 'outstanding'. pada pandangan aku (orang yang buta muzik ni....) antara 7 pasukan lain yang bertanding malam tadi, sdar sc la yang paling bagus (bukan bias sebab sekolah sendiri tau.......). walaupun jadi pasukan akhir yang buat persembahan (biasanya bila akhir ni audien dah tak nak dengar dah... dah bosan....) bila sdar sc main je, audien sume terdiam dan terpaku. sume fokus. sampai la habis. aku pun sama, sampai terjerit la bila bagi standing ovation lepas diaorang habis buat persembahan. dalam masa 7 minit pesembahan tu, aku berada dalam dunia 'bulgarian dance' yang dipersembahkan oleh sdar sc. dunia lain seolah tak wujud. hanya bila berakhir lagu tu, baru aku tersedar balik..... (fuuuh! punya la concentrate......)tu yang spontan aku bangun dan bersorak tu....... (yang frustnye budak2 sdar yang datang sokong tak bangun pun...... geram betul aku....... tak de feeling langsung.......). mula2 dengar tiupan solo di awal lagu, aku dah goosebumps. meremang semua bulu roma aku. pasukan lain tak pulak aku rasa macam ni.... ( lagi sekali nak cakap, bukan sebab sekolah sendiri tau....... ni memang betul....). bekas pelajar yang duduk sebelah akupun camtu jugak.... memang first class la sdar sc main. aku tabik la kat sume sdar sc....... (you all are really first class, actually, above the class.....sensei bangga dengan kamu....). aku cukup puas tengok persembahan sdar sc tu...... memang puas....


dengan persembahan itu sdar sc berjaya menjadi naib johan. bagi aku sudah cukup berbangga dengan keputusan itu setelah sdar sc gagal ke final tahun 2008. satu hasil yang cukup memberangsang dan mengkagumkan..... dan sdar sc kalah kepada pasukan yang 'mewah' dalam segala segi. kalah dengan pasukan yang niche area kulsternye memang wind orchestra. kalah dengan pasukan yang mendapat bantuan beratus2 ribu ringgit hanya untuk wind orchestranya.

sedangkan sdar sc, terpaksa bermain dengan serba kekurangan (terutama kewangan la....... so kepada sesiapa, khasnya old boys, jeling2 la sekolah dan bantu la untuk memperkembangkan bakat juniors untuk menjulang kejayaan ini..............datang la tengok komitmen mereka untuk menjulang nama sekolah.......) alat muzik pun terpaksa pinjam dari sekolah lain. untuk makanan tambahan pun mereka cari sendiri......... namun kekurangan ini tak melemahkan sdar sc. dan ini lah hasilnya. menjadi naib johan.......



Syahmi dipujuk oleh ibunya..........

tapi apa yang berlaku selepas itu yang mengusik hati hati keras aku ni. jatuh jugak air mata aku. tika aku masuk ke bilik tuning, aku lihat suasana sedih...... aku jadi terkejut. tapi aku tau kenapa. so, aku pujuk setiap sorang dan ucap tahniah. kemudian aku tanya fikri(f5), "kamu nangis ni sebab gembira ke sedih?kan kita menang?" "sedih sensei sebab gagal lagi nak letakkan nama sdar dalam senarai pemenang. gagal nak bagi adik2 rasa kejayaan." jawab fikri, memaksa kau menahan air mata. aku hilang bicara. bukan untuk kepuasan diri (sedangkan ini tahun akhir mereka (f5).......) tapi untuk kepuasan adik2 dan sekolah........... lihat la betapa murninya niat mereka...... selepas itu aku pujuk sorang demi sorang. nyata sekarang setiap ahli sdar sc ni, khasnya f5 tidak melihat kepuasan diri. mereka kecewa kerana gagal memuaskan hati banyak pihak. (sekolah, adik2, bekas pelajar, ibubapa.....). kepuasan diri itu mungkin akan datang kemudian...........

bagi aku, mereka tidak gagal. bagi aku mereka adalah juara. dengan serba kekurangan dan masalah yang melanda, mereka berjaya bangkit dan membuktikan semua itu bukan penghalang. cuma nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka. ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. yang penting kita perlu sentiasa bersyukur.


buat jabbar dan rakan2 f5 yang lain, terima kasih. hanya itu yang mampu diungkapkan. tapi perjuangan belum berakhir. selepas ni buktikan kalian mampu untuk cemerlang dan berjaya dalam akademik. jika dengan kerja kuat, komitmen dan pengorbanan yang dilakukan spanjang meniti kejayaan dalam sdar sc ini, insyaALLAH dengan semangat yang sama kalian akan berjaya menjulang kejayaan dalam spm nanti. kepada sdar sc yang lain, teruskan perjuangan. kepada bekas2 pelajar teruskan la memberi sokongan. mereka memerlukan bantuan dan bimbingan. kepada reen, tahniah...... (tak tau nak ucap apa lagi la reen.......... lepas ni boleh la rehat sikit......... hehehe......sikit je tau sebab kena pikir persediaan untuk jadi tuan rumah tahun depan..............hehehe )

kesimpulannya??? setiap manusia menilai tahap kepuasan dengan cara yang berbeza. walau camne pun yang pentng, jangan lupa mengucap syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNYA la kita mampu untuk berasa puas denga apa yang kita lakukan........... kepuasan hanya akan lahir stelah kerja dilakukan dengan ikhlas, bersungguh2, dan komited. apa pun bagi aku, kepuasan diri itu penting.............




No comments:

Post a Comment