Friday, June 19, 2009

Aku dan duniaku 55 ...... gementar???

salam untuk semua......

macam mana rasa gementar tu? ada yang kata dada berdebar2. jantung berdenyut semakin laju. ada yang kata macam ada 'rama2 dalam perut'. tangan rasa sejuk. tangan menggigil. dan macam2 perasaan lagi. yang nyata bila rasa gementar ni hadir, sume tak kena. gelisah, hilang tumpuan, jadi gelabah, senyum jadi 'ketat' (ni istilah student aku....), perut buat hal (waktu itu la nak ter^#$@*, dan macam2 lagi..............)

sebab apa jadi gementar?? ada yang kata bila berhadapan dengan org ramai ( ni bila atas stage la...... budak aku kata 'stage fright'.....). bila buat salah......... bila temuduga..... dan bila2 masa la...

dan siang tadi aku dapat lihat macam mana students aku gementar bila buat persembahan masa raptai. kalau sebelum ni masa latihan dan buat persembahan kat sekolah diaorang bukan main bagus lagi. tapi masa raptai tadi ntah kenapa diaorang main tak seperti biasa. serba tak menjadi.

lepas tu bila aku tanya, semua cakap gementar...... memang la, kalau aku pun akan rasa gementar juga kalau disuruh buat persembahan kat dewan yang besar dan canggih tu. tambahan pulak dengan audien yang ramai. tadi baru suku dewan yang penuh (dewan tu boleh muat lebih 1000 orang..... dewan utama picc putrajaya.....) itu belum lagi waktu pertandingan nanti........ sure penuh la dewan tu.

aku tau, dengan harapan daripada pelbagai pihak untuk memenangi pertandingan ini..... (nak tau pertandingan apa, cuba la singgah di http://psssdarseremban.blogspot.com/ ........)

pasti nya diaorang rasa agak tertekan. tapi apa yang aku nampak, walaupun dalam tekanan itu diaorang ni bersungguh2 betul masa buat persembahan tadi. mungkin sebab tiu jugak yang sebabkan diaorang agak tertekan dan jadi gementar.
sebenarnya dalam situasi pertandingan sebegini setiap ahli kumpulan perlu yakin mereka boleh mempersembahkan yang terbaik. kalau semua yakin, insyaALLAH tak de masalah. satu lagi kena abaikan apa yang ada kat keliling. tumpukan perhatian kat instrumen, note lagu dan konduktor yang ada kat depan. andaikan tak de siapa dalam dewan tu. kalau ini dapat dilakukan, insyaALLAH tekanan takkan ada, gementar pun tak kan datang. dan persembahan boleh dibuat dengan rasa selesa dan seronok serta bersemangat.

Saat degupan jantung semakin laju, gementar......

Saat tekanan semakin terasa....... takut buat silap....

Selamat Berjaya SDAR SC!!

No comments:

Post a Comment