salam untuk semua............
cuti sekolah ini bagi aku peluang utk berehat. tak payah pikir psl sekolah (tapi kena siapkan marking paper.............adusss!!.... tak mula pun lagi................ malasnya....). tadi aku dpt main saidina dgn anak buah. seronok betul main. kena 'jual' dek anak buah aku......... (seronok ...dah lama tak habiskan masa dgn dia orang....)
lepas tu malam teragak nak pegi tgk mak ngah aku sebab masa dia masuk hospital dulu aku tak sempat pergi tengok. so lepas maghrib aku ajak adik aku pergi rumah mak ngah. aku rasa adalah lebih kurang 4 bulan aku tak jenguk mak ngah dan pak ngah aku. (.......walaupun rumah mak ngah aku tu tak lah jauh........... 10 minit je naik kereta.........)
sampai je rumah, masyaALLAH!! terkejut aku tngok mak ngah aku. dah terlantar kat katil. waktu aku salam dan cium tngn mak ngah, lama dia pandang muka aku. " la..... ina, angah ingatkan sape tadi........". sambil tersenyum dipegangnya tangan aku. sebak aku, bila pikir mak ngah cuba mengingat sapa aku......... punya la lama tak menjenguk mak ngah. aku pun hampir terkejut bila tengok perubahan diri mak ngah. sakit merubah fizikal manusia dalam waktu yang singkat. lama kami berbual pasal macam2. mak ngah, aku lihat rancak berbual, seolah lupa sekejap yang dia sedang sakit. seronoknya tergambar pada riak muka yang ceria.
selepas melihat mak ngah, aku bertekad. cuti ni akan aku isi dengan menziarah mak long, mak lang, dan pak su aku......(adik beradik mak aku............). aku rasa terpanggil untuk menjenguk mereka. lama aku tak berbual dengan mak long. lama aku tak bergurau dengan mak lang. lama aku tak mengusik pak su. aku rindu dengan cerita2 mak long (mesti banyak dia nak cerita........). aku rindu dengan gelak kecil mak lang ......... ( yang suka melawak......). aku rindu dengan senyum pak su bila aku mengusik .....kata dia bertambah hensem....hehehe..... aku nak kenal semula mak cik dan pak cik aku. aku nak wujudkan semula kemesraan dengan mak cik dan pak cik aku. aku nak rapatkan semula hubungan dengan mak cik dan pakcik aku.
kenapa sebelum ini cuti2 aku, aku isi dengan pergi jalan jauh2?? (yang memenatkan badan je.................) kenapa sebelum ini aku isi cuti aku dengan suka2?? kenapa sebelum ini aku tak terpikir pun nak isi cuti aku camni?? kenapa sebelum ini aku terlupa dengan mak cik dan pak cik aku?? kenapa perlu tunggu waktu cuti baru nak menjenguk saudara mara?? kenapa bila dah ada yang sakit baru pergi menjenguk?? kenapa bila ditimpa musibah baru nak sedar??
kesimpulannya, kepada yang muda tu, pergi la jenguk2 saudara mara kita yang masih ada. pergi la ziarah makcik dan pakcik yang masih ada. (tentunya mereka akan gembira..............). jangan la tunggu dah ada yang sakit baru nak menjenguk. kenal dan rapatkan lah silaturrahim. isi lah cuti kali ini dengan kenangan bersama saudara mara yang masih ada.
so, pikir2kan lah macam mana nak isi cuti ni....................
Alhamdulillah....bagus gitu....memandang muka ibu dan ibusaudara adalah satu ibadah......
ReplyDelete