salam untuk semua......
(aku tulis ni masa menunggu budak kat bilik jepun petang tadi....)
ni tengah menunggu budak datang untuk aktiviti persatuan. (......... dah pukul 3:30 ni...... patutnye mula pukul 3..... hmmm......) baru tadi aku tau hari ni ada persatuan....(maksudnye budak pun baru tau la ...... walaupun jadual aktiviti telah tertampal di papan kenyataan sejak awal tahun lagi........) so, aku pun siapkan la bahan untuk aktiviti petang. ingat nak ajar lagu anime jepun ari ni. punye la sakan cari lirik dan lagu kat internet tadi. alhamdulillah, dpt la 3 lagu....(harap2 budak sula la.....) dah siap photostat dan burn kat cd.
so, pukul 2:45 aku pun pergi bilik jepun (memang kat situ aku buat aktiviti persatuan...) siap pasang aircon supaya bila budak masuk pukul 3 nanti dah sejuk bilik tu. sambil menunggu pukul 3 aku pun kemas2 la sikit bilik yang dah lama aku tak masuk ni..... (sebab skrang selalu buat kelas kat perpustakaan.............). dah pukul 3 tak dengar pun lagu 'negaraku'.( selalunya budak2 akan berhimpun dan nyanyi 'negaraku' dulu kat dataran bestari sebelum pergi tempat perjumpaan masing.........) aku jenguk2 la kat dataran tu. dah pukul 3:15 tak de sorang pun kat situ. budak p.a pun tak de siapkan mic. aik!!?? kata tadi ada aktiviti persatuan ari ni.... siap tampal notis kat bilik guru lagi........ tapi mana budak nye.??? ni cikgu yang lagi bersemangat pulak ni.......
kemudian aku terpikir, budak tak tau ke atau saje buat tak tau? atau tak nak ambik tau? tak kan la sorang pun tak tau...... jadual terpampang jelas........ dan tak de siapa yang ambik inisiatif untuk bertanya dan memastikan perkara ini.........
dan aku, masih terus menunggu di bilik jepun ini dan jam dah pukul 3:40 ptg.................
(tulisan lepas ni aku sambung balik sebelah malam kat rumah...................)
akhirnya jam 3:48 ptg datang la 7 orang budak aku yang memang rajin ni........(presiden ... x nampak muka pun...............) aku dah naik malas dah....... tapi aku buat jugak la aktviti dengan diaorang bila pikir diaorang dah rajin datang............ (x boleh nak salahkan diorang jugak........... mungkin miss comunication kot.................) so, kami nyanyi la 3 lagu tu, sampai la habis waktu ..... seronok jugak la akhirnya...... lama tak nyanyi lagu jepun sama budak2........
akhirnya, tak la aku menunggu sampai sudah......................
kesimpulannya...??? manusia ni sering lupa dan terleka. sebab itu perlu diingatkan selalu. walaupun sesuatu maklumat tu dah dibagitau awal2, jangan la anggap boleh ingat. (banyak benda lain yang lebih penting yang nak diingatkan dalam kepala yang sememangnye dah berserabut ni................)selalu la saling ingat mengingati la...... satu lagi, jangan bagitau last minit, takut orang dah buat rancangan lain lebih awal........ akat buat orang marah je...............
Nyanyi lagu ape?
ReplyDeletelagu anime je. biggest dreamer (digimon), nazo (conan) dan lagu smap. sume lagu lama la...
ReplyDelete