salam untuk semua..............
hari ini awal2 pagi lagi aku dan menjalankan tugas ku sebagai anak. ari ni aku bawak mak aku pergi klinik kesihatan kerajaan (bahagian pesakit luar) untuk temujanji check up dia. pagi2 lagi seawal 7:30 aku dah keluar dengan mak aku. aku pun dah lama tak ke klinik kesihatan (alhamdulillah setakat ni sihat walafiat...............)
sampai je kat klinik tu, masyaALLAH, terkejut ayam aku. aku ingatkan keluar jam 7:30 pagi tu, aku la yang paling awal. rupanya dah berbaris panjang orang kat kaunter pendaftaran untuk dapatkan nombor giliran. aku geleng kepala. tapi alhamdulillah mak aku tak perlu nak ambik nombor giliran sebab dia dah ada temujanji.
bila perkhidmatan rawatan mula jam 8:00 pagi, orang kat ruang menunggu tu dah penuh. dah tak de tempat duduk. aku tanya mak aku, cam ni keadaan kat sini tiap hari. mak aku cakap, memang camni la. datang la ari apa pun, orang mesti ramai cam ni. aku pikir la kan, kalau camni la orang datang klinik setiap hari, menjelang petang beratus agaknya yang telah diperiksa dek doktor kat situ.
aku perhatikan sorang2 masuk bilik doktor. mak aku tak jugak dipanggil lagi. bila aku tengok jam, mak aiii!!!! dah pukul 9:10 dah!! dah hampir 2 jam dah, mak aku tak jugak dapat rawatan lagi. aku mula lah hangin......... temujanji apa camni nak kena tunggu 2 jam?? so, aku pun tanya la kat misi (nurse la........... mak aku panggil misi je, so aku pun panggil misi la jugak...............) yang ada kat situ kenapa lama sangat nak jumpa doktor. misi tu pun cakap, doktor kena check patient dengan teliti. sebab tu lama. ok la..... aku terima la alasan tu. tunggu la lagi. pastu jam 9:28, mak aku pun dipanggil untuk jumpa doktor. aku tunggu kat luar je. tapi tak sampai 10 minit, mak aku dah kuar. aik?! sekejap nye?? dah sudah check sume ke?? aku pun tanya mak aku apa doktor buat. mak aku cakap doktor check pernafasan, suruh tarik dan hembus nafas, check nadi, check darah tinggi (mak aku check untuk darah tinggi biasanya.............. penyakit lain, alhamdulillah, tak de..................) itu je??? mak aku cakap memng itu je la yang doktor check tiap kali mak aku dtang temu janji. aku pun cam tak caya je. tapi lepas pkir, agaknya bergantung pada jenis penyakit jugak masa rawatan ni, aku pun iya kan je la.
tapi aku cukup respect kat staf bahagian kaunter farmasi/ubat. cekap dan cepat. lepas aku letakkan slip ubat dalam kotak slip tu, tak sampai 5 minit nombor akupun dipanggil. aku tengok kat kaunter farmasi ni staf dia ramai, sebab tu la cepat. dan layanan yang diberikan oleh staf kat kaunter ni pun bagus. penerangan dan maklumat tentang ubat diterangkan dengan jelas dan mudah difahami walaupun untuk warga emas macam mak aku.
apa yang aku perhatikan kat klinik kesihatan kerajaan ni ialah layanan staf dan misi di sini cukup bagus. senyuman dan muka manis sentiasa dipamerkan. bantuan sentiasa diberikan khasnya kepada warga emas. pada yang tak terdaya akan disorong dengan kerusi roda. kepada yang tak terdaya berdiri dan berjalan akan dipimpin sehingga ke bilik doktor. kepada yang ingin ke tandas akan dipandu sehingga ke pintu. kepada yang bertanya akan segera diberikan jawapan.
seronok aku melihat layanan mereka. tapi memang seharusnya lah mereka melayan pesakit camtu sebab yang datng semuanya sakit........... (kalau tak nanti bertambah sakit pulak........)
kesimpulannya, walaupun mungkin ada sedikit yang kurang di sana sini, tetapi akan dapat ditutup dengan kelebihan di sini sana. dan kalau nak jumpa doktar diklinik kerajaan mesti datang awal. (sebaiknya datang awal daripada doktor dan misi............... hehehe)
No comments:
Post a Comment