salam untuk semua.....
kadang2 kita tak tau penyebab sesuatu perkara tu berlaku. mungkin juga tak nak ambik tau. macam tu jugak aku. terutamanya bila benda2 yang remeh berlaku, aku tak ambil pusing. benda2 yang tak perlu nak ambik tindakan, aku biar kan. ......(ye la, kalau sume nak ambik hal, boleh pecah otak ni......). so, kena tapis2 la benda2 ni sume.... ikut kepentingan....
tapi kadang2 tu kita tak perasaan yang benda2 kecik yang berlaku ni la yang perlukan perhatian yang lebih. macam apa yang berlaku kat aku ari ni. waktu aku hadiri bengkel siang tadi.
kat bengkel tu sume peserta yang hadir muda2 belaka. yang seusia aku adalah 2 orang cikgu lain. kami diberikan penerangan mengenai benda yang perlu dilakukan. satu2 penceramah terangkan dan berikan hands on macam mana nak buat. yang aku dah tau tu ok la, senang je aku buat. tapi bila bab yang baru nak belajar tu, terkial2 jugak. aku tengok sume peserta khusyuk dengan laptop masing2. aku pun sama. aku perasan aku dan 2 member yang sebaya tu berkali2 panggil penceramah/fasilitator untuk bertanya dan menunjukkan apa yang tak tau. tapi peserta2 lain tak de pun. aik?? diaorang boleh buat ke sume tu?? aku tertanya. tak puas hati, aku pun jenguk2 la member kat kiri kanan aku. mak oiii!!! canggihnya!!..... dah hampir siap sumenye.... tak tanya pape pun, dah siap. ................ hmmmm..... lepas tu aku terpikir, budak2 muda ni cepat betul dapat...... pada hal kami sama2 dapat apa yang diterangkan oleh penceramah tadi. bab2 praktikal ni, bdk2 muda ni lagi cepat..... bandingkan dengan aku.....
apa sebabnye ye??? sebab aku tak mahir bab2 komputer ni ke??sebab aku tak minat sangat dengan benda2 komputer ni?? ...(mungkin kot.....) ke sebab otak aku ni dah slow nak terima dan simpan apa yang dapat ke?? (hmmmm..... ini pun mungkin jugak kan??) tapi kenape pulak jadi camtu??? sebab umur yang dah semakin tua ke?? ...(tak jugak rasanye...... ramai yang dah berumur tapi masih geliga otak dia...... tapi ..... itu orang lain la. lain orang, lain pulak cara nye kan....) tapi pape pun aku buat setakat yang mampu........... janji ada...... (betul tak, sifu? .... hehehe)
kesimpulannya??? pada pendapat aku, mungkin faktor umur jugak menyebabkan penerimaan oleh otak semakin slow..... so, buat la sesuatu tu setakat yang mampu. tak payah nak buat macam orang lain buat......... biar simple tapi sentiasa ada.......... hanya kita yang tahu menilai setakat mana kemampuan diri sendiri..............
No comments:
Post a Comment