Thursday, June 18, 2009

Aku dan duniaku 53 ......... keikhlasan

salam untuk semua...........

maaf sebab semalam tak de entri kat sini. ada sikit masalah yang perlukan perhatian segera dari aku. tapi hari ni aku sambung balik entri aku kat sini.

macam mana nak tau seseorang ikhlas ke tak dalam melakukan sesuatu, terutama kalau nak bagi sesuatu kat orang lain? macam mana nak bezakan keikhlasan yang lahir dari hati dgn yang pura2 untuk publisiti?

hari ini mungkin aku telah berjumpa sesorang yang memang betul2 ikhlas untuk memberi dan membantu (pada pandangan aku la..... ini personal opinion......) keikhlasan individu ini aku nilai dari kesungguhan beliau menjemput pelajar2 dan rakan2 aku hadir ke pejabatnya yang memang bukan mudah untuk orang biasa macam aku pergi. keikhlasan beliau tergambar daripada kesudian beliau meluangkan masa bersama2 'junior2' walaupun perlu bergegas pulang dari parlimen atas urusan tugas. keikhlasan beliau tergambar dalam isi ucapan yang ingin melihat 'junior2' beliau lahir sebagai pemimpin berkarisma. keikhlasan beliau tergambar dari kesungguhan beliau untuk membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan. keikhlasan beliau tergambar dari airmuka beliau yang ceria tika berbual dan bercerita mengenai pengalaman tika berada di sekolah. keikhlasan beliau tergambar ketika mengarahkan pembantu beliau meneliti permohonan bantuan dari pihak sekolah dan memastikan bantuan itu diberikan. keikhlasan beliau tergambar ketika menyatakan yang beliau akan datang lagi ke sekolah bila2 masa tanpa mahu sebarang sambutan dan ingin bersantai bersama pelajar di sekolah bila beliau datang nanti. keikhlasan beliau tergambar ketika berbual dan beramah mesra dengan 'junior2' beliau yang bakal menjadi pemimpin negara. keikhlasan beliau tergambar dalam harapan beliau untuk melihat 'junior2' menjadi pemimpin satu hari nanti. (insyaALLAH Dato' ,pelajar2 ini akan menyahut cabaran dan memenuhi harapan itu satu hari nanti.............)
keikhlasan yang ditunjukkan ini membuktikan yang tidak semua mereka yang telah berkedudukan tinggi melupakan tempat mereka menimba ilmu. ada yang mencari dan balik semula untuk menabur bakti. 'kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan'. 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. terima kasih Dato'!!

cari ikan sungainya bersih
anak keli main di jeti
kami ucapkan terima kasih
budi dan bakti tetap di hati.
burung merpati burung kenari
duduk mencelah di pohon palas
ikhlas hati tuan memberi
hanya ALLAH dapat membalas.
pisang berangan tumbuh sebatang
buahnya sarat masak setandan
budi tuan kan kami tatang
selagi hayat dikandung badan
(buat YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan)

4 comments:

  1. bgs2..ni la sdara yg kita mahukan..
    walaupun kalah dgn anwar tp usahamu ttp dikenang..!

    ReplyDelete
  2. seronok dengar yb bersungguh2 nak bantu sekolah .... kamu pun, satu hari nanti. insya ALLAH..... hehehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah... sbb selitkan pantun...kerana sekarang orang muda2 kurang berbantun....hidupkan keindahan bahasa kita....syabas!!!

    ReplyDelete
  4. poning jugak nak karang tu, sifu. ada yang copyright jugak..... hehehe

    ReplyDelete