Tuesday, June 23, 2009

Aku dan duniaku 61 ...... fokus

salam untuk semua.......

hari ni pun aku tak pergi sekolah. tapi bukan sebab mc. alhamdulillah, aku dah sihat dah. (terima kasih pada yang mendoakan............) aku ada bengkel pusat sumber sekolah (pss) kat pkg rantau. mula pukul 8 pg sampai 4:30 ptg. kematu jugak la punggung ni duduk tadi ....(tapi kat kerusi empuk la....... )

bengkel kali ni seronok jugak. membuat dan memurnikan laman blog sekolah (bagi yang masih tak bergerak2 laman blog pssnye..... aku dah ok...... so tak la banyak kerja............) banyak ilmu yang diberikan oleh penceramah tadi.......... (aku dapat kelas sorang lagi sifu...........) tapi bila tengok suasana masa bengkel tadi, banyak ke yang peserta bengkel dapat sepanjang satu hari bengkel tu? sama banyak ke dengan ilmu yang diberikan oleh penceramah??

kenapa aku musykil camni sebab aku rasa tak sepenuhnya peserta dapat apa yang diberikan, terutamanya masa taklimat. mana nak dapat bila masa penceramah bercakap di depan, peserta bercakap di belakang. bila penceramah tunjuk cara kat depan, peserta sibuk pulak nak tunjuk pandai di belakang. bila penceramah suruh buat, ha..... menganga. tanya itu, tanya ini..... (nasib baik la penceramah tu suara dia kuat......... banyak kali jugak la dia tinggi kan suara untuk tarik perhatian peserta.....)

bagi setengah peserta kursus ke, bengkel ke, waktu camni la dapat jumpa kawan. so bila dah jumpa tu banyak la benda yang nak citer. tu memang betul la............... tapi tengok la waktu yang sesuai. jangan la waktu orang bercakap kat depan, sibuk pulak nak bercakap kat belakang.... tunggu la masa rehat ke nanti, kalau nak berbual dgn member ke........... hormat la sikit kat penceramah yang dijemput tu............ lagi satu, mana nak dapat ilmu yang disampaikan tu kalau sibuk bercakap kat belakag....... sudahnya orang suruh buat, tak tau. baru la terkial2 nak bertanya..... kan menyusahkan orang je tu......... (bila budak cakap kat belakang waktu kita mengajar, bukan main marah lagi ............... tapi sendiri pun buat cam tu jugak............. sama la otak tu macam budak2..............hehehe......jangan marah ye....)

aku bukan la nak cakap aku ni baik, boleh fokus. tapi aku jenis yang bila orang cakap kat depan, terutama kalau nak dapat ilmu yang aku tak tahu, aku akan fokus. kalau tak tau aku akan tanya....(ni perangai aku sejak zaman sekolah lagi............ kadang2 tu benda tah ape2 yang aku tanya sampai cikgu aku pernah cakap "mariana, hari ni cikgu nak kamu tak bercakap. boleh?" hah??....... ada ke sampai cam tu....???..... cikgu pun penat nak jawab soalan aku......... aku ni memang outspoken sikit........ sampai la sekarang........hehehe....... ) dan satu, aku perlu pandang muka orang yang bercakap kat depan. kalau tak aku tak boleh fokus.......... kalau mata aku melilau ke tempat lain, sure aku tak kan tau bijik butir apa yang dicakapkan kat depan........... (ikut kemahiran berkomunikasi pun, kita perlu pandang muka orang yang bercakap dengan kita. kalau tak dianggap biadap........)

tapi kata orang, untuk fokus ni tak boleh lama. paling lama pun 2 jam je..... (betul ke ni???.... sori kalau silap) so, dalam masa 2 jam tu la serap la setakat mana ilmu yang dapat diserap. ilmu yang 2 jam tu la yang berharga. sama jugak la dalam kelas, ruang masa yang singkat untuk fokus masa cikgu mengajar tu perlu digunakan sebaiknya kerana ilmu yang dapat dalam ruang waktu itu yang akan kekal..........(sebab tu pada pandangan aku, kurang berkesan kalau waktu kelas sampai pkl 3, 4 ptg ni, sebab budak tak boleh fokus.......... yang budak boleh fokus waktu2 camni ialah tidur.......... bukan ke satu pembaziran tu? pembaziran tenaga cikgu dan pembaziran ilmu yang tak sampai kat budak............ ini pandangan peribadi tau....... maaf kalau ada yang terasa...)

camne nak stay fokus bila buat sesuatu tu? ini sebenarnya terpulang pada individu tu. kalau dirasakan apa yang dibuat tu menarik, lama la kita boleh fokus. kalau benda yang tak suka, sure la tak kan fokus. betul tak???

kesimpulannya..??? jangan buat kerja lain waktu orang bercakap kat depan. kalau tak boleh fokus pun, buat-buat je sedang fokus.......... hehehe. at least, ini tak ganggu orang lain. lagipun tak beradap kalau kita bercakap masa penceramah bercakap........... kalau jadi kat kita, sure kita marahkan.......... so, lu pikir la sendiri..... (sori nabil, pinjam ayat tu........... hehehe)

No comments:

Post a Comment