Saturday, June 27, 2009

Aku dan duniaku 68 ...... bimbang jugak....

salam untuk semua....


pagi tadi ada latihan dalam perkhidmatan untuk guru. penceramahnya doktor pakar perbidanan dan sakit puan. banyak yang dia cakap pasal penyakit2 wanita. breast cancer, kanser ovari, kanser serviks, stroke, darah tinggi, buah pinggang, stroke dan obesiti. sume orang boleh dapat penyakit2 tu kalau tak jaga kesihatan diri.


kata doktor tu, apa yang penting untuk mencegah penyakit2 ini daripada menghinggapi badan adalah cara pemakanan dan pengurusan diri. diet dan pemakanan yang seimbang dan senaman yang cukup amat penting untuk memastikan badan sentiasa sihat. pemeriksaan berkala secara keseluruhan oleh doktor juga perlu sekurang2 nya 6 bulan sekali.


bila dengar penyakit2 ni mudah sangat untuk perolehi, terbit jugak rasa bimbang. ye la, aku ni bukan jaga sangat pasal makan ni. berminyak ke, berlemak ke, sume yang boleh makan, aku sapu je. syukur la aku ni lahir dengan gen ayah aku yang kurus, so, banyak makan pun, badan aku tak naik.......... (maintain je..... hehehe..... jangan jeles ye....). obesiti tu tak de la. senaman apatah lagi. bila masa nak buat. nak harapkan senaman turun naik tangga bangunan kat sekolah je la sebagai senaman. tapi penyakit lain tu, sapa2 pun boleh dapat. itu yang buat aku bimbang jugak tu.

dulu rajin jugak bersenam, pegi jogging petang2. tapi sejak mengajar kat sdar ni, yang sumenya budak lelaki, mana ada peluang nak jogging pun. nak prgi taman2, jauh pulak. lagi pun tak de geng nak ajak. sudahnye petang2 habiskan masa tidur kat rumah je.......(banyak tidur pun tak elok jugak...............). senaman ni pun nak kena mulakan jugak. at least skipping kat rumah ke....... biar berpeluh sikit......( walaupun kata orang dah lewat nak buat sume tu bila dah berumur ni, tapi daripada tak buat langsung, elok jugak buat sikit2. mana yang terdaya kan..................)

satu lagi, aku pun dah lama jugak tak pg pemeriksaan doktor. bila dah dengar pasal macam2 penyakit ni, rasanya dalam waktu terdekat ni aku akan pegi jugak. ye la, umur dah camni memang senang penyakit nak singgah. tapi setakat ni, alhamdulillah, sihat rasanya. selsema dan deman biasa tu ada la. tapi nak pegi check jugak........... kena cari masa ............

kesimpulannya??? mencegah itu lebih baik daripada mengubati. jangan ingat tak sakit, badan kita sihat, penyakit dalaman tu kita tak tau. duit banyak mana pun kalau dah tak sihat, tak de guna jugak. yang penting, makan kena jaga, senaman kena buat dan amalkan cara hidup yang sihat.......... sesal kemudian tak guna...........

No comments:

Post a Comment