Friday, June 5, 2009

Aku dan duniaku 40 .......... tanggungjawab

salam untuk semua...........

hari ini 05 mei adalah 'hari bumi sedunia' atau 'world earth day'. apa yang kita tau tentang ari ini sebenarnya. apa yang kita lakukan pada hari ini sebenarnya.

waktu aku window shopping kat jusco tadi, aku perhatikan adalah lah bahagian2 tertentu kat jusco tu di letakkan banner tentang kesedaran alam sekitar. 'say no to plastic bags' punya slogan terdapat di mana2 di dalam jusco tu. tapi slogan2 dan banner tu aku tengok memang dah lama ada kat situ. so, aku tengok kedai2 lain kat situ tak de pun banner dan slogan camtu. aku tanya diri sendiri, "sempena 'earth day' ni tak de ke extra slogan atau aktiviti kat jusco ni. kedai2 lain ni tak terlibat ke dgn kempen jusco ni?" aku tengok orang beli barang pun selamba je gunakan beg plastik. aku tengok banyak beg2 recycle atau beg hijau (istilah aku guna..............) kat rak tepi information kaunter jusco tu tak de pun orang beli. tak luak2 pun. banyak tu jugak.

aku rasa la, sempena 'earth day' satu hari ni, patutnye kempen2 kesedaran alam sekitar giat dilakukan. bukan setakat memaparkan slogan dan banner2 aje tapi perlu ada program melibatkan orang ramai. contoh di ikea (aku dengar kat radio dalam kereta tadi..........) bermula hari ni, oarang ramai akan dikenakan bayaran 10 sen dan 20 sen untuk setiap beg plastik. oleh itu orang ramai digalakkan membawa beg sendiri ketika membeli belah di ikea. begitu juga tak salah nya aku dengar kerajaan negeri pulau pinang buat (pun aku dengar kat radio jugak.........). mulai 1 julai, setiap hari isnin adalah 'hari tanpa plastik beg' di negeri itu. oleh itu pada setiap hari isnin orang ramai dikenakan bayaran 10 sen dan 20 sen untuk setiap beg plastik. dengan program ini sedikit sebanyak akan menyedarkan orang ramai betapa mereka juga boleh menyumbang dalam menjaga alam sekitar.

so, apa tanggungjawab kita bagi menjaga alam sekitar? yang paling senang, bawa beg sendiri ketika membeli belah........kitar semula barang2 yang boleh dikitar semula......jangan lah kesedaran ini hanya pada hari ini, 05 mei sahaja. menjaga alam sekitar, menjaga bumi kita adalah tanggungkawab bersama...........................

No comments:

Post a Comment