salam untuk semua.....
hari ni hari sekolah. ganti untuk cuti hari raya. dah lama tak jumpa f1 aku, hari ni aku ada kelas dengan diaorang. itu pun tak semua yang ada. sebelum masuk bab baru, aku buat la fukushuu (ulangkaji) bab yang dah belajar. nak uji setakat mana diaorang paham dengan apa yg telah dipelajari.
satu2 aku tanya benda2 yang aku dah ajar. ayat asas, partikel, ayat nafi. bila aku suruh buat ayat contoh......... sume terlopong. 2, 3 kali aku tanya, tak jugak ada jawapan...... sume terkebil2 ..... (aku rasa macam cakap dgn kerusi, meja, tingkap, papan putih je.............) macam aku tak pernah ajar je benda2 tu sume............. dah bagi hint pun tak dapat jawab gak..... aku pun mula la hangin..... sudahnya aku suruh bukak buku dan tengok balik bab yang dah belajar tu........... baru la boleh buat ayat. itu pun ada jugak yang ternganga tak tau kat mukasurat mana........
susah sangat ke nak ingat 3 struktur ayat tu?? tu baru ayat yang asas. camne nak pergi ke ayat yang lebih kompleks kalau yang asas pun tak paham?? aku pening kepala pikir kenapa budak2 aku susah sangat nak paham. salah aku mengajar ke? cara dan teknik yang aku guna tak kena ke? cara aku susah sangat ke? atau budak yang malas nak paham? budak yang tak nak usaha lebih sikit nak paham? ke budak tak minat? mungkin jugak sebab subjek aku ajr ni bukan subjek exam so, budak tak concentrate sangat?? tu ke sebabnya markah ujian ramai yang gagal?
salah sapa? hmm...... aku kena r & d masalah ni. kalau tak camne aku nak teruskan mengajar kalau hasilnya budak tak paham2 dan ramai yang gagal?
frust jugak kadang2 tu bila apa yang aku ajar macam 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan' je. tak de yang ingat. tapi, teruk2 camtu pun, adalah 1, 2 orang yang boleh aku banggakan. memang akan ada 1, 2 orang dalam tiap batch yang cemerlang dan boleh aku banggakan.......diaorang la jadi penyejuk hati dan pengubat kecewa aku. terima kasih shafiq, nazrin, danial (f5), dzarif, izrin, faisal (f4), arsyad, kamarul, azidi, harith (f3), syakirin, haziq (f2) dan syahmi (f1) (students aku sekarang...........). terima kasih juga kat bekas2 student yang buat aku bangga iaitu hazwan, aidil (08), faidzal (07), taufik (06), lukmanul hakim (05), asyraf (04), ruzaimie, siddiq, aswan (03), dan ramai lagi...... (sori.... rupa sensei ingat tapi nama lupa la...... gomen ne)
aku harap la, akan ramai lagi student jepun aku yang akan cemerlang. at least tak sia2 ilmu yang aku tuntut nun jauh kat negara dulu. kepada semua pelajar jepun sekarang, isshouni gambarimasyo ne...!!!!
No comments:
Post a Comment