salam untuk semua....
lepas maghrib tadi aku dpt call drp adik aku.
"mak tanya, akak balik tak?"
"esok pagi ada kelas. petang akak balik," jawab aku.
mlm ni duduk2 tgk tv, aku teringat balik perbualan pendek aku dengan adik tadi.
memang aku perasan dan 3 minggu aku tak balik jenguk emak kat kampung. bukan jauh pun. setengah jam perjalanan dari sekolah aku ni. tapi, sebab banyak sangat aktiviti kat sekolah yang memerlukan aku ada sama, menghalang aku untuk balik jenguk emak. tapi esok aku akan balik lepas kelas. (mak tak kan call bila tanya aku balik ke tak. mak akan suruh adik atau anak buah aku yang tanya................)
aku yang dah tua ni pun emak selalu ingat kat aku. tertanya2 jugak bila aku nak balik. ye la, berapa pun umur anak tu, emak mesti ingat..... kan? dah berkeluarga pun mak ingat jugak. pengalaman berada lama di negara orang menjadikan aku rapat dengan mak lepas habis belajar. tambahan pulak aku sorang anak perempuan, so aku la jadi teman rapat mak. bila dapat posting kat seremban, aku tak risau, sebab boleh balik tiap minggu jenguk emak. tapi, biasa la. beban kerja kadang2 buat kita lupa. tapi bila dah ingat balik, cepat2 aku hubungi mak. at least, mak tahu aku sihat dan aku jgk tahu mak sihat. so, bila ada peluang jumpa mak, aku akan balik jugak. x kira la sekejap ke lama.
kesimpulannya.... walaupun sibuk dengan kerja dan tak dapat balik jenguk mak (mungkin sibuk dan tempat jauh....)hubungi la dengan telefon.. kalau call boyfriend dan girlfriend boleh berjam2, tak kan nak call mak sekejap pun tak boleh.... sejuk hati mak dengar suara anak dia. yang boleh balik tu lagi bagus kalau dapat balik. ceria wajah mak tengok anak dia balik. terubat rindu mak.....
No comments:
Post a Comment