melihat pelajar2 f5 berpeluang melakukan praktikal haji membuat aku tertanya dalam diri "budak2 ni tau tak betapa bertuahnye mereka dapat buat praktikal haji ni ." siap pakai ihram lagi. buat tawaf, sa'i, melontar jamrah. kiranya kalau ke mekah buat haji lepas ni, diaorang sure tak de masalah la. niat dan bacaan pun dah tau...... lengkap dah. buat pulak kat tengah panas, dah macam cuaca kat mekah dah........ tu yang aku kata diorang bertuah. (kalau lepas ni kuar soalan spm tentang haji, kalau x dapat jawab, tak tau la........)
seingat aku zaman sekolah aku dulu mana ade buat camni. sumanye harapkan buku je. ustazah suruh hafal niat dan bacaan2 supaya dapat jawab masa periksa nanti. camne nak lekat kat otak. sume benda nak hafal. sume subjek nak kena ingat. tapi ni dengan praktikal, sure ingat punye la .....
bila tengok diaorang tawaf tadi, dengar selawat dan zikir, berkata jugak dalam hati ni, "bila la agaknye aku akan berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci Baitullah itu ?" replika kaabah yang berbuai2 ditiup angin tadi, seolah melambai2 aku mengajak menunaikan rukun islam ke 5 itu. insyaALLAH....... akan ku sambut lambaian itu satu hari nanti...............
kesimpulannya......... bersyukur dengan peluang yg kita dapat kerana tak semua orang dapatpeluang yang sama...........
No comments:
Post a Comment