fuuhhh...... baru la boleh tarik nafas sikit. seminggu ni aku rasa sesak sangat. banyak sangat benda nak buat........ macam2 dalam kepala. sume sebab open block. alhamdulllah, ari ni boleh bernafas dan lega sikit. dah 90% beres. open block pun dah berjalan dengan jayanya. 10% tu tinggal urusan kewangan je............ (mana nak cari tambahan duit lagi ni....???!!! nak bayar hutang yang dah di advance2 kan............patutnye aku tak susah pasal hal ni, budak yang kena cari duit.......... tapi biasa la, rasa tak sedap ati bila bab2 duit ni...............)
seronok betul open block kali ni. banyak benda baru. tapi yang aku enjoy betul ialah masak bahulu. dah lama aku tak masak kuih ni. sejak nenek aku meninggal, aku dan adik dah stop buat kuih ni. nenek aku memang suka kuih ni. dia tak nak yang beli. so tiap kali nak raya, aku dan adik akan buat kuih ni. so, bila dapat peluang buat kuih ni aku mememang nak offer diri.....(lupa kejap tugas sebagai projek manager.......). memang la penat dan ambik masa panjang tapi bila kuih tu siap dan cantik pulak, itu yang seronok tu. kepuasan yang tak terkata...... (ni memang betul ........... sampai selesai aku buat dengan budak.............) aku rasa budak2 aku pun seronok sebab sampai habis diaorang setia lagi mengadap api dan asap.........(budak rumah temenggung la..............semangat betul diaorang.........) yang bagusnya budak2 f5 sumenye yang buat dengan aku. adalah 3, 4 orang f4, f3 dan f1 (f1 kena pukul telur la............
walaupun buat bahulu ni bertanding, kena la jugak buat betul2. kena la buat bahulu dengan kualiti yang tinggi. aku bangga sebab rumah temenggung berjaya menghasilkan bahulu asli.... walaupun memakan masa agak lama. ini diperakui oleh ibu bapa yang hadir dan juga guru-guru....dan kak limah dan kak lijah sendiri...!!!! hm pun perakui....!! canggih gitu....!!! go temenggung!!! sebab tu kalau tengok, balang plastik bahulu temenggung susut sebab ramai yang 'merasa' dan mengambil. parents pun sampai nak beli tuuu...."sori la encik/maaf la puan. ini untuk budak2. tapi kalau nak rasa, ambil la", alasan aku beberapa kali......... (hah...!!! itu la buktinyer.......pada yang masih tak percaya.......) bukan la nak bangga diri, tapi aku dan biasa buat bahulu ni. dan bila buat kuih tradisional ni banyak peraturannya untuk dapatkan kualiti yang baik. tapi yang bagusnya masak bahulu ni ialah kualiti yang baik dan kuantiti yang banyak. (biasanya orang tengok kualiti bukan kuantiti atau sebaliknyer kan.............tapi bahulu dua2 sekali boleh dapat.............). dan satu lagi, masa buat bahulu ni pantangnye ialah air. jangan ada contact langsung dengan air. kalau tak batat la dia.......... keras boleh baling dinding...
aduuuhhh...... sori la. melalut pulak aku pasal bahulu ni (cukup2 la tu....sapa nak baca pasal bahulu woii........!!!!....). itu aku tak cakap pasal macam mana nak tau bahulu asli dan berkualiti atau tak lagi...... tapi pape pun aku seronok betul...... terutama bila dapat masak bahulu...........
kesimpulannya.... warisan tradisional ni perlu dijaga dan dibuat mengikut keasliannya. jangan sekadar nak buat je. jangan nak cepat habis je. banyak yang perlu diketahui. dengan hasil yang berkualiti dan keaslian yang sebenar, baru la tinggi nilai kepuasan tu. (penat dan lenguh badan pun tak terasa...............)
No comments:
Post a Comment